About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

07 May 2011

Jika Allah makbulkan doamu, maka Allah sayangkan kamu. Jika tidak, maka ketahuilah bahawa Allah menyediakan yg lebih baik utk kamu kemudian hari :)

Assalammualaikummmmm~

Bismillahirrahmannirahimmm :)

Pagi pagi buta dah ngadap internet, nak membebel kejap, nak tulis kat diari madah aku malas, so ngadap blog niyh aku pun mula lah menaip.

Tajuk macam good good jer. Aku nak bagitahu yg aku tak dapat matrik, aku tak dapat UPU. Aku tak nak pun matrik sebab aku memang tak minat Science, yg 3 Pure Science subject tu lagilah pergi mampos. Even kat sekolah dulu aku dak Pure Science, dah memang hati aku tak masuk dgn Science kan, nak buat macam mana.

So, aku harapkan UPU tu jelar. Semalam check, tak dapat jugak. Depressed ar kan. Macam kawan kawan aku semua dapat, aku rasa bangang pun ada. Jadi down terus aku semalam. Pagi tadi breakfast dgn ibu aku, dia cakap dia pun takut nak tegur aku sebab aku senyap jer semalam. Haihhh- :((

Then, semalam aku dah fikir, nak tidur pun aku fikir lagi, lepas solat aku fikir, aku doa lagi. Mudah mudahan Allah bagi petunjuk kat aku. Mungkin tak ada rezeki aku nak masuk U arn. Memang nak suruh aku jadi budak sekolah balik. So, aku akan pergi Form 6 :)

Ada hikmah semua niyh, tak apa, aku redha jer. Mula mula aku fikir macam niyh, alaa, bestnya budak budak niyh dapat pergi U, dapat pergi matrik, dapat study jauh jauh. Kenapalah aku tak dapat. Padan muka akulah kan, dulu tak nak belajar betul betul. Ada orang cakap aku salah pilih masa option UPU tu, tu yg tak sangkut mana mana. Memang aku down giler lah kan. Haihhhh-

Aku called kawan kawan aku semalam. Meluahkan perasaan. Ada yg touching sangat tu aku sampai nangis nangis. Ada yg bagi semangat, pastu siap ketawa ketawa lagi. Rindu wokk dgn kawan kawan aku tu. Sorrylah yg lain tak dapat nak call. Lain kali aku call korang kay? :)

Pastu dah call call tu cerita pasal kawan kawan aku yg dapat offer further study, aku macam haihhhh- JEALOUSNYA!! Padan muka aku lagi, siapa suruh belajar main main dulu? Ahh, kan macam niyh jadinya :(((

Tapi Alhamdulillah, Allah bagi aku ketabahan dan kesabaran. Lepas dah habis call kawan kawan aku tu, aku duduk dalam bilik sorang sorang *melayan perasaan*, aku fikir punya fikir punya fikir, NAHHH, AKU NAK MASUK FORM 6.

Aku dulu pun tak ada hati nak masuk Form 6 *tengok bajet budak niyh dia ingat dapat UPU*, tapi aku dah buat solat istikharah, Allah tu nak bagi petunjuk, dia lembutkan hati aku nak masuk Form 6. Persetan tu semua cakap cakap orang. AKU TAK KISAH.

Aku dapat Sc Kemanusiaan. Jadah, belajar sejarah dgn Geografi. Aku tak bagus sangat niyh, Sejarah dgn Geografi masa PMR aku dapat B jer. Sejarah masa SPM pun aku dapat B+. Tapi aku yakin dgn diri sendiri. Kalau aku mula jadi budak nerd rajin belajar, aku tahu aku boleh buat :) NEVER SAY NEVER AYYE?

Orang cakap, ala, sambung jer mana mana. aku pun pernah cakap dgn kawan aku, alaa Form 6 pun okay what, yg penting dapat belajar betul tak? Sekaran aku rasa kawan aku tu cakap balik benda yg sama kat aku kod Hehe :)

Esok Hari Ibu, aku rasa kalau aku dapat UPU, tular hadiah utk ibu aku. Tapi tak ada rezeki. Ibu aku nak hadiah lain kod, hehe :) Rasa macam aku dah hampakan dia, tapi tak apa bu, Didi tak dapat sekarang, mungkin Allah simpan yg lebih baik utk Didi in future :)

So, heyy heyy, aku jadi budak sekolah baliklahhh. Pftttttt-

Tak apa, aku rasa susah sekarang, mungkin ada hikmah. Selalu dengar kat TV dalam drama orang cakap macam niyh, ada hikmah disebaliknya. Betullah, kita kena bersabar dan redha jer. InsyaAllah :)

Tak apa jugak, aku dapat rasa jadi budak sekolah balik. Sorry lah adik adik, kita geng, Geng Budak Sekolah. Nanti tahun depan korang dah masuk U, akak kau niyh belajar lagi, hehe :D Tak apa, sabar-

Aku sekarang tinggal fikir positif jer. Nasib baik aku jenis yg tak cepat down. Alahmdulillah, Allah bagi kekuatan. Tak semestinya tak dapat masuk U sekarang aku tak boleyh berjaya, kan? Stay positif.

Tak semestinya orang yg masuk U tu terus berjaya, dugaan banyak, kalau dapat tahan tu, Alhamdulillah. Mungkin jodoh aku dgn sekolah memang kuatlah kan. Tak boleyh nak berpisah sudahh Hehe

Bagus jugak, tak adalah aku nak jauh dgn family *even aku tahu, one day aku akan merantau jugak cari rezeki tinggakan family* tapi at least bukan sekaranglah kan. Yeah, aku tahu jugak kalau dapat U or matrik jauh jauh dapat jugak nak merasa pengalaman merantau negeri orang, belajar berdikari, tapi STAY POSITIF. Belum tiba turn aku kot. AKU SAYANG BT HAHA

Walaupun korang nanti bergaya macam macam pergi U and matrik, aku stay beb dgn baju sekolah. Tapi aku stay positif, bagus jugak, ada masa lagi aku nak kumpul koleksi baju, tak payah pening pening fikir hari niyh pergi kelas nak pakai baju apa sebab aku pergi sekolah pakai baju sekolah hari hari :D

*okay ayat atas niy semua nak sedapkan hati tapi lebih kepada STAY POSITIF :D jadahhh*

Sayang ibu aku, dia tahu aku depressed, dia belikan aku oreo. Thank you, bu. ILOVEYOU :)

Tapi aku ada apply KLMU, kalau dapat computer graphic design, haihh- HEAVEN. Aku tanya ibu aku kalau dapat KLMU boleyh tak nak pergi, ibu aku tanya balik "Nak pergi ker?", aku jawab "Kalau dapat course best lepas tu dapat pinjaman, nak la kod". Graphic design beb, aku sukaaaaaaa :)

Tapi tular, fikir tak nak bebankan parent, tapi tengok jelar macam mana. Aku dah buat rayuan UPU tu, kalau dapat tu aku confirm pergi, sebab IPTA arn. Kalau tak dapat jugak UPU tu, aku ambil STPM jelar. Belajar jugak, study jugak, cuma aku study kat sekolah, korang study kat U/Matrik! LANTAKKKK- Apa ada hal, kan?

Tiba tiba aku teringat entry yg niyhh . Aku cakap aku nak masuk UiTM or UniKL or KLMU. UiTM tak dapat, UniKL haram jadahh aku tak mohon, so KLMU. Berbelah bagi.

*eh, okay niyh kalau aku masuk Form 6 dapat pergi sekolah naik kereta. HEHE Ayahh, saya nak kereta sebijik! Bila mahu belikann??? :D *

Okay, I'm just kidding jk jk Don't take me seriously :D

Okay, sekarang kita cuma perlu berdoa, redha dan tawakal dengan apa yg nak jadi. Aku cuma perlu bersedia and yeahh Baby! I'm ready! :)




I'm gonna be a :D

Again, I'm just kidding. Don't take me seriously LoL

"I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together" - Marylin Monroe

"Make a wise decision but if in the end you’re wrong on something, don’t regret it, move forward and find better alternative. Life is about taking risk decision and live with that decision" :)

That's all.
Thanks for reading.
Thank you my beloved friends.
You guys are so amazing.
I love you guys.
I miss you guys.
Like crazy hell.
*crying*
*cengeng!*

********************UPDATED*****************

So, this entry was posted 2 years ago, sekarang aku dah habis Form 6, tengah tunggu panggilan untuk my degree. Bila aku baca balik entry ni, tetiba aku rasa bangga dengan diri aku (over tau, hihik). Memang aku pernah down pasal aku tak dapat mana mana tawaran, and Allah punya perancangan sebenarnya lagi hebat daripada yang kita pernah imagine.

Aku tak pernah rancang nak masuk Form 6, but when I was a Form 6 student, aku belajar banyak benda yang aku tak pernah dapat sebelum ni. Aku tak tahu nak describe macam mana, sebab lain orang lain experience. But I guess you should try it first then you will know how it feels :)

Alhamdulillahh, last March result STPM keluar, aku merupakan antara pelajar terbaik STPM at my school and I just proved that as long as we learn and do something we love, we can nail it. So, nasihat aku pada adik adik, sila fikir pasal subjek yang korang akan belajar, sama ada subjek tu sesuai dengan korang ataupun tak.

Previously, aku pernah cakap memang aku tak suka Science kan, sebab minat aku memang lebih pada Seni. So, masa STPM aku ambil subjek Seni walaupun at first cikgu letak aku kat kelas Sejarah+Syariah. Aku tetap berkeras cakap dengan cikgu aku nak masuk kelas Seni. Alhamdulillah, aku dapat masuk kelas Seni+Sastera.

One year and half aku study and aku admit yang aku tak pernah serajin itu. Masa aku SPM memang pemalas nak mam. Tapi aku dah set mind yang aku nak berjaya, so aku kena rajin lebih daripada orang lain.

Yeah, I just nailed it.

To mom and dad, thanks because you always be here for me.
To teachers, thanks for the lessons you gave to me.
To friends, thanks for all the help.
To myself, thanks for not giving up so quickly.

Nasihat aku? Percaya pada Allah, yakin pada-Nya. Allah itu sebaik-baik perancang. Mungkin kau belum bersedia nak hadapi dunia Universiti. Sebab tu kita kena hidup dalam dunia percubaan. Prauniversiti, sebelah kaki dah berada di U (kalau kau rajin, hihikk)

Ingat tu :)

Good luck! >.<

12 comments:

  1. aku doakan kau berjaya stpm nanti. amiin. insya-Allah :)

    ReplyDelete
  2. UNIKL bole mohon lagi syg. tp mahal kos. (:

    DD, dont worry laaa. aku akan sentiasa support kw. (: syg DD !

    ReplyDelete
  3. tak apalah, aku mohom KLMU tu jer. Aku pun bukan kaya sangat Hehe Awww, thank youu sweetheart, sayang mot jugakk! :)

    ReplyDelete
  4. never say never..hehe
    klu ad niat nak menuntut ilmu kat mana2 pn boleh.
    amik f6 ok jgk.abis f6 t smbung la degree. mgkin skang blm rezeki kat c2.tp try jek la buat rayuan k, mne tahu dpt panggilan kedua kan.

    my lil bro pn xdpt upu.skang tggu poli jek. n rsult de ag truk dr didi.jgn rse down pula.ad org ag truk dr didi kan.

    ok?good luck.chill beb.=)

    ReplyDelete
  5. thank youu sissy <3 :) thanks fer thw words of encouragement, yeahh maybe tak ada rezeki lagi kan :) A'ahh, didi dah buat rayuan dah, tengoklah kalau dapat didi pergi.

    okay sissy, THANK YOU VERY MUCH! :)

    ReplyDelete
  6. dun giv up syg..
    NEVER SAY NEVER!!

    ReplyDelete
  7. Thank you very much sweety! yeahh, NEVER SAY NEVER! :D

    ReplyDelete
  8. yay! dd mohon KLMU..aq doa kw dapat! sbb aq suke seni~ =) mudah2an cita2 utk kw dlm bidang ni tcapai sygs! good luck! TC =)

    ReplyDelete
  9. hehe, yeahh, i ikut cakap youu hehe :) InsyaAllah, doakan yer? Thanks sayang!

    ReplyDelete
  10. Sayanggggggggggggg ! I sama macm youuu :( Tak dpt upu :( Huksss .So KITA akan jadi NERD bersama kay? :D

    Chaiyo3 :D

    ReplyDelete
  11. awwww Isokeyy sweety, tak per, kita memang sentiasa geng Hehe

    Chaiyokk!

    ReplyDelete