About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

07 February 2010

Kosa Kata Menarik Hari ini. :)



Assalammualaikumm kawan-kawan.

Disebabkan kita sekarang berada di dalam kelas Bahasa Melayu bersama Cheq Dila, maka dengan automatiknya Cheq Dila akan menggunakan ayat-ayat skema seperti yang dituntut oleh Tok Guru Cheq Dila okey.Seperti yang kawan-kawan sedia maklum, hari ini Cheq Dila akan mengajar dan memberitahu kawan-kawan kosa kata menarik yang terbaru. Kosa kata menarik ini amatlah berguna bagi murid-murid yang betul-betul bergelar murid untuk mengarang esei ketika peperiksaan nanti. Hal ini demikian kerana, esei kawan-kawan akan menjadi lebih bombastik jika diserikan lagi dengan kosa kata menarik tersebut. Baiklah kawan-kawan, marilah kita belajar kosa kata menarik yang pertama iaitu :

i)berbasa-basi
Maksudnya : bermanis mulut, bersopan santun

Kawan-kawan boleh menggunakan kosa kata ini bagi tajuk seperti "Budi Bahasa Budaya Kita". Sebagai contoh, soalan meminta kawan-kawan menyatakan bagaimana golongan muda ingin mengamalkan prinsip tersebut. Kawan-kawan boleh menghuraikan bahawa golongan muda patut berbasa-basi apabila bercakap dengan golongan yang lebih tua daripada mereka. Lebih kurang seperti itulah :).

ii) marhaen
Maksudnya : rakyat jelata

Kosa kata ini pula boleh digunakan untuk menggantikan perkataan rakyat di dalam esei kawan-kawan. Sebagai contaoh, tajuk yang diberikan iaitu "Peranan rakyat bagi membangunkan negara ke mata dunia". Kawan-kawan boleh menghuraikan isinya seperti rakyat perlu berusaha mempelajari ilmu yang paling tinggi agar dapat diperguna untuk membangunkan negara. Kawan-kawan boleh menggantikan perkataan rakyat itu menjadi marhaen perlu berusaha mempelajari ilmu yang paling tinggi agar dapat diperguna untuk membangunkan negara.

iii) penganan
Maksudnya : berbagai-bagai jenis kuih dan makanan

Kosa kata penganan boleh digunakan untuk menjimatkan jumlah patah perkataan dalam esei. Bagi murid menengah atas, terdapat esei bahagian A kertas 2 yang menuntut kawan-kawan untuk tidak mengarang esei lebih daripada 250 patah perkataan. Kawan-kawan dapat menggantikan frasa yang mempunyai empat patah perkataan kepada hanya satu. Sebagai contoh, tajuk esei tersebut iaitu "Budaya di Malaysia". Kawan-kawan boleh menghuraikan isi seperti terdapat berbagai-bagai jenis kuih dan makan terdapat di Malaysia kerana Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum yang mempunyai identiti makanan yang tersendiri. Ayat tersebut boleh ditukarkan seperti penganan terdapat di Malaysia kerana Malaysia terdapat pelbagai jenis kaum yang mempunyai identiti makanan yang tersendiri. Mungkin ayatnya nampak seperti tidak sempurna tetapi ayat tersebut betul daripada segi tatabahasanya. Hal ini demikian kerana, penganan itu sendiri bermaksud berbagai-bagai jenis kuih dan makanan.

Baiklah kawan-kawan. Cheq Dila rasa sampai di sini sajalah pembelajaran kita pada hari ini. Terimalah serangkap pantun yang dikarang oleh Cheq Dila sendiri.

Aduh sakit dicucuk semalu,
Semalu di rumput tajam berduri;
Umur yang panjang didoa selalu,
Harap berjumpa dilain hari.



Lagi Kosa Kata Menarik [click here]

1 comment: