About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

03 August 2011

Cara-cara belajar Bahasa Inggeris via Radio, TV and Video- Part 2

Assalammualaikummm~

Sambungan daripada previous entry which is Cara-cara belajar Bahasa Inggeris via Internet.

Entry sebelum niyh sikit punya panjang. Aku baca balik entry tu pun aku semputtt~ Tak sangka aku boleh taip membebel banyak macam tu. Tak apa, bakat terpendam tu aku rasa. Bakat membebel Hehe

Dah dah, tengok dah out of topic dah. Pedapp dgn diri sendiri kadang kadang. Jum aku nak share sikit macam mana aku belajar English.


Radio

Ouh yeah, dalam entry sebelum niyh aku Cuma belajar macam mana nak rasa confident communicate in English dengan orang lain. Dalam internet bolehlah nak berlagak cakap English kadang kadang Google Translate jugak kalau tak faham! Tak apa, kita dalam process belajar kan? Yang penting niat nak belajar tu.

Aku dah membebel membebel in English, aku trylah pulak speaking English kadang kadang dengan kawan aku. Masalahnya sekarang, aku bukan tahu sangat pronounciation certain word. Lagi kalau yg panjang panjang, lepas tu yang pelik pelik. Aku selalu kena tegur dengan teacher aku sebab sebut ‘suggestion’ salah! Danggg-

Okay okay, radio. Macam mana aku belajar English dari radio? Aku dengar channel English yang local punya macam hitz.fm & fly.fm. Normally, yelar kan DJ nya will speak in English but in Malaysia style lah. Dulu aku duduk rumah lepas SPM tak buat apa apa. Pagi pagi tak ada orang aku bukak radio dengar DJ tu membebel.

JJ and Ean lah aku selalu dengar. Kadang kadang dorang cakap Malay jugak sikit sikit. Mula mula sumpahlah aku tak faham, sebab kalau membaca kita dapat tangkap. Sempat cari maksud lagi kalau tak faham. Tapi kalau dah DJ tu cakap laju giler nak mampus, sempat kau nak tangkap, nak cari maksud apa dia cakap. Harammm-

Macam tu la aku mula mula dulu. Tak faham. Tapi dengan keazaman nak belajar. Aku dengarkan ajer apa yang dorang bebelkan. Seriously, aku lagi suka interview macam tu. Macam ada artis datang konti dorang, pastu bual bual informal way. Lagi suka aku. Macam tu lah aku belajar dari radio.

Lagi satu, iklan dorang. Dalam English jugak. Kau dengarkan ajer. Mula mula memang tak faham. Tapi kalau dah dengar betul betul, lepas tu kau tahu beberapa perkataan, ahhh kira okay letteww. Pastu cuba ikot dia cakap. Kadang kadang baru kau perasan yang sebutan kau selama niyh salah. Tak apa, lepas dah dengar DJ tu membebel, dia sebut perkataan tu macam tu, barulah belajar dari kesilapan namanya.

Tapi tak rajinlah kan kau nak dengar radio memanjang. Aku dulu sebelum ada internet memang aku dengar radio jer sebab nak dengar lagu kan. Tak apa, kalau tak rajin dengar radio, mesti korang suka tengok TV kan? Hehe


Television (sebut betul betul te-le-vi-si-on, jawa sikit Hehe)

Rumah ada Astro? Tak pun rumah kau dapat channel Singapore tak? Sebab normally memang channel channel niyh cakap English. Lagi lagi Astro dengan channel yang ntah apa apa tu sampai aku pun pening nak tengok yang mana satu.

Tak payah nak tengok Discovery, National Geographic sangat sebab dorang dah tak ada subtitle semua dah dubbing cakap Malay! Apa pun tak boleyhh-

Dulu aku belajar tengok movie English kat TV yang ada subtitle. Selain dapat dengar sebutan dia, kadang kadang kau pun boleh agak apa makna dia menerusi subtitle kat bawah screen tu hah. Memanglah dia cakap laju, tapi sekurangnya kau mesti dapat sikit sikit. Apa yang kita buat mesti kena ada faedah beb. Tengok movie tu pun kadang kadang dapat belajar something jugak.

Lepas tu, aku rasa macam dah confident sikit yang aku boleh nak faham apa pelakon pelakon tu cakap even dorang cakap laju, aku tengok movie tapi tak tengok subtitle. Bila tak faham jer aku jeling jeling sikit subtitle kat bawah tu hahh. Then, aku dah faham sikit sikit kalau tengok cerita yang tak ada subtitle kat bawah even tak seratus peratus sebab bahasa pasar dorang kan, bukan kita faham sangat!

Kalau bukak Disney lagi Awesome! Upin and Ipin tu pun dah cakap English cakap Cina dah sekarang. Canggih tak canggih? Dulu zaman High School Musical dengan Camp Rock kan, dok ulang ulang kat Disney tu sampai dialog dia pun aku dah naik hafal!

Kat Astro boleh tukar suara kan? Dulu tengok cerita tu dengar suara Malay lah. Tapi bila aku dah hafal dialog nya, aku tukar suara asal yang English punya. Ahhh, baru feeling tengok cerita. Suara ori! Alhamdulillah, aku faham lah jugakkk apa yang dorang membebel dalam movie tu.

Malas dah tak ada masa nak tengok TV? Youtube rajin tak? Meyh tengok video kat Youtube pulak!


Video

Video niyh sama dengan jer macam TV tu Cuma kalau video kat Youtube aku tak tengok movie sangat. Aku suka tengok vlog macam Anwar Hadi dgn Maria Elena sebab dorang cakap English kan? Awesome! Aku suka abang Anwar (cehhh, abangg tau! HAHA) punya English almaklumlah dia study TESL bakal cikgu. English kakak Maghia pun aku suka jugak, sebab dia pun main cakap jer campur campur senang sikit aku nak faham, hehe.

Tak kisah lah, tapi bagi aku, aku lagi suka video video yang macam niyh. Yang banyak banyak membebel. Tak ada subtitle pun InsyaAllah aku boleh faham sikit sikit then boleh belajar cara sebutan perkataan perkataan yang aku tak tahu nak sebut tu. Alhamdulillah~

Kalau tak reti jugak nak sebut, kau pergi Google Translate jelar! Nanti dia tolong cakapkan utk kau!

Tapi sejak sejak dah sekolah niyh aku belajar dengar teacher aku cakap English lah kan. Lagi best belajar macam niyh, straight jer tegur kalau aku sebut salah. Maklum lidah keras orang Melayu kan. Sebut English pun belit belit lidah. Maaflah yerr~

Okay, aku rasa that’s it yang aku dapat kongsi. Kalau type banyak banyak sangat pun korang rajin ker nak baca? Hehe. Thank you for reading! Talk to you soon my awesome peeps!


Yes, you guys are awesome. Believe that :)

3 comments:

  1. tapi kadang kadang malas nak cari hehe

    ReplyDelete
  2. INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRIM’S ROO,MX SOBAT




    INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRIM’S ROO,MX SOBAT




    INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL JAMIN 100% TLP KI ANGEN JALLO DI NMR (_0_8_5_2_8_3_7_9_0_4_4_4_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH TERBUKTI 9X TRIM’S ROO,MX SOBAT

    ReplyDelete