Assalammualaikummmm~
Saya RINDU sekolah jadi saya nak kongsi tips Bahasa Melayu hari ni. Saya taklah bagus sangat, niat saya sekadar ingin berkongsi ilmu yg tak seberapa niy je. Sharing is loving maaaa. Jadi, oleh sebab itu, kalau ada apa-apa kesalahan saya minta maaf sebab saya dah cakapkan saya niy tak hebat dan taklah bagus sangat. Apa-apa pun niat saya ikhlas nak kongsi ilmu :)
(amacammm skema arkk? HAHA)
Bismilliahirrahmanirrahimmm~
Pendahuluan. Pendahuluan ada banyak kategori. Pendahuluan jenis situasi, persoalan, kata-kata hikmah, dan sebagainya. Selalu saya buat jenis persoalan & kata kata hikmah. Yg paling selalu pula pendahuluan Pantun. Dalam kelas selalu ktorg memang akan berdebat dgn pantun. Jadi, kebanyakan rakan rakan saya memang hebat berpantun! (tak tipuu niy, hehe)
Mulakan karangan dgn perspektif yg hebat. Kebanyakan pelajar dah biasa gunakan "dalam era globalisasi kini" sbg pendahuluan karangan. Apa kata kita ubah pendahuluan tersebut menjadi "dalam era teknologi yang amat kuat gelombangnya kini". Lebih matang dan lain, kan?
Haha Karangan pendahuluan saya (maaf tulisan buruk - banyak kesalahan, kan dah cakap saya bukan bagus sangat pun Hehe)
Kalau nak letak pantun sebagai pendahuluan macam gambar di atas, pastikan pantun tersebut ada kena mengena dengan karangan. Latihan yg banyak amatlah diperlukan utk membuat pantun yg baik. Jadi, berlatih, berlatih dan teruskan berlatih, okay !
TIPS membuat pantun 4 kerat:
1. Buat pembayang (dua baris pertama pantun) menggunakan unsur unsur semulajadi seperti nama bunga, suasana semulajadi seperti burung burung berkicauan, air laut tenang di petang hari. Gunakan unsur unsur semulajadi yg indah :)
2. Pastikan rima akhir pantun a-b-a-b. Rima akhir a-a-a-a bukan pantun namanya. Itu puisi atau sajak :)
Kami pelajar SMK Bdr Tenggara (2) telah dilatih utk membuat karangan pendahuluan sekurang kurangnya satu muka surat testpad. Namun begitu, pendahuluan mestilah lagi pendek daripada isi-isi karangan.
Sebagai contoh :
Pendahuluan - 100pp
Isi 1 - 150
Isi 2 - 145
Isi 3 - 155
Kesimpulan - 100pp
(kalau macam niy dah lebih 350pp, kan? Bagusss)
INGAT! Isi perlu lebih panjang drpd pendahuluan dan kesimpulan :)
Isi karangan. Isi mestilah MANTAP dan FAKTA. Bukan rekaan. Bila perkataan perkataan datang drpd pelajar itu sendiri, pastikan anda menulis IDEA. Bukan rekaan semata-mata.
Contoh karangan isi karangan pertama. Nampak kesalahan tak?
(Lupa letak penanda wacana HEHE)
Yg garis-garis tu kosa kata & kata kata menarik. Tepat tepat satu muka surat testpad :)
Pengajaran : JANGAN LUPA LETAKPENANDA WACANA PADA PEMULAAN ISI.
Contoh penanda wacana :
Di samping itu, selain itu, bukan itu sahaja, tambahan pula, sehubungan dengan itu dan sebagainya.
Boleh refer kosa kata kosa kata menarik dalam entri entri lepas kayy :)
Kata kata menteri. Dulu masa kat sekolah memang kena hafal nama nama menteri semasa. Tapi selalu tulis nama PM dgn TPM jelar Hehe.
Kata kata hikmah. Lagi bagus kalau ada rujukan. Macam hadis ke, ayat al-Quran ke, kata kata mutiara drpd tokoh tokoh terkenal dunia ke, lagi bagus.
Contoh isi karangan kedua. Penanda wacana ; selain itu.
Kesimpulan. Tengok kesimpulan lagi pendek drpd isi, kan?
*Selalu buat karangan tak suka yg ada limit. Macam tak boleh lebih 250pp tu. Tak suka :D
*Cikgu kat sekolah memang suruh buat 1 isi 1 muka surat. Kalau 3 isi campur pendahuluan & kesimpulan dah 5 muka surat. Jenuh pemeriksa nak tanda Hehe :)
*Dah nak dekat dekat SPM, cikgu suruh buat 4 isi dalam 1 karangan. Memang penat menulis. Nak kejar masa lagi. Tapi tak apalah, yg penting puas hati. Suka tengok karangan panjang panjang. Macam impress je nak baca. HEHE
*Kadang kadang kesian tenogk cikgu kena tanda kertas anak anak murid banyak betul tulis karangan panjang panjang. Tapi nak buat macam mana. Demi kecemerlangan, kan? TERIMA KASIH CIKGU :)
*Cikgu kat sekolah tak bagi guna pen hitam kalau buat karangan. Guna pen biru pen biru :)
*Kadang kadang cikgu buat pertandingan siapa dapat tulis 1 isi karangan dalam masa 10 minit dapat duit Hehe Saya pernah dapat. Masa tingkatan 4 dulu :)
*Cikgu memang pantang nampak pertandingan menulis esei kat surat khabar atau kat TV. Mesti dia suruh semua org kat sekolah tu turut serta. Mula mula ingat dia bagi latihan, rupanya nak hantar masuk bertanding. Sekolah ktorg pernah dapat peryertaan terbanyak dalam satu pertandingan (tak ingat yg mana satu sebab banyak sangat masuk Hehe)
*Yg paling bangga tahun lepas 2 org kawan sekelas saya menang hadiah saguhati pertandingan menulis surat kepada PM. Walaupun saguhati dapat duit tuu Hehe :)
Paling tinggi pernah dapat 86 je (dah cakap saya tak bagus sangat kan?)
Inilah habuan kalau dah buat salah. Haiyooo, kalau lepas niy ulang kesalahan yg sama kena double lagi. Sedih je :(
p/s: paling banyak kena 550 haha :D
Karangan yg tak boleh lebih 250pp. Tapi cikgu ajar tak pe pun nak lebih 250pp. Last last tulis lebih 500pp HAHA DApat 25/50. I'm proud of myself :) (bukan berlagak okayy, tak sangka boleyh dapat banyak)
*Cikgu memang dah latih budak tingkatan 2 buat karangan macam budak SPM. Bukan budak SPM je yg kena buat karangan macam niy. Hebat :)
*Saya sayang fail BM saya :)
*Subjek BM lah yg paling banyak latihan. Paling suka latihan mengeja HAHA Salah satu tajuknya, Mari Mengeja Sempena Hari Pertama Kembali ke Sekolah. Hari pertama ke sekolah sbg pelajar tingkatan 5 belajar BM pagi pagi kena mengeja pulak :D
*Saya Sayang Cikgu Saya :)
* Cikgu saya HEBAT
*EN. YAZID BIN AMBIA
SMK BDR TENGGARA (2)
*TERIMA KASIH, CIKGU :)