Kenapalah aku tak cantik macam Joyah tu? Kalau aku cantik mesti best. Senang nak dapat pakwe hensem hensem. Kenapalah keluarga aku tak kaya macam Kiah tu? Kalau aku kaya mesti aku dapat pakai baju , beg, kasut mahal mahal yang brand brand kan. Kenapalah Milah tu pandai sangat? Kalau aku pandai macam dia kan bagus. Tak payah nak susah susah belajar teruk teruk. Kenapalah aku tak popular macam Ramlah tu? Bestnya jadi popular, orang semua kenal.
Jika anda sedang membaca entry ini, dan jika anda pernah berfikiran seperti situasi situasi di atas, anda patut bersyukur dgn apa yg anda ada sekarang.
LIKE SERIOUSLY!
Kalau korang sedang membaca entry ini pastinya korang mempunyai komputer atau laptop atau netbook free yg kerajaan bagi atau laptop kerajaan utk guru guru atau handphone (tak kisah arh brand apa pun, Nokia, Sony Ericsson, Samsung etc) atau smartphone (tak kisah jugak brand apa sama ada iPhone, Samsung, Nokia etc) atau tablet touch pad tak kisah arh iPad ker Samsung Tab ker, lantak arh.
Semestinya korang juga mempunyai internet connection utk membaca entry ini dan yang paling penting korang ada bekalan elektrik. Kalau elektrik tak ada memang tak jalan arh korang punya gadget yang canggih canggih uhh.
Nampak remeh.
Ada orang yang masih belajar guna lampu minyak lagi, tahu? Orang Afrika sana tak ada rumah pun, inikan pulak elektrik, internet bagay. Ada orang yang 3 hari tak dapat makan. Minum air pun dah untung. Untunglah rumah korang ada elektrik, dapat internet lagi! Bangun bangun tidur jer dah ada breakfast, lunch mewah mewah, dinner sedap sedap.
Aku bukan nak cerita pasal gadget yang canggih canggih atau internet connection ataupun elektrik. Aku nak cerita pasal rasa bersyukur tentang apa yang kita ada sekarang. Mungkin kita tak perasan, kita sebenarnya lebih bertuah daripada orang lain. Cuma kadang kadang kita merungut kita tak dapat itu, tak dapat ini, tak dapat apa yg kita nak. Betul tak?
Aku sure korang pernah merungut sebab aku pun pernah. Tipulah kalau kau tak pernah nak merungut tentang hidup kau, tentang apa yg kau ada, tentang apa yg kau dapat. Kita asyik nak mintak benda yg kita tak dapat jer. Kadang kadang benda tu macam mustahil nak dapat, tapi kita merungut jugak, kenapalah tak dapat dapat benda yg kita nak tu, kan?
Tapi berapa ramai yang rasa bertuah, bersyukur dgn apa yg kita dah ada? Pernah tak rasa macam korang dah ada dah benda tu tapi nak yang lagi better. Padahal functionnya sama jer kod. Okay okay aku bagi contoh, macam phonelah kan. Sekarangkan macam marked sikit kalau update status kat FB guna BB. Kau pun nak BB jugak padahal kau dah ada phone yg sama jer functionnya macam BB tu.
Tapi korang tetap wish nak BB tu, baru nampak grand. Untunglah weyh dah ada phone canggih canggih, ikut kemampuanlah kalau nak terus beli BB. Tak kesian mak bapak? Ahh, pakai duit pinjaman kerajaan beli barang bukan bukan? Haiyaaa, duit tu buat belajar kau. Bukan beli barang branded nak lawan dgn budak budak kaya tu. Belajar bersyukur boleyh? Untunglah weyh kerajaan nak bagi kau duit pinjaman, haihhhh-
Tipulah kalau aku tak pernah nak wish untuk jadi cantik, kaya, pandai. Siapa yg tak nak? Bila aku tengok orang lain cantik, yelar aku nak juga. Orang lain kaya, dapat beli barang barang branded dari luar negara macam tu, aku pun nak merasa jugak. Orang lain pandai, asyik dapat number 1 jer, ranking pun top, aku teringin nak jadi macam tu.
Tapi tiba tiba aku rasa bersalah pulak bila merungut. Sepatutnya aku belajar bersyukur. Aku kena hargai apa yang aku ada. Aku taklah cantik mana, tapi sekurangnya aku tak cacat. Aku taklah kaya mana, tapi aku dapat makan hari hari, aku dapat makan apa yg aku nak. Aku tetap ada keperluan yg cukup dalam hidup aku. Even tak branded, tapi tetap ada. Aku taklah pandai mana, tapi sekurangnya aku dapat kesempatan utk belajar macam orang lain.
Bila aku tengok Bersamamu kat TV3 tu hah, kadang kadang aku tak nak tengok pun. Rasa kesian aku tak boleyh blah, lagi lagi kalau mak bapak dorang sakit lepas tu anak anak kena kerja cari duit. Lagi kalau adik-beradik ramai, ada yg kena berhenti sekolah sebab parent dorang tak mampu nak afford dorang punya education.
Aku rasa bersyukur. Bersyukur sangat sangat sebab aku dapat belajar. Pergi sekolah hari hari. Parent aku bagi duit belanja. Aku dapat apa yg aku nak walaupun kadang kadang lambat sebab aku tahu parent aku susah cari duit nak besarkan kitorang tiga beradik. Kadang kadang kita tak nampak usaha parent kita sebab sorang saja tak nak tunjukkan. Tapi bila aku dah besar gini, baru aku faham.
Sekurangnya aku ada family yang sentiasa ada untuk tolong aku, aku ada bestfriends yang understanding, aku ada kawan kawan yang awesome, aku ada cikgu cikgu yang selalu ada untuk aku tanya apa apa tentang study. Aku bersyukur sebab aku ada semua ni.
Cikgu aku ajar, kita kena ingat Allah dalam setiap apa yang kita buat. Kita kena ucap “terima kasih, Allah” kalau tiap kali kita dapat sesuatu. Bila kita nak buat something macam nak belajar, selain doa belajar, kita kena niat jugak, “Ya Allah, supaya pelajaran pada hari ini akan menjadi tonggak kejayaanku dan semoga aku dapat manfaatkannya kepada diri, keluarga dan masyarakat”. Bila dah habis belajar cakaplah “terima kasih Allah kerana memberi aku kesempatan untuk mempelajari sesuatu yang baru hari ini.”
Bila dah habis solat cakap pulak, “terima kasih Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk menunaikan solat” As simple as that. Sebab bila kita ingat Allah dan sentiasa bersyukur, Allah mesti ingat kat kita jugak.
You don’t know where is Allah but you have to believe that Allah is always there for you.
Sebab tu kena selalu berdoa dan yakin. Sebab doa tu senjata orang Mukmin. Pada Allah jer tempat kita bergantung. Bila senang selalu selalulah panjatkan rasa syukur. Bila susah mintaklah kekuatan untuk tempuhi dugaan dan cabaran hidup. Jangan putus asa. Allah bagi ujian dan cabaran tu berdasarkan kemampuan kita.
Aku selalu motivate diri aku, macam kalau aku dapat tugasan baru tak pun cikgu amanahkan aku untuk buat something yang aku tak pernah buat and tak tahu nak buat, aku akan anggap tu sebagai dugaan yang Allah nak bagi kat aku. Aku tak kan dapat belajar something new kalau aku tak buat something differrent. Aku yakin aku boleyh buat sebab dugaan tu semua datang kat aku berdasarkan kemampuan aku.
Cuma kita kena mintak pertolongan dan kekuatan daripada Allah jer. Jangan sesekali lupakan Allah. Aku pun kadang kadang lalai jugak. Kadang kadang aku lupa nak bersyukur. Aku lupa nak buat apa yang disuruh, tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah tu Maha Pengampun. Kita kena perbaiki diri kalau nak jadi yang lebih baik.
Aku niyh bukanlah baik sangat tapi aku kadang kadang merungut jugak. Lepas tu aku rasa macam bersalah lepas merungut. Patutnya aku bersyukur dgn apa yang aku ada. Jangan nak fikirkan pasal orang sangat. Rezeki orang lain lain, maybe aku tak dapat sekarang sebab aku yakin Allah simpankan something untuk aku in future. Macam cikgu aku cakap, rambut sama hitam, rezeki lain lain. & I’m not lucky, I’m blessed, and so are you.
If you are willing to be someone else, maybe someone is willing to be you right now.If you wake up next day, thank Allah for giving you another chance to breathe.If you are breathing right now, thank Allah for another chance for you to live in this world.Thank Allah for everything you have now because you don’t know when they will go soon.Don’t think about what other people have; you will be happier and appreciate what you have now.
p/s : Cikgu aku pernah tanya, “Apa sebenarnya tujuan kita hidup kat dunia niyh dan apa yang akan jadi lepas kita mati?”
Allahu’alammm~
terharu bila baca entry ni.
ReplyDeleteyes !
ktepun kekadang mrungut.
thx 4 this entry :)
i will motivate myself ..
tima kasih Allah krn saya diberi pluang untuk baca blog yg mmberi sye motivasi pada hari ni:)
alhamdullilah ! sedar gak sye slps membce entry nieyh ~~ hurm `
ReplyDelete