About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

18 December 2011

Lelaki dan merah jambu.

Assalammualaikummm beautiful and handsome :)


Ouh, btw, korang dah tahu cerita pasal budak tajaan Petronas yg kahwin kat Dublin tu? Best nyer kahwin dekat Dublin. Ramai orang datang wedding dia pulak tu. Yg tak bestnya dia kahwin dengan lelaki, dan masalahnya dia lelaki jugak! Astaghfirullah al-azim



And before before that cerita pasal Tengku Sofea lah hapa lah budak perempuan tu. Aku pun konpius dia Malaysian or Indonesian. Pastu nak kutuk kutuk Islam, haihhhh- Tak lama budak niyh. Ntahlah, aku dengar orang cakap dia tu fake, bukan Tengku Sofea, ntah siapa siapa lah dia tu.



Pastu Apit pulak, aku pun tak tahu lah apit mana niyh. Korang boleyh cerita kat aku tak pe hal si Apit niyh pulak tiba tiba? Justin Bieber lah, followers tiba tiba 1k lah, hapa lah, aku tak tahuuuuuuu!



Okay, all above are so out of the topic.
Sorry, my bad -.-





Kenapa lelaki dan merah jambu? Because I like boys and I love pink. Hehe JK



Kalau dulu nampak lelaki pakai pink sikit cakap jambu lah, adik adik lah, lembut lah. Tapi sekarang aku rasa pemikiran orang makin bagus dan awesome! Hello, tak salah pun lelaki nak pakai kaler pink as long as they are happy with that way.



Aku pun macam tak hairan sangat kalau budak budak lelaki suka pink. Heyy, ada kawan aku, dia perempuan, tak suka pink pun, dia suka kaler biru. Ada kawan lelaki aku tak suka biru pun, dia pilih pink as his favourite color. Masing masing punya suka lah kan.



Kalau boleh buanglah tanggapan yang lelaki + pink mesti adik adik niyh. Tak jugaklah weyh, benda tu cuma kaler jer kod. Jangan arh fikir cenggitu. Kalau budak perempuan tak suka pink, macam okay jerk an, tak ada pulak nak label dorang tomboy sebab tak suka pink. Ehh, tak fahamlah makk-



Niyh aku rasa dah macam aku sebelah budak budak lelaki niyh lah pulak. Tak ada lah weyh, aku Cuma rasa tak adil arh nak label dorang cenggitu. Dorang ada favourite masing masing jugak. Suka hatilah nak suka apa pun kan.



By the way, I think boys like pink are sweet.
ajdljakdljakfjalkfjdlfjakflafk; DAMN SWEET :)



Yeah, besides I love pink kan, it would be awesome if my future boyfriend suka pink jugak. Lagi kalau dia suka Bieber, perghhhh- Memang aku pergi konsert Bieber dengan dia jelar, senang. Untung untung ada orang belanja tiket konsert HAHA





I’m kidding :D





(but deep inside; BEST NYER ADA ORANG NAK BELANJA PERGI TENGOK KONSERT BIEBER!)

HAHA



Ouh well...


Ehem.

Erm.




Boys who love pink and Justin Bieber; Hi, I’m Dyla. Apperantly, we have a lot of common :D




p/s: perempuan tak semestinya suka pink, lelaki tak semestinya benci pink.




REAL MEN WEAR PINK? REAL MEN TREAT GIRLS RIGHT.

08 December 2011

Dear the ‘beep beep’ on phone, you are annoying.

The beep beep thingy is the vibrate sound on the phone.






I HATE THAT DAMN BEEP BEEP!



However, aku rasa ada kebaikan dan keburukan about this beep beep sound.


Kebaikannya, yeah of course if your phone is on silent mode and if you place your phone on your pocket, you will feel the vibration lah kan. So, senang arh kalau ada orang call or one message received something like that so you will alert about it.


Do you ever place your phone on desk or something and it will vibrate like crazy when the signal comes? The annoying beep beep sound is okay when your phone is on silent. You will know immediately that someone calls you or you have text received and you will answer and reply them. Cool, aye?


Eventhough the beep beep sound is annoying I told you, but still.


For your information I don’t set my phone with the vibrate signal on. I made it OFF. Because I found some retarded thingy about that beep beep.


I can sleep peacefully. I just have to make my phone silent and ignore all of the sounds. The beep beep thingy always disturbs my beauty sleep time!


I just can ignore someone call like you know when you are in a hard time like you both fighting for some stupid reasons and that person just wanna talk to you to make the situation better or just go back to normal, but that person can’t meet you right away and that person just keep calling you like you don’t wanna talk at that time, just keep on your phone in silent mode and the vibrate off or you just can switch off your fckin phone. That’s it.




I’m not always with my phone. If you can’t reach me, that’s why.




The vibration sound will decrease your phone's battery. If you wanna save your phone's battery life, turn the vibration off. True fact.



I watched a movie, and there were a boyfriend and his girlfriend like they were talking to each other. Then the girlfriend just wanna ask something to her boyfriend and suddenly the boyfriend’s phone just so annoying the phone keep vibrating with the beep beep sound. Whenever the girlfriend wanna talk then the boyfriend will be like, “Wait, wait,” and he will ignore the call and the girlfriend wanna talk again and the fckin phone just keep vibrating!


That’s annoying. At the end, that girlfriend was mad and merajuklah kan. That was his boyfriend’s ex who was keep calling and made the phone keep vibrating.




It still annoys me.




I don’t know why I hate that vibration sounds. Uhh, I’m so sorry -.-‘

02 December 2011

Rasa bersalah bila merungut~


Kenapalah aku tak cantik macam Joyah tu? Kalau aku cantik mesti best. Senang nak dapat pakwe hensem hensem. Kenapalah keluarga aku tak kaya macam Kiah tu? Kalau aku kaya mesti aku dapat pakai baju , beg, kasut mahal mahal yang brand brand kan. Kenapalah Milah tu pandai sangat? Kalau aku pandai macam dia kan bagus. Tak payah nak susah susah belajar teruk teruk. Kenapalah aku tak popular macam Ramlah tu? Bestnya jadi popular, orang semua kenal.





Jika anda sedang membaca entry ini, dan jika anda pernah berfikiran seperti situasi situasi di atas, anda patut bersyukur dgn apa yg anda ada sekarang.


LIKE SERIOUSLY!


Kalau korang sedang membaca entry ini pastinya korang mempunyai komputer atau laptop atau netbook free yg kerajaan bagi atau laptop kerajaan utk guru guru atau handphone (tak kisah arh brand apa pun, Nokia, Sony Ericsson, Samsung etc) atau smartphone (tak kisah jugak brand apa sama ada iPhone, Samsung, Nokia etc) atau tablet touch pad tak kisah arh iPad ker Samsung Tab ker, lantak arh.


Semestinya korang juga mempunyai internet connection utk membaca entry ini dan yang paling penting korang ada bekalan elektrik. Kalau elektrik tak ada memang tak jalan arh korang punya gadget yang canggih canggih uhh.





Nampak remeh.





Ada orang yang masih belajar guna lampu minyak lagi, tahu? Orang Afrika sana tak ada rumah pun, inikan pulak elektrik, internet bagay. Ada orang yang 3 hari tak dapat makan. Minum air pun dah untung. Untunglah rumah korang ada elektrik, dapat internet lagi! Bangun bangun tidur jer dah ada breakfast, lunch mewah mewah, dinner sedap sedap.




Aku bukan nak cerita pasal gadget yang canggih canggih atau internet connection ataupun elektrik. Aku nak cerita pasal rasa bersyukur tentang apa yang kita ada sekarang. Mungkin kita tak perasan, kita sebenarnya lebih bertuah daripada orang lain. Cuma kadang kadang kita merungut kita tak dapat itu, tak dapat ini, tak dapat apa yg kita nak. Betul tak?


Aku sure korang pernah merungut sebab aku pun pernah. Tipulah kalau kau tak pernah nak merungut tentang hidup kau, tentang apa yg kau ada, tentang apa yg kau dapat. Kita asyik nak mintak benda yg kita tak dapat jer. Kadang kadang benda tu macam mustahil nak dapat, tapi kita merungut jugak, kenapalah tak dapat dapat benda yg kita nak tu, kan?


Tapi berapa ramai yang rasa bertuah, bersyukur dgn apa yg kita dah ada? Pernah tak rasa macam korang dah ada dah benda tu tapi nak yang lagi better. Padahal functionnya sama jer kod. Okay okay aku bagi contoh, macam phonelah kan. Sekarangkan macam marked sikit kalau update status kat FB guna BB. Kau pun nak BB jugak padahal kau dah ada phone yg sama jer functionnya macam BB tu.


Tapi korang tetap wish nak BB tu, baru nampak grand. Untunglah weyh dah ada phone canggih canggih, ikut kemampuanlah kalau nak terus beli BB. Tak kesian mak bapak? Ahh, pakai duit pinjaman kerajaan beli barang bukan bukan? Haiyaaa, duit tu buat belajar kau. Bukan beli barang branded nak lawan dgn budak budak kaya tu. Belajar bersyukur boleyh? Untunglah weyh kerajaan nak bagi kau duit pinjaman, haihhhh-


Tipulah kalau aku tak pernah nak wish untuk jadi cantik, kaya, pandai. Siapa yg tak nak? Bila aku tengok orang lain cantik, yelar aku nak juga. Orang lain kaya, dapat beli barang barang branded dari luar negara macam tu, aku pun nak merasa jugak. Orang lain pandai, asyik dapat number 1 jer, ranking pun top, aku teringin nak jadi macam tu.


Tapi tiba tiba aku rasa bersalah pulak bila merungut. Sepatutnya aku belajar bersyukur. Aku kena hargai apa yang aku ada. Aku taklah cantik mana, tapi sekurangnya aku tak cacat. Aku taklah kaya mana, tapi aku dapat makan hari hari, aku dapat makan apa yg aku nak. Aku tetap ada keperluan yg cukup dalam hidup aku. Even tak branded, tapi tetap ada. Aku taklah pandai mana, tapi sekurangnya aku dapat kesempatan utk belajar macam orang lain.


Bila aku tengok Bersamamu kat TV3 tu hah, kadang kadang aku tak nak tengok pun. Rasa kesian aku tak boleyh blah, lagi lagi kalau mak bapak dorang sakit lepas tu anak anak kena kerja cari duit. Lagi kalau adik-beradik ramai, ada yg kena berhenti sekolah sebab parent dorang tak mampu nak afford dorang punya education.


Aku rasa bersyukur. Bersyukur sangat sangat sebab aku dapat belajar. Pergi sekolah hari hari. Parent aku bagi duit belanja. Aku dapat apa yg aku nak walaupun kadang kadang lambat sebab aku tahu parent aku susah cari duit nak besarkan kitorang tiga beradik. Kadang kadang kita tak nampak usaha parent kita sebab sorang saja tak nak tunjukkan. Tapi bila aku dah besar gini, baru aku faham.


Sekurangnya aku ada family yang sentiasa ada untuk tolong aku, aku ada bestfriends yang understanding, aku ada kawan kawan yang awesome, aku ada cikgu cikgu yang selalu ada untuk aku tanya apa apa tentang study. Aku bersyukur sebab aku ada semua ni.


Cikgu aku ajar, kita kena ingat Allah dalam setiap apa yang kita buat. Kita kena ucap “terima kasih, Allah” kalau tiap kali kita dapat sesuatu. Bila kita nak buat something macam nak belajar, selain doa belajar, kita kena niat jugak, “Ya Allah, supaya pelajaran pada hari ini akan menjadi tonggak kejayaanku dan semoga aku dapat manfaatkannya kepada diri, keluarga dan masyarakat”. Bila dah habis belajar cakaplah “terima kasih Allah kerana memberi aku kesempatan untuk mempelajari sesuatu yang baru hari ini.”


Bila dah habis solat cakap pulak, “terima kasih Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk menunaikan solat” As simple as that. Sebab bila kita ingat Allah dan sentiasa bersyukur, Allah mesti ingat kat kita jugak.



You don’t know where is Allah but you have to believe that Allah is always there for you.



Sebab tu kena selalu berdoa dan yakin. Sebab doa tu senjata orang Mukmin. Pada Allah jer tempat kita bergantung. Bila senang selalu selalulah panjatkan rasa syukur. Bila susah mintaklah kekuatan untuk tempuhi dugaan dan cabaran hidup. Jangan putus asa. Allah bagi ujian dan cabaran tu berdasarkan kemampuan kita.


Aku selalu motivate diri aku, macam kalau aku dapat tugasan baru tak pun cikgu amanahkan aku untuk buat something yang aku tak pernah buat and tak tahu nak buat, aku akan anggap tu sebagai dugaan yang Allah nak bagi kat aku. Aku tak kan dapat belajar something new kalau aku tak buat something differrent. Aku yakin aku boleyh buat sebab dugaan tu semua datang kat aku berdasarkan kemampuan aku.


Cuma kita kena mintak pertolongan dan kekuatan daripada Allah jer. Jangan sesekali lupakan Allah. Aku pun kadang kadang lalai jugak. Kadang kadang aku lupa nak bersyukur. Aku lupa nak buat apa yang disuruh, tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah tu Maha Pengampun. Kita kena perbaiki diri kalau nak jadi yang lebih baik.


Aku niyh bukanlah baik sangat tapi aku kadang kadang merungut jugak. Lepas tu aku rasa macam bersalah lepas merungut. Patutnya aku bersyukur dgn apa yang aku ada. Jangan nak fikirkan pasal orang sangat. Rezeki orang lain lain, maybe aku tak dapat sekarang sebab aku yakin Allah simpankan something untuk aku in future. Macam cikgu aku cakap, rambut sama hitam, rezeki lain lain. & I’m not lucky, I’m blessed, and so are you.


If you are willing to be someone else, maybe someone is willing to be you right now.

If you wake up next day, thank Allah for giving you another chance to breathe.

If you are breathing right now, thank Allah for another chance for you to live in this world.

Thank Allah for everything you have now because you don’t know when they will go soon.

Don’t think about what other people have; you will be happier and appreciate what you have now.






p/s : Cikgu aku pernah tanya, “Apa sebenarnya tujuan kita hidup kat dunia niyh dan apa yang akan jadi lepas kita mati?”
Allahu’alammm~

28 October 2011

Count On Me :)

Assalammualaikummmmmmm~



Baca entry niyh sambil dengar lagu niyh, baru rasa feeling dia, baru awesome :) hehe



Rakan, kawan dan sahabat. Macam sama tapi lain sebenarnya. Pada aku, kalau rakan tu macam org yg kita kenal kenal gitu jer. Macam budak tu sekolah lain, kau sekolah lain, jumpa setahun sekali, tapi kau tahu nama dia, that’s it. Kawan plak, kau jumpa lebih kerap drpd rakan tu. Macam classmates, schoolmates, budak dorm sebelah, kelas sebelah, blok sebelah. Macam tu lah, kawan tu macam selalu jugak la kita lepak dgn dia. Cerita cerita gitu jer.



Sahabat pulak ialah bestfriend. Korang selalu dgn dia, kira macam pergi mana mana pun dengan dia, buat benda yg korang suka sama sama and selalu hang out together. BFF la senang cerita. Bestfriend forever yer, bukan be-fxcking-friend aw! :D



Dalam hidup aku pulak, ada banyak type sahabat niyh. Yelar, dulu sekolah rendah rapat dengan orang lain, sekolah menengah lain pulak, dah habis sekolah pun tukar lain lagi. Kita tak stick dengan 1 BFF jer sebab kita membesar, so kita kenal dengan orang orang baru dalam hidup kita. So, I think it’s normallah kalau kita ramai phase of friends unless you are not socialize type of person, something like that.



Aku bukan nak bersifat kaum kaum main geng geng kat siniyh. Tapi apa yg aku tahu, tak semua orang faham kita, tak semua orang kita boleyh buat BFF, tak semua orang yg kita boleyh go together. So, that’s why we have that types lah kan ; rakan, kawan dan sahabat. Tapi siapa yg cakap satu kelas or satu form tu BFF dia, perghhh- gwa memang respect lu arhh!



BFF, as stated before, orang yg korang selalu hang out together lah kan. Korang selalu cerita masalah dengan dorang, selalu buat benda yg korang suka sama sama, selalu study sama sama. Lagi sekali aku cakap aku tak ada niat nak main puak puak kaum geng jadahh niyh, just there are some people who I close with.



Here you go :) Meet my gorgeous and awesome sweethearts!


Aizzaty Azmy or better known as Ejad

Budak comel. Aku tak tahulah macam mana boleyh rapat dengan si Ejad niyh. Kitorang dulu tak sama sekolah, tak pernah kenal pun. Tup tup masuk kelas sama lepas tu terus ngam gitu. Dah jodoh kot, hehe. Kepala dia pun ting tong ngok ngek macam aku, sebab tu kot kitorang boleyh go together. Dia niyh tak kisah apa apa, jenis yang go jer. Tapi kalau beli makanan tetap suruh aku yang order. Kenapa? Ntah aku tak tahu :D Yang bestnya si Ejad niyh, dia faham aku lebeyh. Bila cerita cerita of course la kalau gossip gossip tu, haihhhh- Memang banyak yang dia nak like! Haha

Ouh well, muka dia comel macam budak budak tapi kalau dah ngamuk baik korang lari sebelum dia meletup. Memang tak arhhh- Hehe Jangan marah jaddd, aku hentam jerr doe! HAHA PANGG-



Reesha Azwa aka Wawa

Budak cantik. Dia niyh aku kenal masa kat UTM dulu ada kem SPM ntah hapa aku tak ingat. Kitorang satu group, so dari situ arh kenal kenal. Then, jodoh pulak masuk kelas sama, lepas tu boleyh stick pulak. Dia niyh pandai bergaya, kuat berangan, pandai shuffle, hehe. Kadang kadang blur, pastu buat muka comel dia gittew, nasib baik memang comel :D Dia niyh giler Forteen and aku tak tahulah kenapa, dah kena sampuk agaknya. Hari hari dok dengar lagu Forteen tu hah. Sampai aku pun terjebak sekali tak pasal pasal Hehe

Eh, dia niyh ada jual lens, kalau nak beli pergi contact dia kat FB kay!



Kyra Khairi is still Kyra Hehe

Budak cute. Yahh, itu dia budak cute dah datang! Hehe Si Kyra niyh aku kenal dari zaman sekolah rendah lagi tapi dulu kitorang lain kelas so tak rapat. Tapi aku tahu nama dia. Kira kitorang niyh dulu rakan jer. Pastu dah upgrade sikit sekarang jadi sahabat. Awesome arh. Dia niyh jenis yg go jugakk, tak kisah jer apa apa. Nak kawtim pun senang. Kyra dgn Wawa dah lama jadi BFF tapi sekarang dah tambah lah BFF nya, aku + Ejad, hehe. Tak apa, memeriahkan majlis kan. Kyra niyh aku suka kawan dengan dia sebab dia ting tong jugak. Lepas tu kalau ajak jalan, memang on je arhh. Semua kaki ronggeng, hehe.

Oops, walaupun Kyra niyh cute tapi hati dia brutal aww, hehe Suka dia!


Aku panggil dorang bertiga niyh cekeding sebab dorang niyhh kurus kurus. Dorang tak leyh ar nak panggil aku cekeding, sebab aku ‘sihat’.

‘SIHAT’. Faham? Hehe


Tular sahabat sahabat aku buat masa sekarang. Kitorang belajar satu kelas, duduk pun dekat dekat. Orang tengok kitorang memang selalu sama sama kalau pergi mana mana. Tapi tak bermakna kitorang tak kawan dengan orang lain. Kitorang kawan semua, cuma istilah between kitorang is kitorang niyh sahabat. You have friend and bestfriend, aye? There are the differences.

Kadang kadang kalau orang tengok kitorang, ehh macam apa dah asyik nak together jer kalau pergi mana mana. Comm’on la beb. Sama jugak situation boyfriends and special boyfriend, of course la korang selalu keluar dengan special boyfriend korang rather than your boyfriends kan. But sometimes korang boleyh jer nak lepak dengan boyfriends orang tu, cuma is not often as korang keluar dengan the special one.

Same goes with this situation. I hang out a lot with my BFF, tapi I still hang out with my other friends too. Kitorang bukan stick with each other like 24/7, we still spend times for other friends. Sometimes I’m just wondering, why my other friends can’t be my BFF too? Tapi tular aku cakap, BFF lebih faham kita macam mana. Sama jerr macam boyfriends and special boyfriend thingy tu tadi. Kenapa dia SPECIAL, mesti ada extra criteria yg menyebabkan dia special.

So, I have bestfriends and SPECIAL bestfriends too lah kalau macam tu, hehe J

Aku suka berkawan, aku kawan dengan semua orang, cuma kadang kadang maybe people get annoying dengan aku sebab perangai aku ker hapa. I know, I can’t please everybody and so do you, aye? I can’t understand everybody and so do you, aye? It’s totally your right nak suka aku ker tidak. I rather am being hate for who I am than for who I am not. This is me, isokey if you don’t like me.

Again, aku memang nak kawan dengan semua orang. Tipu kalau aku cakap yg aku tak ada not-so-good-friend list. Tapi aku still nak kawan dengan semua, tak lama lah kalau BFF niyh. Aku tahu kalau masing masing dah sambung belajar lain lain tempat, tak dapat nak hang out often dah. IKR. Sebab tu kawan biar seribu. Eh, aku nak sejuta arh. Berjuta-juta kawan, boleyh?

Friends are our mirror; they tell us what is right, what is wrong. My friends are my O2.


BFF, I love you so freaking much like no one can replace you now because you understand me more than others :’)


Reesha Azwa, Kyra Khairi,

Aizzaty Azmy, Angelika Fadhilla;

Doa dipohon ke hadrat Ilahi,

Moga persahabatan kekal selamanya.


Amboit berpantun pulak! HAHA



p/s : pernah dulu ringtone kitorang sama. Empat empat guna ringtone yang sama. Elak kalau semua dalam kereta, phone berbunyi, semua konpiushh phone siapa yang bunyi. Phone kau kod, eh bukan? kau ehh? Bukan jugakk? Ahh, phone kau niyhh, kan? Tak bunyi? Ouh, sorry, phone aku lettew HAHA :D

02 October 2011

Crush. Crunchy. Yummy yummy.

Crush. Orang yang kita suka secara senyap senyap. Dia tak tahu pun yang kita suka dia. Orang lain pun tak tahu. Macam kita niyh secret admirer dialah kan. Tular crush. Bila nampak dia jer, haihhh macam dalam heaven gittew. Selalu berangan kalaulah betul betul dapat jadi awek dia kan best kan. Kalau betul betul dia tu pakwe kita kan awesome kan?

Tipulah kalau aku cakap aku tak ada crush. Ada tu ada tapi ntah lahh. Aku bukan jenis yang mengharap sangat lepas tu aku rasa lagi best jadi kawan jer dulu. Lagipun tak sweet ar kalau perempuan yang ushar dulu, hehe.

So, aku ambil decision, biar jelar. Memang aku suka dia lebih sikit daripada kawan kawan yang lain, tapi kalau bab bab nak mintak couple niyh, lemah sikit aku. Ingat nak mintak couple ingat senang macam mintak ice blended ker? Haiyaaa, aku bukan jenis macam tu. Dah suka terus nak couple. APTB.

Plus, to get closer to someone you love, it’s better be a friend to him first. Kawan lagi senang aku rasa. I can tell anything to my friends, but not to my boyfriend. Daaa, if I tell my boyfriend about some cute guys I met in mall before, of course dia jeles, doesn’t he? Kalau I tell to my friend, of course they wouldn’t mind, hehe, I think so :D

But ada bagusnya jugak you have crush in your class or your school. Macam semangat sikit nak pergi sekolah, hehe. Haishh, tapi ingat niat nak pergi sekolah tu nak jumpa crush ker nak study sampai Berjaya? Betulkan niat dulu. Nak jumpa crush boleyhh, tapi agak agak ar.

Lemme tell you some signs kalau nak tengok that person or yourself have a crush or not (this is totally from my own opinion and experience, maybe, hehe)

1. You will tercari-cari dia datang kelas/sekolah or not.

2. Dia tak tahu you suka kat dia. Nobody knows unless you told your bestfriends sebab nanti ada your bestfriend will be the alarm yang akan bagitahu macam kalau crush you lalu then you boleh lah tengok dia kan.

3. You find information about your crush, macam warna beg sekolah dia, jenama kasut dia, jam dia, kalau boleh you pun nak benda yang sama macam dia!

4. After exam, normally akan ada list ikut ranking then normally akan show that list of the ranking kat board, you pun sibuk cari nama your crush. Konon nak tengok your ranking, dah dapat your ranking lepas tu cari ranking crush you pulak.

5. Then, kalau kat ranking tu selalu ada i/c, you tengok i/c dia sebab nak tahu birthdate. Kalau lagi hebat i/c dia pun you hafal.

6. Kalau hari sukan sekolah, kalau your crush ada masuk acara, especially olahraga, mesti you support dia walaupun lain rumah sukan!

7. Kalau you and your crush lain kelas mesti kalau waktu rehat kat kantin you tercari-cari dia mana tau dapat senyum kat dia kan.

8. Selalunya yg buat potong line mestilah kalau your crush dah ada awek, tapi you tak kisah. Tu different between crush and boyfriend-wanna-be. You suka dia secara senyap, tak mengharap pun nak dapat jadi awek dia.

9. Kalau on9 kat FB pun you selalu cari cari dia kat chatbox tu hah. Kalau dia on9 jer, kadang kadang you buat status, “OMG! He is on the line!” without nobody knows who he really is.

10. Bila your crush on the line you will make status yg ada kena mengena dengan dia dgn harapan dia akan baca your status even your crush tak tahu pun yg status tu semua pasal dia.

Ahh tu jelarrr kod. Amacam? Ada yg terasa ker? Hehe ^^

So, like I said before kan, ada different between crush and boyfriend-wanna-be. Crush niyh lebeyh macam you suka dia senyap senyap. Kalau boyfriend-wanna-be you will cari jalan juga macam mana nak rapat dengan dia, so you will go to the next step macam pergi jumpa dia, msg hari hari. Tapi kalau crush dia play cool jer.

Tapi lain orang lain pendapat, lain style, lain cara pemikiran, so it’s up to you!

06 September 2011

Cara cara belajar bahasa Inggeris melalui Surat Khabar, Buku dan Kamus – Part 3

Assalammualaikummmm~

Sambungan daripada my previous entries which are :

@Cara cara belajar bahasa Inggeris melalui internet
@Cara-cara belajar Bahasa Inggeris via Radio, TV and Video- Part 2


I found a quote stated that reading is for awesome people :D
Sumpah aku setuju! Haha

Aku memang suka membaca. Membaca ada banyak faedah. Kalau kat sekolah sulu, aku dah nak naik muntah cikgu asyik suruh buat karang pasal faedah-faedah membaca. Atas kesedaran tersebut, aku pun mulalah membaca dengan lebih kerap.

Surat Khabar

Kalau kat rumah niyh, memang parent aku beli 2 surat khabar. Hariam Metro and New Strait Times. Sebab parent aku nak latih aku baca teks English kan, so dorang belikan NST tu. Memang aku baca. Walaupun tak faham, at least one day aku dapatlah baca teks English.


Kalau dulu bolehlah nak baca buku teks, nak baca literature English kat sekolah. Sekarang Form 6 mana ada buku teks. Cari buku sendiri. So, aku cari inisiatif lain dengan membaca surat khabar sebab tu sumber yang paling senang nak dapat and murah.


Yang aku suka bila baca surat khabar niyh, bahasa dia formal so senanglah nak apply dalam karangan compare to buku buku cerita yang kadang kadang tak formal. Dalam surat khabar dia tulis skema kan. Aku suka baca ruangan Letters from readers. Dalam NST banyak article. Yang tu pun aku suka baca.


Bila dah baca tu ada perkataan yang tak faham kan (i mean of courselah ada) sebab cara penulisan dorang formal kan, perkataan pun advance advance niyh. Aku sendiri baca pun aku tak faham. Sedihhhh-

Buku


Ala, cara belajar melalui buku pun lebih kurang surat khabar jer. Tapi macam yang aku cakap, sejak dah tak sekolah niyh, susah aku nak dapat sumber bahan English nak baca. So, aku belilah buku. Aku suka buku buku psychology, kaunseling, true story about someone/something, cerita pasal tokoh tokoh cenggitu lahh. Aku tak suka sangat cerita fantasy, fiction fiction sangat.


Aku mengaku sebab tu aku tak pernah tengok Twilight, Harry Potter, Narnia. Sebab aku tahu tu semua penulis punya fantasi. Kalau betullah semua tu wujud, aku dah pergi tengok dahh. Well, diff people, diff style, aye?


Aku suka library. Kenapa? Sebab banyak buku! Gembira jer. Kalau boleyh aku nak duduk dalam library tu baca semua buku :D Kalau pergi bookstore, lagilah kan! Kadang kadang nak beli buku tu aku tenung duk tengok perhati buku mana satu yang nak dibeli. Tensiond engan diri sendiri kadang kadang!


Prinsip aku, when you do something, make sure you gain something from it. Of course bila kita kerja kita nak gaji kan baru masyukkk rasa berbaloi. Macam tu jugaklah aku buat semua niyh sebab aku nak gain something. I gain new knowledge on every page I read.


Because you are what you read. Bila kita ada knowledge, kita akan jadi better person. People, who never learn history, will repeat it again. Even, certain people said that history repeats itself, tapi siapa yang repeat semua tu beb? Manusia jugak kann.


So, lu fikirlah sendiri :D


Kamus


Aku memang suka kamus. Gila tak suka? Baca perkataan gembira dalam tu. Korang tahu taka ap maksud gay? A’ahh, hubungan antara lelaki dan lelaki. Gay juga membawa maksud gembira.
OMG! I’m so gay today!


Kalau tak percaya pergi bukak kamus dwi bahasa sana! ^^

Tak pun rujuk entry aku yang lepas niyh :


Tak tahulah kenapa aku suka kamus kan. Dulu kalau masuk library, porang lain baca buku cerita, aku baca Kamus Dewan. Apa penyakit ntahh- Kalau kamus dwi bahasa tu, memang aku sampul, jaga baik baik, kalau tengok dari jauh kamus aku tu dah macam novel kan.


Bila dah naik Form 6, kitorang belajar guna Tatabahasa Dewan. Yang tu lagi awesome! Aku memang suka bahasa kan. Memang gembira kalau selak Tatabahasa Dewan tu. Rasa macam, ehhh, banyak nya nak kena belajar benda benda niyh semua, tapi at least kitorang tahu apa itu morfologi and sintaksis (cehh, kosa kata menarik tu!)


Aku dapat kosa kata menarik semua daripada kamus. Barulah gembira nak buat karangan. Ouhh yes, of courselah kan aku tak kan ingat semua perkataan yang aku baca. For that reason, aku akan catat dalam buku nota. Dalam kelas ada MUET reading, teacher bagi teks and aku akan list kan perkataan perkataan tu dalam buku nota.


Bila dah baca paper, dah baca buku, ada perkataan yang tak faham, kamuslah penyelamat dunia. Sekarang pun dah ada BESTA kan. Lagi senang, tapi jer. Tak payah nak selak selak sangat kalau nak cari perkataan yang tak tahu maksudnya. 21st century generation. Cenggitu lah. Budak 5 tahun pun dah pandai guna iPad.


Okay, aku rasa tu jer kot. Nanti story lagi kayy! Thanks for reading!

05 September 2011

Tragedi tiap kali raya.

Assalamualaikummmm~


Adalah amat normal apabila tibanya Hari Raya kita akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai. Diri beta jugak tidak terkecuali. Aktiviti berkonvoi beramai-ramai jugakk merupakan sesuatu yang normal.


Sanak saudara berkumpul dan berkonvoi tiga empat kereta dengan memakai baju kurung cantik cantik. Anak anak dara merempit kat taman nak raya rumah kawan kawan and cikgu cikgu pakai baju kurung baru. Awesome much. Bila lagi nak tengok dorang merempit pakai baju kurung bagai kan? Time raya jelar.


Tipulah kalau aku tak pernah buat semua tu. I mean, kita semua pernah buatlah kan. Pergi beraya ramai ramai, satu kelas kalau boleh nak serbu semua rumah. Aku pulak memang raya dengan kawan kawan merempit tiap tahun. Ehh, tak ada kerjalah nak bawak kereta kalau kat taman niyh jerr.


Sebab sesi merempit pakai baju kurunglah terdapat beberapa tragedi yang menimpa.


First raya ramai ramai aku rempit bawak motor sendiri tak silap aku masa Form 4. Masa tu wedges baru nak trend. Gatallah jugak nak pakai. Alah, tak tinggi pun. Dua inci setengah jer. Aku bawak skuter masa tu. Rumah kawan aku niyh kat Felda. So, rumah dia macam turun bukit lepas tu ada batu batu.


Masa tu kawan kawan rempit aku semua macam tak nak turun parkir kat bawah. Aku yang kat belakang niyh pun curious lah. Apa kejadahlah dorang niyh tak turun turun kan. Dah lambat sangat, aku pun potonglah dorang. Dengan skuter barunya gittew plus kasut wedges tu aku pun press motor turun bawah.


Dah sampai kat batu tu, a’ahh kan tak seimbang pulak, tiba tiba bammmmm!


Ouh yes, I mean, damn- Aku jatuh motor.


Nak tahan pun tak gunalah kan kasut tinggi gittew, senget buku lali aku!


Nak malu pun dah tak rasa macam malu dah, redha jer!


APTB -.-


Start tahun lepas aku dah taubat tak pakai kasut tinggi dah time naik motor kalau beraya, HAHA


Niyh cerita masa Form 5 pulak, tahun lepaslah kan. Aku tak bawak motor sendiri dah. Lepas tu pakai baju macam baju Punjabi gttew dengan jeans. Pakai flat shoe jer. Nampak tak perubahan disitu? Tak pakai kain, no more heels! Walaupun aku tak bawak motor kan! HAHA


Tapi dah sampai kat rumah kawan aku, dia pulak tak ada transport, lepas tu dia tak reti sangat nak bawak motor masa tu. Yelar, akulah yang tolong bawak. Confident ar sikit sebab pakai jeans kan. Bukan kain baju kurung. Pastu tak pakai heels. Ahh, akulah driver masa tu.


Aku dah bawak keliling taman. Lepas tu kawan aku niyh nak bawak pulak. Aku pun bagi jelar, kang tak bagi nangis pulak kan Hehe Lepas tu, a’ahh kan, dia bawak nak belok kiri, kat situ ada lori besar. Dia punya nak corner siap makan jalan sebelah lagi kan!


Aku kat belakang dah redha kalau masuk bawah lori. Perghhh, aku memang dah dedor gittew, dia punya corner macam drift kereta! Tapi syukur Alhamdulillah tak ada apa apa. Selamat semua. Kalau tak selamat aku tak ada raya tahun niyh.


APTB -.-


Tahun niyh punya cerita pulak. I mean, dua hari lepas. Ahhh, tahun niyh aku pakai baju kurung, tapi pakai flat shoe jelar. Taubat tak nak pakai wedges dahhh. Wedges yang ada letak dalam rumah. Kali niyh aku bawak ex5. Baru betul rempit!


Semalam 5 motor sekali rempit. Aku bawak sorang. Dengan kain kipas belakang gittew aku pun merempit. Sumpah, banyak kali aku tertinggal kunci kat motor. Asik lupa jer nak amek. Haihhh- nyanyuk dah aku niyh! HAHA


Tiba rumah last lagilah best. Motor ex5 tu dah lah berat kan (bagi aku beratlah sebab aku niyh tak lah besar mana) aku pun nak parkir, nak stand.


A’ah kan, jatuh lagi!


Tapi jatuh yang slow motion gittew, bayang semua bayangkan macam mana motor tu terbaring mengiring ke kiri dalam keadaan slow motion HAHA


Rupanya aku tak stand tongkat. Memang awesome lah kan! Kau ingat tongkat tu nak stand sendiri ker dila oi? Haiyaaaaaa- Kena gelaklah of course, tapi aku reti nak kisah? Buat tak ada apa apa jer sudah. Tapi sekurang kurang nya, dah tambah lagi satu tragedi raya tahun niyh, sambungan tragedi raya tahun tahun sebelum nya HAHA


Perghhh, boleyh buat drama bersiri kalau cenggini!


APTB lah kan!

03 September 2011

Duit raya. Kuih raya. Baju raya. Shawl raya. Make up raya. Kasut raya. Mercun raya. Lagu raya. Jalan raya. Jabatan Kerja Raya.

Assalammualaikummmm~


Hari niyh dah 5 Syawal. Sikijap jer kan dah nak seminggu. Aku rasa cuti macam pendek sangat. Seminggu? Mana cukup beb. Hari niyh dah hari Sabtu, hari Isnin dah kena sekolah. Parahh- Homework satu hapa pun aku tak sentuh lagi. Sibuk sangat beraya kan!


Blog pun dah lama terbengkalai. Aku lama tak update sebab sibuk dengan sekolah, ada ujian, lepas tu siapkan project project kat lagi. Memang banyak kurang tinggi sikit dari KLCC kalau aku list kan semua benda yang nak dibuat. Tu yang blog berhabuk hukhuk tak ter update update.


Aku balik kampong malam raya. Rasa macam duduk dekat KL balik malam raya cenggitu. Jalan pun tak adalah sesak sangat tapi perasaan balik kampong malam raya tu lain sikit. Maybe sebab aku tak pernah nak balik kampung malam raya kod. Aku duduk kampung sampai hari raya ketiga jer. Kampung aku bukan jauh pun, kat Kluang jer. Minggu depan kalau nak balik lagi, boleh jerr nyahh :D


Petang semalam (raya ketiga) aku dah sampai rumah. Home sweet home! Plan hari niyh pulak berterabur sebab ingat nak meronggeng raya rumah kawan kawan tapi ada yang tak ada kat rumah. Lepas tu kawan aku dari JB pulak nak turun siniyh. Takkan dorang nak raya rumah aku nak meronggeng pulak kan. Haihhh-


Ouh yeah, ehemm ehemm, walaupun sudah menganjak umur 18 tahun, Alhamdulillah beta still dapat duit raya sebab badan beta macam budak Form 2 rakyat jelata semua memang tak percaya kalau beta cakap beta dah Form 6 sampaikan ada sedara tu beliau baru Form 3 tapi badan lagi besa dari beta beliau pun nak salam beta suruh beliau cium tanganlah kan sebab beta lagi senior (ayat bajed) tapi beliau macam confuse kejap lepas tu beta cakap yelar beta dah Form 6 tuan hamba tak percaya pulak kan!


Pedapp dengan diri sendiri cenggini! –


Wah wahh, kuih raya banyak atas meja. Dah penad cari satu bandar mestilah nak kena tayang tu kuih tunjuk kan! HAHA Kantoi- Yelar, tipu kalau tak ada yang beli kuih raya, tahun niyh aku buat cornflakes madu + coklat rice dengan kuih sarang semut. Cornflakes tu wajib okay. Memang tiap tahun aku buat Hehe


Tahun niyh baju raya 2 pasang jer kaler pun lebih kurang sama merah merah maroon gittew. Tahun niyh dah tak pink sangat dah sebab tahun lepas dengan tahun sebelumnya dah pink sangat kan. Penad lah cenggini. So, tahun niyh maroon maroon la sikit. Pastu ada pakai baju tahun lepas sebab aku bajed badan tak besar besar lagipun baru berapa kali jer aku pakai baju tersebut kan. Tak baik membazir-


Shawl pun tak payah nak beriya sangat. Aku beli satu shawl jer pastu pandai pandailah nak belit belit bagi lain style bila pakai utuk kali kedua dan seterusnya. Make up pun eyeliner jelar (akay, aku tipu). Eyeliner pastu eyeshadow sikit sikit hehe. Kasut pun aku beli wedges, sandal dengan flat shoe. Wedges pakai kalau aku tak drive. Sandal tu pakai masa drive. Flat shoe tu pakai kalau naik motor. Dahh, 3 kasut tahun niyh walaupun tak beraya sangat HAHA


Lagu raya, okay aku bukannya peminat Ana Raffali, so memang lagu raya lama lama jer yang sedap pada aku (tiba tiba Ana Raffali masuk siniyh pulakk, tak pasal pasal). Last last beraya pergi Kota Tinggi bukak Fly.fm. Dengar omputih jer. Lagu raya pelik pelik sekarang niyh.


Haihhh, niyh lagi satu. Mercun kan! AKU TAK SUKA MAIN MERCUN TAPI AKU SUKA BUNYI MERCUN. FULSTOP .


Jalan raya sesak time raya. Itu normal. Ada accident time raya. Itu normal. Kereta banyak berhenti tepi jalan. Itu normal. Sesi tidur dalam kereta sebab perjalanan jauh yang amat. Itu pun normal.


Jabatan Kerja Raya kerja tak time raya?


Selamat Hari Raya Maaf Zahir.

Selalu orang cakap, ehh, batin tak payah, batin tak ada kan?

Tapi tak sedap pulak ayat tu kalau cenggitu, rasa macam tergantung.

Oleh sebab itu, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN TO MY AWESOME READERS!

03 August 2011

Cara-cara belajar Bahasa Inggeris via Radio, TV and Video- Part 2

Assalammualaikummm~

Sambungan daripada previous entry which is Cara-cara belajar Bahasa Inggeris via Internet.

Entry sebelum niyh sikit punya panjang. Aku baca balik entry tu pun aku semputtt~ Tak sangka aku boleh taip membebel banyak macam tu. Tak apa, bakat terpendam tu aku rasa. Bakat membebel Hehe

Dah dah, tengok dah out of topic dah. Pedapp dgn diri sendiri kadang kadang. Jum aku nak share sikit macam mana aku belajar English.


Radio

Ouh yeah, dalam entry sebelum niyh aku Cuma belajar macam mana nak rasa confident communicate in English dengan orang lain. Dalam internet bolehlah nak berlagak cakap English kadang kadang Google Translate jugak kalau tak faham! Tak apa, kita dalam process belajar kan? Yang penting niat nak belajar tu.

Aku dah membebel membebel in English, aku trylah pulak speaking English kadang kadang dengan kawan aku. Masalahnya sekarang, aku bukan tahu sangat pronounciation certain word. Lagi kalau yg panjang panjang, lepas tu yang pelik pelik. Aku selalu kena tegur dengan teacher aku sebab sebut ‘suggestion’ salah! Danggg-

Okay okay, radio. Macam mana aku belajar English dari radio? Aku dengar channel English yang local punya macam hitz.fm & fly.fm. Normally, yelar kan DJ nya will speak in English but in Malaysia style lah. Dulu aku duduk rumah lepas SPM tak buat apa apa. Pagi pagi tak ada orang aku bukak radio dengar DJ tu membebel.

JJ and Ean lah aku selalu dengar. Kadang kadang dorang cakap Malay jugak sikit sikit. Mula mula sumpahlah aku tak faham, sebab kalau membaca kita dapat tangkap. Sempat cari maksud lagi kalau tak faham. Tapi kalau dah DJ tu cakap laju giler nak mampus, sempat kau nak tangkap, nak cari maksud apa dia cakap. Harammm-

Macam tu la aku mula mula dulu. Tak faham. Tapi dengan keazaman nak belajar. Aku dengarkan ajer apa yang dorang bebelkan. Seriously, aku lagi suka interview macam tu. Macam ada artis datang konti dorang, pastu bual bual informal way. Lagi suka aku. Macam tu lah aku belajar dari radio.

Lagi satu, iklan dorang. Dalam English jugak. Kau dengarkan ajer. Mula mula memang tak faham. Tapi kalau dah dengar betul betul, lepas tu kau tahu beberapa perkataan, ahhh kira okay letteww. Pastu cuba ikot dia cakap. Kadang kadang baru kau perasan yang sebutan kau selama niyh salah. Tak apa, lepas dah dengar DJ tu membebel, dia sebut perkataan tu macam tu, barulah belajar dari kesilapan namanya.

Tapi tak rajinlah kan kau nak dengar radio memanjang. Aku dulu sebelum ada internet memang aku dengar radio jer sebab nak dengar lagu kan. Tak apa, kalau tak rajin dengar radio, mesti korang suka tengok TV kan? Hehe


Television (sebut betul betul te-le-vi-si-on, jawa sikit Hehe)

Rumah ada Astro? Tak pun rumah kau dapat channel Singapore tak? Sebab normally memang channel channel niyh cakap English. Lagi lagi Astro dengan channel yang ntah apa apa tu sampai aku pun pening nak tengok yang mana satu.

Tak payah nak tengok Discovery, National Geographic sangat sebab dorang dah tak ada subtitle semua dah dubbing cakap Malay! Apa pun tak boleyhh-

Dulu aku belajar tengok movie English kat TV yang ada subtitle. Selain dapat dengar sebutan dia, kadang kadang kau pun boleh agak apa makna dia menerusi subtitle kat bawah screen tu hah. Memanglah dia cakap laju, tapi sekurangnya kau mesti dapat sikit sikit. Apa yang kita buat mesti kena ada faedah beb. Tengok movie tu pun kadang kadang dapat belajar something jugak.

Lepas tu, aku rasa macam dah confident sikit yang aku boleh nak faham apa pelakon pelakon tu cakap even dorang cakap laju, aku tengok movie tapi tak tengok subtitle. Bila tak faham jer aku jeling jeling sikit subtitle kat bawah tu hahh. Then, aku dah faham sikit sikit kalau tengok cerita yang tak ada subtitle kat bawah even tak seratus peratus sebab bahasa pasar dorang kan, bukan kita faham sangat!

Kalau bukak Disney lagi Awesome! Upin and Ipin tu pun dah cakap English cakap Cina dah sekarang. Canggih tak canggih? Dulu zaman High School Musical dengan Camp Rock kan, dok ulang ulang kat Disney tu sampai dialog dia pun aku dah naik hafal!

Kat Astro boleh tukar suara kan? Dulu tengok cerita tu dengar suara Malay lah. Tapi bila aku dah hafal dialog nya, aku tukar suara asal yang English punya. Ahhh, baru feeling tengok cerita. Suara ori! Alhamdulillah, aku faham lah jugakkk apa yang dorang membebel dalam movie tu.

Malas dah tak ada masa nak tengok TV? Youtube rajin tak? Meyh tengok video kat Youtube pulak!


Video

Video niyh sama dengan jer macam TV tu Cuma kalau video kat Youtube aku tak tengok movie sangat. Aku suka tengok vlog macam Anwar Hadi dgn Maria Elena sebab dorang cakap English kan? Awesome! Aku suka abang Anwar (cehhh, abangg tau! HAHA) punya English almaklumlah dia study TESL bakal cikgu. English kakak Maghia pun aku suka jugak, sebab dia pun main cakap jer campur campur senang sikit aku nak faham, hehe.

Tak kisah lah, tapi bagi aku, aku lagi suka video video yang macam niyh. Yang banyak banyak membebel. Tak ada subtitle pun InsyaAllah aku boleh faham sikit sikit then boleh belajar cara sebutan perkataan perkataan yang aku tak tahu nak sebut tu. Alhamdulillah~

Kalau tak reti jugak nak sebut, kau pergi Google Translate jelar! Nanti dia tolong cakapkan utk kau!

Tapi sejak sejak dah sekolah niyh aku belajar dengar teacher aku cakap English lah kan. Lagi best belajar macam niyh, straight jer tegur kalau aku sebut salah. Maklum lidah keras orang Melayu kan. Sebut English pun belit belit lidah. Maaflah yerr~

Okay, aku rasa that’s it yang aku dapat kongsi. Kalau type banyak banyak sangat pun korang rajin ker nak baca? Hehe. Thank you for reading! Talk to you soon my awesome peeps!


Yes, you guys are awesome. Believe that :)

Wordless Wednesday~

My wallpaper~

02 August 2011

Type jer fb.com kat address bar, tak payah nak www.facebook.com sangat.

Type ‘Y’ kat address bar and tekan tab button, pastu terus type apa yg korang nak cari kat youtube. Tak payah nak www.youtube.com sangat.


Alamak! Tertutup tab! Haiyaa, penat dah tunggu video tu loading! Ala, tekan CTRL + T kalau nak bukak balik tab tu. Tak payah nak gelabah sangat bukak history lah apa lah cari satu satu. Haihhh-


Tak payah nak tekan home nak print. CTRL + P sudah!


Aku jarang pakai SHIFT button sebelah kanan. Rasa macam tak berguna jer button tu. Kalau hilang pun tak jejaslah sebab selalu guna yang sebelah kiri jer. Korang guna ker SHIFT sebelah kanan tu?


Dulu guna Internet Explorer, download Mozilla Firefox. Lepas tu guna Mozilla Firefox download Google Chrome. Apa pun tak boleh- Korang guna yang mana satu?


Dulu Bercinta dengan Myspace, lepas tu keluar dengan Friendster, sekarang Curang dengan Facebook, scandal dengan Twitter. Kesian Myspace -.-


Siapa yang ada Myspace & Friendster lagi? Aku dah lupa password dah-


Korang nak tahu social network mana selalu kutuk kutuk Facebook? TUMBLR.


Wordpress wujud sebab dia dengki dengan Blogger. Nak sekat kepopularan Blogger lettew.


Yahoo! pun tak Yahoo! sangat kadang kadang aku tengok. Lagi best Google.


Tinychat ker Skype ker YM? Mesti Skype lagi best kan? Perghh, dah lama kau tak log in YM. Maaflah yer.


Binatang betullah nyamuk niyh. Pagi pagi dah sedut darah aku. Sedut darah buat apa kan, sedut lemak lah lain kali! Kau kenyang, aku pun dapat faedah. Parasit kau niyh, nak untung sorang jer. Tak pasal pasal jadi pembunuh aku pagi pagi cenggini niyh, aishhhh-


Haiya, dah out of topic dah. Pedapp lah dengan diri sendiri cenggini. Gatal betul jari aku si mok nyamok gigit. Tak larat nak type dahhh. Gulumbung aku punya jari.


That’s all for today! Thanks for reading!


p/s : Counting pahala bulan puasa tu, jangan nak counting berapa hari lagi nak raya sangat!

01 August 2011

Maaflah, saya memang serabai kalau kat sekolah -.-

Assalammualaikummmm~


Ada orang jumpa aku kat luar, cakap lain muka aku tak sama macam dalam gambar. Yeah, memang, sebab kalau bergambar kadang kadang aku make up, Nampaklah lain. Kalau setakat jalan jalan kat kawasan rumah aku niyh je hah, buat apa nak make up kan. Membazir jerrr-


Lagi satu, kulit muka aku isn’t flawless macam g kau tengok dalam Facebook tu hah. Aku edit gambar aku. Jerawat pun aku boleh tutup. So, memang dalam gambar jer Nampak flawless. Kau tak jumpa aku depan depan lagi. Aku taklah secantik mana pun.


Ada orang cakap muka aku macam Yuna. Niyh lagi satu hal, dalam gambar jer beb. Maybe sebab aku pakai shawl kadang kadang macam Yuna, so orang pun cakap muka kau macam Yuna. Kalau kau jumpa aku kat luar, aku pakai tudung Syria jer. Tak ada macam Yuna pun kan.


Ada orang yang selalu jumpa aku kat sekolah, tapi macam tak caya bila tengok gambar kat FAcebook aku sebab Nampak lain katanya. Yelar lain, kat sekolah aku serabai sikit! Tak reti aku nak solek solek sangat. Bukan ada function apa apa pun kat sekolah kalau nak cantik cantik sangat.


Niat aku pergi sekolah nak belajarkan. Kalau kau Nampak aku pergi sekolah pun pakai eyeliner, maknanya memang aku pergi sekolah bukan untuk pergi extra class or apa apa. Maybe sebab aku nak kemas kelas, tak pun aku buat project seny aku, tak pun ada function kat sekolah. Kalau hari yg memang waktu sekolah, tak kuasa aku nak make up make up bagai.


Lagi satu, ada orang cakap aku kalau keluar jalan jalan mesti pakai make up eyeshadow eyeliner blusher bagai. Weyh, kau silap lah kan. Rajin aku nak make up make up bagai? Kau cakap macam tu sebab kau Nampak aku make up beriya dalam Facebook kan? Ahhhh, dah agak dahh -.-


FYI, aku bukan rajin sangat nak make up make up niyh. Sebab kadang kadang lama sangat nak bersiap. Dah pakai shawl pusing pusing lepas tu nak make up bagai siap pakai faoundation krim jadah, haihhhh- LECEH!


Aku memang benci benda benda leceh niyh. Aku make up pun kadang kadang tak letak foundation, main sapu jer janji boleh. Fake lashes, bentukkan kening, lip liner, contact lens, rajin pulak aku nak apply semua tu. Lagi pun, pada aku lah kan, kalau dah make up beriya sangat, susah nak solat nanti. Nak kena remove lepas tu kena apply semula make up nya. Nampak tak pembaziran masa di situ?


Bestu kenapa gambar gambar aku mostly pakai make up? Sebab aku suka. Gambar gambar tu aku ambil kat rumah jer kod. Aku test test make up make up tu. Tengok kaler dia kena tak. Macam buat experiment gittew. Tu pun satu latihan jugak. Lama lama aku yg tak tahu make up pun, sekarang tahulah sikit sikit walaupun tak pro mana.


So, janganlah nak hairan sangat kalau Nampak aku kat luar yg tak cantik mana pun lagi lagi kalau kau Nampak aku kat sekolah dengan tudung serabai gittew. Lagilah kan aku Nampak lain. Plus, lingkaran gelap bawah mata lagi HAHA Rajin aku nak pakai concealer pergi sekolah? Haihhh- tak kuasa nyah!


Dah dah lettew. Aku niat pergi sekolah sebab nak menimba ilmu menambah ilmu pengetahuan memperbaiki diri. Bukan nak oergi show ker function. Aku pergi sekolah je kod. Jumpa kawan kawan, jumpa cikgu cikgi. Bukan jumpa retis retis, bukan jumpa JUSTIN BIEBER!


Jadi adik adik sekalian, akak tak adalah cantik mana pun. Tapi kalau jumpa kat luar tegur tegur la yer. Kalau malu pun senyum jer, akak tak makan orang pun. Akak makan kek batik dengan ayam kepsi jer Hehe


But, I believe that everybody who is walking in this world is beautiful in their own unique way. You are ugly when you have bad personality, it doesn’t matter how you look is.



31 July 2011

Ahlan Wahsalan Ramadhan.

Assalammualaikummmm~


Hari niyh terasa haus semacam asyik nak minum jer kan. Dah terasa dah kehangatan nak sambut Ramadhan. Alhamdulillah, dapat juga kita sambut Ramadhan lagi tahun niyh.

Aku rasa memang mencabar puasa tahun niyh sebab sekolah aku boleh tahan jauhnya dari rumah. Gate sekolah dgn pintu kelas aku punyalah jauh. 200 meter jauh aku rasa. Lepas tu sebelum nak kena tercongok depan pintu kelas, kena mendaki tangga sebab kelas kau kat tingkat empat! Memang awesome!

Ala, tapi bila aku fikir fikir balik, dulu zaman Nabi siap pergi berperang lagi masa puasa. Mesti lagi penat, lagilah lapar, kena makan sebab nak dapatkan tenaga kan? Lagi kesian. Tiba tiba rasa bersalah pulak merungut, bukan apa sangat pun aku punya dugaan nak pergi sekeloah tu kan. Bukannya pergi sekolah jalan kaki. Astarghfirullah al-azimm, alhamdulillah~

Masa bulan puasa nanti aku ada test. Hope aku dapat buat yang paling baik! InsyaAllah. Korang doakan aku tau!

Dulu Ustaz aku cakap, hikmah puasa niyh salah satunya ialah dapat merehatkan system dalam perut kita. Sebab setahun dah kau main makan jer apa apa segala makan yang sedap sedap perut kau pun dah sesak nak sumbat semua makanan. So, bulan puasa niyh lah perut kau tu dapat rehat sekejap. Biar system dalam perut tu update sikit, hehe.

Lastly, aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada yang berpuasa nanti. Selalu cakap Selamat Berpuasa kepada seluruh Muslim. Tapi kadang kadang nama jer Muslim tapi tak puasa pun. Fikirlah sendiri~

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan Ramadhan yg kita pernah lalui sebelum ini, InsyaAllah! Tetapkan iman, tingkatkan mutu ibadah!


Nabi SAW bersabda : Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu pintu syurga, ditutuplah pintu pintu neraka dan iikatlah semua syaitan.







Wassalammm~

30 July 2011

Cara-cara belajar Bahasa Inggeris melalui Internet.

Assalammualaikummmm~


Jadi murid murid, hari ni cikgu nak ajar cara cara belajar bahasa Inggeris dengan lebih seronok. Bagi cikgu seronok kalau guna cara ni. Tak tahulah kalau korang rasa tak seronok tak pun tak ada perasaan tentang apa yang cikgu nak cakapkan ni, hehe :)


Bismillahirrahmanirrahimmm~

Alkisah, aku bukanlah seorang yang pandai English pun kan. Tapi bukan sekarang aku nak cakap yang aku dah pandai English. Grammar aku ker laut jugak. Dulu kat sekolah paling malas nak buat karangan English. I’m sure korang pun rasa macam tu kan? kerja English pun selalu tak siap sebab malas nak buat sebab tak paham malas nak bukak kamus cari perkataan satu satu. Haihhhh- Leceh!

Memang dulu UPSR & PMR aku dapat A dalam English. Tapi aku anggap nasib jer tu. Mesti markah sipi sipi jer dapat A. Cukup cukup makanlah senang cerita. Sebab karangan aku memang merepek! Grammar lagi. Maybe sebab penanda kertas aku tu kesian kod dengan aku HAHA

Lepas tu, dah nak SPM lagilah kan. Kena buat karangan, summary bagai tu. Aku kena cari alternative lain macam mana nak improve my English niyh. So today aku nag kongsi sikit macam mana aku belajar English via Internet.

SOCIAL NETWORK

Via social network, macan Facebook, Twitter and Tumblr . Macam mana? Aku kan big fan Bieber kan kan, aku pun joinlah fan page Bieber kat Facebook tu and of course member member dalam tu cakap English beb. Bila admin update status, kita comment lah. Kalau ada yang balas lagi bagus. Exercise tu. Macam dialog. Mula mula salah pun salah lah. Apa ada hal.

Kenapa aku join fan page tu? Sebab Bieber and yes, sebab dorang cakap English. Kalau nak cakap dengan kawan kawan kat Facebook, malulah kalau salah. Baik cakap Melayu jer senang. Tapi bila kat fan page tu aku tak kenal siapa siapa. So, main bantai jelar cakap! Janji dia faham, aku faham, aku comment dia balas. Cukup!

Lepas tu kalau dah confident sikit, take next step. Add new friend. Cari kawan yang ada sama minat dengan kita. Jangan nak add dia sebab dia cantik. Nanti tak ada topic nak cerita. Macam aku, dah aku minat Bieber kan. Aku add jer siapa siapa secara random yang minat Bieber jugak dari fan page yang aku join tadi sebab kalau dia join fan page tu of course dia suka Bieber jugak kan? Awesome.

Kalau dia dah approve, apa lagi, pergi lah tegur cakap thanks sebab approve. Kalau dia balas, tanyalah dia dari mana, umur berapa, pastu cerita pasal apa yg korang minat. Aku memang excited bila cerita pasal Bieber, so memang banyak aku bebel walaupun minah salleh tu tak faham apa aku cakap! HAHA

Ouh yeah, aku add orang luar Negara, sebab mostly dorang memang cakap English lah kan. Aku ada kawan dari California, Canada, Florida, Bangladesh, Indonesia, Perancis and ktorg memang still keep in touch til now! Yes, dorang semua suka Bieber! HAHA

Bila rasa dah confident balas balas comment in English, cuba korang membebel kat status guna English pulak. Bukan nak menunjuk nunjuk kau tu pandai cakap English, sebab kalau kau ada kawan macam aku, kalau aku buat salah (of courselah grammar thingy tu kan), dorang akan tegur. Kita dalam process belajar lah beb. That is normal.

Tak paham perkataan? Google Translatelah! Kata dah malas sangat nak bukak kamus cari perkataan tak faham kan? Dah ada kemudahan, tak reti reti lagi nak guna? Aku pun bukan tahu banyak perkataan English pun, tapi kita belajar kan?

Lepas tu aku join Twitter and honestly, jaranglah aku nampak timeline aku ada update status dalam Bahasa Melayu. Memang English jer semua. So, dari situ, kita belajar. Tweet sana tweet sini. Retweet situ, retweet sinun. Tak paham bukak Google Translate, senang cerita.

SONG LYRICS

Tipu kalau kau tak suka dengar lagu. Ye, aku tahu sekarang musim Korea apa jadah. Aku tak marah pun kalau kau nak suka Korea tu. Sebab kita kan hidup dalam Negara demokrasi. Rakyat bebas memilih minat masing masing. Macam aku, aku lebih kepada lagu lagu English lah. Tapi Korea pun aku layan jugak.

Pernah dengar tak yang membaca boleh meningkatkan pengetahuan? Menyanyi pun boleh tingkatkan pengetahuan laa beb. Kalaulah korang susah nak dapatkan artikel in English, I suggest you cari satu lyrics lagu yang korang suka. Of course ada perkataan yang korang tak faham. Bila kita nyanyi kita kena faham lagu tu, baru feeling beb!

Aku belajar dari lagu. Seriously. Sebab ayat dalam lagu pendek pendek. Senang ingat. Lagipun aku sure yang grammar dorang betul. Kadang kadang bila nak buat ayat, aku teringat ada lyric yang sama macam ayat tu. Bila ingat bolehlah nak buat ayat kan. Sebab tu salah satu terapi yang bagus. Selain dapat me’release’kan tension (lah konon), korang boleh belajar something dari itu lagu jugakkk.

Lagu Rap English pun okay jugak. Tapi pandai pandailah cari. Sebab aku tengok kalau lagu rap fxck, shxt, damn, hell jer yang lebih. Tak bagus okay? Baik cari lagu biasa biasa jer. Yang penting korang dapat belajar something daripada lagu tu. Lagipun, lyrics kan berbunga bunga, baru best kalau teacher korang baca korang punya karangan yang bunga bunga mcam lyrics tu jugak. Baru power!

QUOTES AND IDIOMS

Aku memang suka kata kata mutiara sebab aku dari kelas 6 (B) Mutiara yang awesome kan? Hehe Taklah, tapi aku memang suka quotes. Pernah dulu aku selalu update status kat Facebook dengan quotes yg aku cari kat internet. Tapi kalau nampak aku update quote yg tunggang langkang terbongkang grammar nya, memang aku buat sendirilah itu quote Hehe

Sama jer macam Bahasa Melayu. Kita boleh guna quotes tu dalam karangan. Barulah karangan nampak awesome. Kadang kadang kita boleh jugak nak keluarkan quotes tu dlam percakapan kita hari hari. Beru ternganga orang yang dengar kau cakap. Kalau dapat keluarkan hadis lagi bagus, biar dorang kagum sikit! Haha ehh, jangan sampai jadi riak tau!

**************************************iklan

Aku nak cakap pasal Korea niyh. Adik perempuan aku memang kipas susah mati Korea. Jarang pulak kalau dia dah pegang remote control TV nak bukak cerita Melayu. Astro tu memang ayah aku beli utk dia tengok channel ONE 393 24/7! Tapi nampaknya virus ini telah merebak jugak kat adik lelaki aku. Kau tanyalah dia cerita apa yang tayang jam sekian sekian hari blah blah channel itu ker channel ini. Dia hafal beb! Rosak semua.

Kalau phone adik aku tak payahlah nak cerita kan. Memang semua lagu Korea madahh. Jarang kau nak dengar phone dia bunyi lagi Melayu or English tak pun lagu papamaricano tuu. Tak ada makna nya lagu lagu tu nak berkumandang dari phone dia. Haihhh-

So, one day aku tanya dia, faham ker apa yang orang Korea tu cakap? Main nyanyi jer, faham ker lyric lagu tu? Dia cakap dia tak faham. Aku pun suruhlah dia belajar bahasa Korea tu sikit sikit. Janji ada faedah dari apa yang kau buat kan. Hari hari tengok cerita Korea, tiap masa dengar lagu Korea tapi haram tak faham.

Lepas tu aku tanya dia balik, tahu tak kenapa aku suka lagu lagu English? Dia cakap dia tak tahu (mestilah tak tahu sebab aku tak bagitahu lagi kann). Aku cakap aku suka lagu English sebab aku belajar dari lagu lagu tu. Sebab tu sekarang aku dah boleh cakap English sikit sikit walaupun tak power sangat, tapi at least aku dapat something dari apa yang aku suka.

Sukalah kat Korea tu, aku tak kisah. Aku tak marah pun, tapi aku rasa bila kita buat sesuatu make sure boleh datangkan faedah kat diri kita. Niyh kalau dah suka addicted sangat sampai lalai semua pun tak boleh jugak beb. Kena pandai control and learn something new okay!

Nak jugak dengar adik aku cakap Korea kan. Pastu gaduh cakap Korea dengan aku, aku pulak balas cakap English. Orang lagi kagum yang mana? Mestilah dengan adik aku yang pandai cakap Korea tu sebab English dah biasa dengar!

Aku suka bahasa, memanglah kalau boleh nak belajar bahasa Korea jugak. Tapi aku tak ambil subjek Korea kat sekolah, aku ambil MUET cakap English. So, I should focus in English jelar dulu baru fikir nak belajar bahasa lain Hehe

So, that’s all for today! Thanks for reading my blog! You guys are totally awesome! Hehe

29 July 2011

Obesity is a serious issue among teenagers.

Assalammualaikummm~



I did my speaking test with my MUET teacher, Miss Rohaiza, today. She wants us to tell her about the current issue happened nowadays. So, I decided to talk about the problem of obesity among teenagers.

Normally, we have to talk in front of the audience, but this time, my teacher did a kinda interview like that. We have to sit at teacher’s table and tell her what our topic for the test is. I was the second person who has been tested (kinda).

Here is my text. Reference : New Strait Times.



Nowadays, obesity issue among the students are often discussed. It made parent worry about their children’s health. The cause of this problem might be because of the children or parents who do not care much about what their children eat every day.

Yesterday, I read paper titled as “New Canteen Guidelines to Focus on Calories”. The deputy Education Minister, Datuk Dr Wee Ka Siong said there will be no ban or restrictions on food sold in school canteen. Instead, the new canteen food guidelines to be implemented soon would focus on calories in each food item to educate pupils on eating right in school and at home.

He said there were suggestions to ban fast food like nuggets and burgers but the ministry had decided to against it.

I agree with the minister because I think it is not about what they are or how many times the food is consumed, but rather, how much calorie intake is needed for each age group. In my opinion, there was no need to restrict food item that can be sold at school canteens.

Any food can be unhealthy. I mean, carbohydrate and protein are good, right? But if we don’t eat the vitamin sources such as fruits san vegetables, it can be unhealthy meal too. It is not about the frequency, but how much calories they take and how much of it that is burnt. The guidelines discussed touched on the calculation of total calories required by each age group on a daily basis.

For your information, this obesity is a big issue, especially for teenagers. In United States of America, the obesity is a part and parcel sensitive and big problem among the teenagers. There are a lot of effects if the teenager has the obesity problem.

They will lost their confident, think to do suicide, feel depressed and stress, cannot focus in studying, has no friend, feel frustrated with themselves and always think negative about the way people look at them, like “I am fat” “I am not beautiful”.

So, that is so important to always think first when you wanna eat a meal. Do not eat at the late of the night, because normally, when we eat before we go to sleep, the food will be not digest as always. We eat because we need energy. If we do not use the energy, it will become as the fat. I recommend you to eat in the right time. Eat 5 meals per day in less quantity and eat more vitamins sources like fruits and vegetables.

It is important to keep maintain the balanced diet and check your Body Mass Index twice a year to prevent and be aware on obesity in yourself.

That’s all from me. Thank you!



The interview.


Teacher: Balanced diet starts at home. How can you suggest educating the parent to starts the balanced diet?

Me: I think the parent should teach their children to eat the right meal. Ouh yeah, I think the moms should prepare the meal for their children and children can bring their own meal. Parents can teach their children to eat the right meal but at school, they do not have their parent. So, they can just eat the meal brought from home which is I think is better than the food at school canteen.

Teacher: The knowledge of the balance diet should be known by whom?

Me: Parents and the students themselves. If the parents know about it, they can teach the childrens about balanced diet. It is important for children to know about the knowledge of balance diet, it is good.

Teacher: Do you know that was an issue where ‘Nasi Lemak’ can cause obesity? From your opinion, why they said so?

Me: From my opinion, I think because ‘Nasi Lemak’ doesn’t has vegetable except a slice of cucumber, normally. So, I agree with the statement. It’s not a balanced diet.

Teacher: Really? Because I’m a big fan of ‘Nasi Lemak’ and I’m not obes.

Me: Hehe, IDK, hormone, I mean, genetic maybe?

Teacher: What hormone I had then? I have a sister, she is not obes, but she is bigger than me.

Me: Is it because of ‘Nasi Lemak’? Hehe

Teacher: No and I have a 10 years old boy cousin who has healthy problem because he is so fat over the group age of himself.

Me: IDK, why the ‘Nasi Lemak’ can cause obesity. ‘Lemak’? ‘Fat’ itself? Hehe

Teacher: Hehe Yeah, fat, isn’t it? Well, thank you.

Me: Welcome much!



Okay, it’s not the specific question and answer but I just typed from what I remember from that speaking test. Sorry teacher if I changed the fact and the way you ask me lil bit, hehe.

Read today’s paper and I found an article about obesity problem again. It is a big issue, isn’t it? The letter said that he became an obesity person because of his love of food and his eating habit. It is so important for us to always think first before eat something and always manage the right time to eat.

That’s all for today. Thank you very much for reading! You guys are so awesome, as always! Hehe Talk to you soon!



Love Like Woe :)