About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

29 January 2013

Perasaan seorang setiausaha.


Assalammualaikummm~


Aku dah lama nak cerita pasal ni sebenarnya. Bukan nak berlagak ke apa cuma aku nak berkongsi perasaan dan pengalaman yang aku dapat sepanjang bergelar setiausaha.


SETIA dan USAHA.


For your information, "SETIAUSAHA" merupakan kata majmuk mantap. Specifically, kata majmuk merupakan dua perkataan yang berlainan maksud apabila digabungkan akan membawa maksud yang baru. Kata majmuk boleh dibahagikan kepada dua jenis ialah kata majmuk mantap dan kata majmuk tak mantap. "SETIAUSAHA" merupakan kata majmuk mantap yang mesti dieja secara rapat. Cth lain bagi kata majmuk mantap ialah tanggungjawab, suruhanjaya, pesuruhjaya, matahari dll. So, you got it? *tetiba keluarkan morfologi* :D


Then, Bila perkataan SETIA dan USAHA digabungkan akan menjadi aku, eh? ^.^


Aku tak tahu kenapa nama jawatan tersebut ialah "SETIAUSAHA". Tapi disebabkan aku pernah menjadi setiausaha, aku kena mandalami jawatan aku dan aku telah klasifikasikan tersebut mengikut idoelogi dan fahaman aku dengan cara begini:


Mungkin disebabkan ciri ciri yang perlu ada dalam diri seorang setiausaha kot. Seorang setiausaha mestialah mempunyai sikap setia kepada majikan dan sentiasa berusaha untuk memajukan nilai kerja aku. Macam aku, aku kena setia dengan segala kehendak cikgu, dan kalau cikgu reject kerja aku, aku kena buat yang lagi baik lah kann.


Samalah macam buat assignment tu-


Masa Form 5, kan kita kena masuk 3 kelab untuk kokurikulum, kan? Aku merupakan ahli Persatuan Seni Visual, Pasukan Memanah dan Pasukan Kadet Polis. Dalam Kadet Polis aku pegang jawatan Penolong Bendahari, kalau tak silap. Then, Persatuan Seni Visual dan Pasukan Memanah aku jadi Setiausaha. Bukan aku tamak nak ambil semua jawatan, cikgu yang pilih -.-'


So, dari situ ahh mulanya karier aku sebagai seorang setiausaha yang sibuk ke hulu hilir mencari tanda tangan cikgu buat laporan ambil kehadiran semua ahli kelab dan persatuan. Serious, penat. Tapi
aku suka :)


Kenapa aku suka? Aku pun tak tahu, tapi aku ada satu perasaan enjoy yang datang ntah dari mana bila aku buat kerja, cikgu suka, cikgu hargai, korang faham tak? Ala, perasaan bila korang kena puji tu, hihi 


Perasaan tu ahh, aku enjoy bila cikgu suka dengan kerja aku. Sejak tu ahh aku suka buat kerja sungguh sungguh biar cikgu nampak yang aku boleh diharap.


Lepas tu aku masuk form 6, aku dilantik jadi Setiausaha MPP. Majlis Perwakilan Pelajar in case you don't know. Aku bertanding untuk Naib Presiden tapi aku kalah beberapa undi. So, cikgu lantik aku jadi Setiausaha.


Lemme tell you, kena bebel, kena marah, kerja kena reject last minute merupakan makanan harian aku. Mula mula aku memang rasa give up, rasa nak letak jawatan pun ada, hampir hampir aku menangis sebab kerja kena reject, belum cerita bab kena marah lagi.


Memang aku down gila -.-'


Yelar, bukan aku nak kena buat kerja MPP je. Aku ada homework, kerja kursus seni, lepas tu aku nak kena buat revision lagi, ada presentation, memang busy!


Sampai satu tahap memang aku dah nekad nak LETAK JAWATAN!


TAPI, bila difikirkan, tak patut kalau aku nak letak jawatan. MEMANG TAK PATUT. Cikgu dah letak kepercayaan kat aku untuk buat semua kerja, so should I give up?


NO, I SHOULDN'T.


and I DON'T, yeayy! hihi


So, aku aturkan masa aku. Aku dulu kan apa yang patut. Aku siapkan homework cepat cepat. Bagi aku biar kita susah sekarang, nanti kita akan senang in future. Tu yang aku pegang, aku bertahan sampai akhir tahun, aku tak letak jawatan dan aku bersyukur yang cikgu lantik aku.


Aku dapat banyak pengalaman. Aku belajar macam mana nak buat laporan dan kertas kerja dengan betul. Aku belajar macam mana nak manage ketahanan mental dan emosi aku. Siapa yang tak marah dan sedih kalau kita dah bersusah payah tapi kerja kena reject, kan? Tapi, everything yang aku buat tu, memang ada pengajarannya.


Bab kena marah tu memang tak payah cerita ahhh. Buat kerja sampai lewat malam, sampai pukul dua tiga pagi tu normal jer. Nak berjaya, kan? Kena ahh berkorban masa tidur tu sikit. KALAU TAK NANTI KERJA TAK SIAP! -.-'


Tapi bila kerja berkumpulan ni, susah nak dapat semua ahli yang betul betul komited dengan kerja. Memang ada yang lepas tangan. Of course lah kita akan geram, kan? Kita bersusah payah lepas tu dia yang dapat nama, ish ishhhh, sedih! T___T


SABAR. Tu jelar yang aku boleh bagitahu. Dah dia tak nak buat, takkan nak paksa, kan?


Then, kita kena IKHLAS in everything yang kita buat. Jangan mengharapkan ganjaran. Niatkan segala yang kita buat sebab nak tolong orang lain kerana Allah. Ikhlas tu penting. Walaupun tak nampak, tapi Allah tahu :)


Lagi satu, kita kena bagi yang terbaik kalau nak yang terbaik. Tu pesan cikgu aku yang aku pegang sampai sekarang. Kalau kita bagi yang terbaik, orang akan bagi yang terbaik jugak untuk kita, satu hari nanti, mana kita tahu, kan?


Thanks for reading, my awesome readers! ^.^








*Bieber's new acoustic album keluar hari ni, yeayyyyyyyyyyy! 

2 comments:

  1. haha, same la kite, dulu mase f5 dapat 3 jawatan S/U, masuk matrik S/U lagi, HAHA, kerja s/u mmg tak mudah, lagi2 s/u asrama :) btw, tahniah sbb habiskan f6 dgn jawatan tu .. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankss awask! yeahhh, jadi s/u memang memerlukan ketahanan mental dan fizikal! hihi

      Delete