About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

04 February 2011

Orang Masyhur Tak Jujur Dengan Allah ?

Assalammualaikummm~

Dalam suatu kisah, Ibrahim bin Adham, Raja negara Balkh, yg masyhur telah meninggalkan istananya untuk menjadi orang biasa dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah. Beliau mengembara sendirian untuk menuntut ilmu agama.

Ibrahin Adham berusaha menjauhkan diri drpd kemahsyuran dan tidak mahu dirinya dikenali. Suatu hari ketika berada dalam sebuah masjid di Syam, beliau sakit perut dan tidak terdaya utk keluar dr masjid. Disebabkan keletihan beliau tertidur disitu.

Ketika sedang tidur, muazzin (tukang azan), datang lagi mengheret dan menghalaunya keluar. Perlakuan itu bagaikan suatu pernghinaan terhadapnya kerana beliau dikasari sedemikian rupa seperti seorang penjenayah.

Namun Ibrahim Adham sama sekali tidak tersinggung. Malah beliau menyifatkan "Hari itu hari yg paling aku hargai!" Hal ini demikian kerana, ketika itu identitinya sama sekali tidak dikenali sehingga menyebabkan si muazzin berkenaan tergamak menghalaunya. Jika muazzin itu tahu bahawa beliau adalah Ibrahim Adham, yg terkenal itu, sudah tentu beliau tidak akan dikasari.

Ini adalah suatu kisah ringkas bagaimana seseorang amat menghindari diri drpd menjadi popular atau masyhur. Bukanlah bermakna kemasyhuran tidak dinafikan boleh mengubah seseorang menjadi 'orang lain'.

Ramai orang ingin jadi popular, terutamanya remaja, mereka amat teruja apabila melihat bagaimana populariti boleh menjadikan seseorang itu kaya raya dan disenangi ramai.

Bagi yg berbakat sedikit, bersuara merdu dan pandai berlakon, mereka mempertaruhkan bakat utk menjadi penyanyi dan pelakon. Dengan harapan itu akan menjadikan mereka artis ternama. Begitu juga bagi yg pandai menulis dan melukis, mungkin itu juga dapat jadi laluan utk mencipta nama dalam bidang masing masing.

Pelbagai cara orang membina populariti. Sama ada melalui cara yg baik seperti mempertaruhkan bakat anugerah Tuhan dgn cara sebaik mungkin. Tetapi ada juga yg popular dgn cara yg tidak baik seperti bertingkah laku atau berpakaian tidak senonoh lalu menjadikan namanya disebut sebut. Bagaimana pun, popular cara ini biasanya tidak kekal lama kerana cerita cerita begini lama kelamaan akan dilupakan org.

Menjadi popular atau masyhur dgn cara yg baik sama sekali tidak salah. Namun tidak dinafikan kemasyhuran boleh memberikan pengaruh tersendiri kepada individu. Hal ini boleh menjadikan seseorang bongkak, besar diri dan hilang keikhlasan. Namun bagi yg kuat, hal ini juga akan menjadikan dirinya lebih merendah diri, bermotivatsi dan lebih takut kepada Allah.

Disebabkan itu juga, ramai org alim takut jadi terkenal kerana bimbang amalan mereka akan terhakis kerana pengaruh glamor. Ibrahim Adham malah pernah menyebut "Orang yg gila masyhur memang tidak jujur dgn Allah"

Bagi mereka yg sedang meniti ambang kemasyhuran, syaba diucapkan! Bagi yg sedang mencari populariti, tidak kiralah sama ada di alam nyata atau di alam maya, persiapkan diri utk menempuh sesuatu yg mungkin di luar jangkaan.

Berikut merupakan beberapa panduan utk sama sama kita renungi.

1. Populariti itu kesan drpd bakat anugerah Allah. Jika kita popular kerana bakat yg kita miliki, maka beringatlah bahawa bakat itu adalah anugerah Allah. Kita popular kerana cantik, maka cantik itu drpd Allah dan sewajarnya kpd Allah jua kita bertawakal. Bakat itu milik Allah, yg hanya dipinjamkan Allah sebentar kpd kita. Olah itu manfaatkan sebaik baiknya. Andainya populariti itu akan menjadikan kita lupa diri dan bongkak, jgn terkejut, bila bila masa sahaja bakat boleh ditarik balik dan populariti akan jatuh merudum.

2. Populariti sepatutnya mendorong seseorang menjadi lebih bermotivasi. Apabila diri sudah popular, segala tingkah laku akan dipandang dan dinilai orang. Jika tersalah sedikit pun, mudah menjadi bahan umpatan dan memberi kesan negatif kpd diri sendiri. Oleh sebab itu, kesan populariti seharusnya mendorong seseorang utk menjadi lebih baik, memperbaiki akhlak serta menjaga tingkah lakunya di mana mana sahaja.

3. Jadi contoh teladan. Orang yg popular biasanya mudah dijadikan ikutan. Apa yg dicakap, dipakai, dibuat mungkin akan mudah 'dipegang' oleh org lain sehingga tidak mustahil jadi ikutan pula. Oleh sebab itu, sekiranya kita jadi popular, bagaimanakah kita mahu orang ikuti kita? Jika kita mahu org ikut yg buruk pada kita, silakan. tetapi ingatlah, kesannya di dunia dan di akhirat! Jika sebaliknya, maka kita pasti tahu laluan mana yg patut kita ikut.

4. Populariti itu ada harga dan kesan. Apabila ada dalam dunia kemasyhuran, kadang kala kita mungkin rasa diri tidak bebas lagi kerana setiap tindakan akan dinilai org atau dgn kata lain, seprauh diri kita sudah menjadi hak awam. Sebenarnya dalam ajaran Islam, apa jua hasil yg kita dapat ada hak org lain yg harus kita tunaikan. Sebagai contoh, jika kita beroleh kekayaan, maka kita harus keluarkan zakat utk org lain yg memerlukan. Sama juga jika beroleh populariti, kerana bakat tertentu yg kita miliki maka kita harus 'membayarnya' dgn cara tertentu seperti tunjukkan contoh teladan yg baik agar dapat menyumbang semula kpd masyarakat.

Sumber : Majalah REMAJA

2 comments: