About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

27 June 2011

Manusia tak pernah puas. Itu fakta. Manusia memang tak boleh tengok orang lain lebih sikit drpd dia. Itu fakta.

Assalammualaikummm~


Ini terjadi pada diri aku. Mungkin juga korang pernah kena benda yg sama macam yg aku pernah kena. Mungkin korang pernah ada rasa yg sama jugak macam yg aku rasa. Rasa tak pernah puas hati dengan hidup korang. Kalau dah namanya manusia, memanglah tak pernah puas.


Dengki. PHD lah kan. Mana boleh nak tengok orang lebih sikit dari kita. Kalau orang lain ada, kita pun nak juga. Dengki kat orang tu sebab dia pandai, selalu kena puji dengan cikgu, tapi cikgu tak puji kita. Balik balik cikgu puji dia, balik balik sebut nama dia, muakk tahu?


Kalau nak cakap aku tak pernah nak ada perasaan macam tu, aku tipulah kan. Aku mengaku, aku pernah rasa macam tu. Dulu, budak budak lagi otak pun tak dapat berfikir secara rasionalnya dan tak dapat nak menilai sesuatu dengan baik dan berkesan. Tapi, sekarang aku dah faham.


Segala apa yg terjadi, apa yg Allah cipta, ada hikmahnya, ada gunanya. Kenapa perasaan tak puas hati tu ada dalam diri kita? Kenapa perasaan dengki tu wujud dalam diri kita? Aku niyh pun tak adalah pandai sangat tapi aku cuba nak bagi tahu pandanganaku jugak lah kan. Kalau ada salah, tolonglah betulkan sebab aku bukannya bagus sangat.


Pada pandangan aku, bagus jugak kita ada perasaan macam tu. Aku niyh dah diajar, apa pun jadi kena fikir positif. Kadang kadang aku tengok seseorang tu macam lebih kan, aku dengki, jeles dgn dia. So, aku fikir positif, aku tengok balik diri aku, kenapa aku jeles? Yeah, sebab aku tak ada apa yg dia ada.


Berbanggalah seketika jika ada orang yang cemburukan kamu kerana mereka tiada apa yg kamu milikki :)


So, kita boleh buat kesimpulan dan fikir positif yg perasaan macam tu sebenarnya dapat motivate kan diri kita balik. Nak orang lain jeles dgn kita? Kita kena jadi yg terbaik. Nak jadi yg terbaik? Kita kena bijak berfikir. Nak bijak berfikir? Fikir perkara perkara yg positif dan berfaedah. Kenapa nak kena buat macam tu? Sebab kita nak orang pandang kita.


Pernah rasa yg korang tak wujud dalam sesuatu kumpulan tu? Keberanian dan confident. Tu yg penting. Orang yg berani akan stand for their right. Orang yg confident sentiasa mendapat tempat. Sebab tu aku rasa dua benda tu penting. Aku pun bukan bagus sangat. Aku pun tengah berusaha memajukan diri :)


Perasaan dengki yg negative niyh sebenarnya aku malas nak fikir. Tapi normal lah kan. Dalam hidup semua ada yg baik, ada yg buruk, ada pro and kontranya. Dari tadi cerita pasal positive way of perasaan dengki jeles bagai niyh. Kita tengok the negative way pulak.


Yelar kan, kadang kadang perasaan macam niyh memang boleh bawak gaduh. Memang berperanglah kan. Normally yelar pasal couple couple niyh. Kau rampas pakwe aku, yg mamat tu rampas awek kau. Pakwe dapat awek baru lagi cun kau pun sibuk cari pakwe baru yg hensem hensem. Nampak tak disitu?


Geng kau biasa biasa jer, jumpa pulak dgn geng cantik, kaya raya. Mulalah meluat, yg ini cakap itu gedik, yg sana cakap sini ngada ngada. Yg situ sibuk dengki buli yg sana, yg sana menjaja cerita ntah apa apa kat orang lain. Nampak tak macam mana dunia?


Kalau korang masih sekolah, benda niyh semua normal. Yg bab couple couple lah kan. Orang ada awek, kau nak jugak. Mana dengki awek kawan kau lagi lawa badan selim melim muka cun melecun bak bulan purnama pastu kawan kau siap tayang tayang lagi awek dia kat kau. Mana kau pun nak cari awek jugak kan. Dah dapat yg lawa, baru puas hati.



Bagi akulah yg dah konon konon tak masuk dalam kategori tu walaupun aku niyh budak sekolah lagi, benda benda tu bagi aku normal. Manusia tak pernah puas. Dah lawa lawa pun pergi buat pembedahan plastik. Tak ker cari naya semua tu? Dah dapat effect barulah nak saman tular, saman niyh lahh. Haiyaaaa-


Tapi tular kan, hidup niyh, macam macam ragam manusia yg kita boleh jumpa. Aku suka tengok gelagat orang, kadang kadang yg kelakar tu gelaklah sama, yg sedih tu tumpang simpati, yg gembira kita tumpang sekaki, yg dah kena musibah kita ambil pengajaran berdoa supaya tak jadi kat kita. InsyaAllah-


Manusia tak pernah puas, memang fakta kan? Aku pun kadang kadang ada rasa macam tu, tapi kita niyh manusia, terutamanya yg orang Islam, should be thankful sebab Allah bagi kita rezeki. Jangan nak lupa Allah. Kalau kita pernah buat kesalahan janganlah buat lagi. Mintak mintak dijauhkan.


Kalau korang rasa hidup korang susah, korang kena fikir ada orang yg lagi susah dari korang. Sekurangnya korang dapat makan, ada orang kat negara perang tak dapat makan pun. Bersyukur korang ada family, ada orang yg dah yatim piatu. Bersyukur korang mash dapat pergi sekolah, ada orang yg nak sangat pergi sekolah tapi tak mampu. Bersyukur dgn apa yg ada, sebab tu semua rezeki Allah.


Dahlah, tak payah nak dengki dengki sangat. In positive way tu boleh, ambil kelebihan seseorang tu sebagai contoh. Cuba jadi macam dia, tak pun kalau boleh korang jadi yg lebih baik dari dia. Kalau berusaha InsyaAllah dapat.


Selalu kena buli? Orang selalu dengki korang? Ada jer yg tak puas hati dengan apa yg korang buat? Sesungguhnya Allah itu mendengar doa hamba-Nya yg teraniaya. So? Janganlah lupa Allah :)


*aku niyh jenis tak reti nak lawan balik. Play cool jer sudah. Nak gaduh gaduh pun buat hapa, 1 kelas, 1 sekolah, 1 Malaysia. Yeayyyy!
*kalau ada orang jeles dgn korang, maknanya korang ada sesuatu yg orang lain tak ada :)
*Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah Ya Tuhanku, kau jauhkanlah diriku dari sifat sifat mazmumah dan kau tanamkanlah sifat sifat mahmudah dalam diriku ini, Ya Allah. Amin~

03 June 2011

Sakit betul hati aku.

Assalammualaikummmmm~
*tarik nafas panjang panjang dulu sebelum mencarut*

Haihhhh- Semalam beriya niyh aku tiba tiba apply make up bagai. Buat art eyeliner kat mata, dah awesome dah. Pastu aku rajin pulak nak buat shawl tutorial yg Hana Tajima tu hah. Aku buat punya buat punya buat. Adalah dalam 3 or 4 kali aku record. Okay, DONE.

Bukak computer, transfer files dalam folder, bukak internet, sign in Youtube (dalar lambat nak mampos), nak upload video shawl tutorial tular. Cari kat folder. Cari punya cari punya cari. MV0001, MV0002, MV0003, MV0004, MV0005, MV0006, MV0008, MV0009. Ehh, ehh. Yg MV0007 niyh video hapa yg hilang niyh?!

OKAY FINE! TULAR VIDEO SHAWL TUTORIAL YG TERBAIK DARI YG LAIN LAIN TU HAHH. PASTU AKU TERDELETE KER? DAMN DAMN! DAH TERBAIK DAH. YG LAIN MUKA AKU MACAM HAPA. HAIHHHH- KENAPA BOLEH HILANG PULAK?!?!?!?!?!?!?

down -.-

Dalar weyh. Nanti buat lagi :(

CRAP. Sakit betul hati aku.

********************************************************

Yelar. Semua nak tinggalkan aku. SADIS. Awak pun nak tinggalkan owg ker? Haiyaaaaaaa -.-

Betul la weyh, kita tak selalu dapat apa yg kita nak. Kita terpaksa korbankan something precious to get something precious in future. Yeah, aku sedar. Makin kita berkorban, InsyaAllah ada something precious as the return in future, jangan sampai kita terkorban sudahlah kan.

Aku selalu cakap kat dia, alaa, tak pa, kita fikir pasal future kay? Kalau ada tu, adalah. Kalau tak ada nak buat macam mana. Kita tak dapat sekarang, mungkin kita dapat in future.

Okay, sekarang kena cerita pasal future jer. Semua nak yg best arn pasal future masing masing. Tipulah kalau tak nak. Siapa yg nak future dia hancuss? Aku pun selalu berangan, nak berjaya, nak jadi designer, ada butik sendiri, hidup dgn keluarga bahagia. Haihhh- Siapa yg tak nak kan?

So, apa-apa yg kita buat sekarang kita kena fikir pasal future. Kalau kita dah boleh bayang future kita macam mana, maknanya kita ada matlamat. Bila kita dah ada matlamat maknanya kita akan sentiasa ingat matlamat kita and we will work harder. Bila nak dapat kejayaan memang banyak dugaan, so kita kena tabah and kuatkan semangat. NEVER SAY NEVER AYYE? :)

Tak kisahlah kau kena marah dgn cikgu depan semua kawan kau kat sekolah ker, lecturer kau campak assignment kau dari tingkat 3 pastu kau kena berlari turun bawah kutip kertas kertas assignment kau tu ker, pakwe kau curang keluar dgn musuh kau ker, kawan kau tikam kau dari belakang ker, tu semua dugaan hidup. Yeah, hidup memang kejam. Tapi orang bijak dia fikir macam mana nak atasi semua tu. Tular orang yg berjaya.

Kena tabah jelar kan. Korang bayangkan kalau semua tu jadi kat korang. Perghh, kalau aku pun depressed beb. Rasa macamnak bunuh diri jer. Tapi, bunuh diri dosa kan? Tu maknanya kita tak dapat nak terima dugaan hidup. Allah memang benci orang yg macam niyh. Kita kena berusaha. Yg penting kita kena percaya.

B.I.E.B.E.R. Believe in everything because everything's reachable. Yeah, betullah tu. Bila kita percaya one day benda tu akan jadi, it means it will. Cuma tak tahu jelar bila dia nak jadi kan. Semua tu kuasa Allah. Kita bukan boleh nak mintak sekarang, sekarang juga dia jadi. Yg penting jangan lupa Allah. Dia sentiasa ada.

Family tak selalu stick dgn korang. Dorang pun ada hal lain jugak nak buat. Kawan kawan one day akan tinggalkan korang jugak. Mana tahu dorang dapat kawan baru (haihhh- harap harap kawan kawan aku tak macam tular kan, AMINNN). Tapi ALLAH, Dia sentiasa ada. Tak kisahlah apa darjat kau kat dunia niyh, Dia tetap ada mendengar doa kita. Kita kena yakin.

Tapi, berbalik kpd bab nak tinggal tinggalkan niyh, berbalik jugak kat tajuk entry hari niyh. Dalar last week aku tak celebrate birthday dgn kawan kawan aku macam tahun tahun lepas ada birthday party bagai. Tak apa, nak buat macam mana kan? Dah semua seibuk pergi merantau. Tu pun future jugak. Ahhh, tengok. FUTURE.

Awak pun nak pergi jugak kan? Haihhh- Yeah. Awak cakap our future ayye? Owg ingat aw. Tapi message tu semua owg dah padam. Buat sakit hati jer baca. Tak, bukan sebab awak. Sebab apa nak jadi. Tapi, tular, owg nasihatkan owg lain memang hebad. Bila benda niyh jadi kat diri sendiri, susah pulak nak terima hakikat Hehe

Tak apalah wakk. If it's meant to be, it will be :) Awak pun dah besar even masih 17 lagi sebab owg tua 7 bulan dari awak HAHA. Tapi apa ada hal kan? :D Jaga diri elok elok okay?



*eh, tak fobia tp sukaa. Suka apa? Suka awak lahhhhhhhh

Mampos kalau dia baca niyh. Ahhh, lantaklahh Hehe

kaythnxferreadingbye! :)