About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

26 June 2010

Kosa Kata Menarik Hari ini

Kosa kata ni aku selalu guna dalam esei BM. Memang berguna. Selalu sebelum nak jawab paper exam, aku senaraikan seberapa banyak kosa kata menarik yg aku tahu. So, disebabkan senarai kosa kata menarik aku yg banyak banyak tu ada dalam fail BM *fail tu ada kat sekolah, hehe :), aku cuma share beberapa kosa kata menarik yg aku ingat jelah ea.

Sharing is Caring, Caring is Loving :)

kebobrokan ; kemusnahan

atma ; jiwa

mengambil cakna ; mengambil peduli

Konklusinya / Izharnya ; kesimpulannya

kondusif ; stabil / seimbang

meruncing ; meningkat

individualistik ; sikap pentingkan diri sendiri

interpersonal ; perkara berkaitan peribadi

obligasi ; tanggungjawab

kebejatan ; masalah
Cukuplah tu 10 ye. Memang aku selalu guna kosa kata menarik tu. Senang nak ingat. Pendek pendek je. Korg cuma kena gantikan perkataan biasa kepada kosa kata menarik tersebut. Ngee~

Lagi 1, korg tak rasa bosan ke asyik tulis 'dalam era globalisasi ini' kat awal perenggan? Sejak aku tengok ramai yg guna awalan perenggan tu, aku terus cari ayat ayat bombastik yg boleh aku guna dalam esei. Sekarang aku guna awalan perenggan ini ;

'Dalam ledakan arus teknologi yang amat kuat gelombangnya kini'

atau

'Dalam dunia teknologi yang semakin menular dalam kalangan masyarakat dunia kini'

Lagi satu, aku radang betul dgn org yg tulis frasa 'di kalangan pelajar'. Salah uke. Yg paling betulnya 'dalam kalangan pelajar'. 'Di' hanya untuk tempat atau arah. Kalangan bukan tempat & arah tahu? Jadi, tak boleh guna 'di' pada awal 'kalangan'. Kena guna dalam. Sebab 'dalam' menunjukkan satu lingkungan kawasan. Macam dalam gaung. Automatik kita tahu dalam kawasan gaung. Bukan tepi gaung. Bukan dekat dekat dgn gaung. Bukan, kan? Macam tulah. Korg pergi tengok surat khabar, mesti ada je yg taip 'di kalangan'. Memang aku bengang betul.

Banyak pula bebelan cikgu diLa hari ni? Ada mood. Nak release tensionlah kunun sebab kerja banyak. Hehe :)
So, happy learning ye murid murid !

Lagi Kosa Kata Menarik [click here]

4 comments:

  1. alaa akak , lambat lah ajar .
    huda dah exam hari tuh .
    tau huda guna ayat nihh
    takde dapat b T___T

    HAHA nway , thnx for the ajaran
    wakaka huda akan cuba untuk
    mempraktikan apa yg akak
    telah praktikan (?)

    HAHA ayat mengarut .
    mahap :)) terima kasih lagi sekai ^^

    ReplyDelete
  2. ngee~ alaa, ye kerk dear? xpe2, try buat kat next exam ye deq, btw most welkam! sharing is loving rite? ily so i shared dis :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih , terima kasih , terima kasih.. ! hehe :)

    ReplyDelete