About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

10 May 2011

Believe In Everything Because Everything's Reachable :)

Assalammualaikummm~

Petang niyh gatal lagi lah kan nak update blog even penat baru balik sekolah Hehe. Tak apalah. Sementara aku ada masa, tak ada homework, tak ada assignment lagi niyh, updatelah yg mana sempat, kan? Hehe

So, aku dah cakap dalam entry niyh yg aku nak masuk F6/PraUniversiti. Alhamdulillah. Aku dah daftar semalam kat sekolah tu. Hari niyh kira hari kedualah aku orientasi. Budak sekolah aku yg masuk F6 kat sekolah tu macam ada 9 orang jelar kan. Masa beratur semalam, dia suruh ikut sekolah, jap lagi sekolah lain dia punya barisan sampai 50 macam tu, sekolah aku 3 orang jer perempuan. Mana tak segan kan. Tapi tak apalah, apa ada hal. Beratur jelar Hehe

Lepas tu datang datang pergi bayar yuran. Pastu macam biasalah, bila dah siap bayar bayar tu ada ucapan ucapan. Pas rehat ada aktiviti dalam kumpulan. Aku kumpulan 6. Fasi aku ada dua orang. Sorang lelaki sorang perempuan. Abg Syafiq dgn Kak Afiqah :) Semalam buat cheer utk kumpalan jadah. Kenal kenal macam tu lepas tu pergi surau pastu balik.

Perghh, dah lama tak pergi sekolah balik lambat, penat la seyh Hehe Tapi sama jer macam kat sekolah dulu, balik pukul 2.40pm. Cuma dah sampai rumah dah pukul 3 la kan. Aku pergi sekolah naik kereta, tapi bukan kereta aku, bukan aku bawak. Aku naik Ain, terima kasih Ain! Jasamu akan dikenang Hehe

So, minggu niyh memang minggu orientasi jelar kan. Minggu depan kod baru mula belajar sebab hari Jumaat niyh baru nak bahagikan kelas. Tak kisahlah, kena tempuh jelar kan minggu niyh. Hari niyh taklimat pasal koko, pastu pasal subjek subjek F6 dgn elektif. Abg ketua fasi tu agaknya perasan kod kitorang dah penad dengar taklimat, dia suruh menari chicken dance pulak. Ahhh, apa lagi, gelek lah semua! :D

Then, taklimat pasal subjek elektif.

Ada SYARIAH + SEJARAH, EKONOMI + GEOGRAFI, SENI + SASTERA, SASTERA + GEOGRAFI.

Masa abg tu suruh masuk dalam kelas mana yg kitorang nak macam semua confuse arn nak masuk yg mana satu. Last last ramai giler yg masuk kelas ekonomi Hehe Tapi cikgu kata tak ada nak bukak 2 kelas. Kira kelas ekonomi memang ada satu kelas jer. Nanti cikgu yg tentukan kalau dah ramai sangat dalam satu kelas.

Aku? Aku honestly, yeahh, cita cita aku nak jadi designer. Aku memang suka seni even aku tak adalah bagus sangat tapi seni macam dah melekat dengan aku lah weyh. Tapi bila di fikir fikir balik, boleh ker aku nak buat projek seni tu nanti. Belajar memang ar fun, santai jer. Tapi tular, macam yg aku cakap, takut tak boleyh buat kerja kursus dia tu hah. Haiyaaa-

Tapi bila aku fikir punya fikir punya fikir, alaa, kalau orang lain boleh buat, apsal aku tak boleh buat pulak kan? Kenapa orang lain boleh lukis cantik cantik, aku tak boleh kan? Kenapa orang boleh dapat idea baik baik, aku tak boleh pulak? Sebab tu aku selalu ingatkan diri aku, stay positif. Kalau tak reti, boleh belajar, apa guna cikgu kat sekolah tu, kan?

Lagi satu, aku dengar MUET jer aku macam, haiyaaa lagilah kan. Nak kena ada listening, reading, writing dgn speaking jadah tu hahh. Lagi lemah, mesti banyak kerja. Lepas tu mesti kena terer BI niyh. Aku punya grammar dalar ke laut. Main bantai je kalau cakap, kan? Haishh-

Tapi, kenapa pulak aku tak boleh buat kan? Dulu aku pun tak reti nak speaking jadah, tapi sekarang alhamdulillah, dah bolehlah, pahamlah jugak kalau setakat baca teks English yg biasa. Kalau dulu dari aku tak tahu apa apa langsung, sekarang aku dah tahu, tak kan sekarang dah besar aku tak boleh nak tingkatkan aku punya skil English kan? Tak apa, aku akan berusaha.

So, MUET tu memang wajiblah kan. Pasal elektif tu, aku tekad dah nak amek SENI VISUAL + SASTERA. Okay kod sebab aku minat jugak bab bab bahasa niyh. Dia suruh isi borang nak masuk kelas mana. Pastu ada cita cita, aku tulis Fashion Designer @ Interior Designer @ Guru Bahasa. So, aku rasa okay kod aku amek Seni + Sastera.

Even kelas last arn, kelas MUTIARA. Tapi, apa ada hal? Aku nak belajar, tak kisahlah kelas mana mana pun, yg penting aku nak belajar, dapat ambil STPM. Tak sabar nak belajar, okay? Hehe

Esok kena pakai baju senam, ada aktiviti sukan. Janganlah bagi aku olahraga bagay, aku dah 'comel' dah tak boleyh nak lari atas padang Haha Tapi have fun jelar esok kan? Dah lama kod tak bersukan. Datang jer esok, mana tahu cikgu nak bagitahu maklumat baru.

Hari khamis aku dengar ada nak ambil gambar sebab nak buat kad matrik. Hehe Harap harap ambil gambar pagi pagi lah kan sebab kalau dah tengah hari tudung aku dah serabut dah Hehe

Hari Jumaat aktiviti baca Yasin dgn pembahagian kelas kalau tak silap aku. Tak ingatlahh.

Berbalik pada subjek elektif tu, kalau aku tak dapat masuk kelas Seni + Sastera aku masuk kelas Geografi + Sastera. Even, aku tak adalah terer benor Geografi niyh, tapi kalau dah kena belajar, belajar jelar. Yg penting kena usaha. Orang lain pun belajar jugak kan, kalau dorang boleh, aku pun boleh. InsyaAllah.

Aku cakap yg aku ada buat rayuan utk UPU arn? Poli aku tak mohon sebab memang tak nak pun. Tapi, aku dah tekad aku nak ambil STPM jer. Nak terus ambil F6. Aku dah malas nak fikir fikir. Kalau UPU tu aku dapat pun aku tak pergi. Ibu aku pun cakap, belajar jelar F6. Pastu belajar betul betul, jangan nak main main. Kat mana mana pun boleh nak belajar.

Jadi? Ikut cakap ibulah kan? Hehe *budak baik niyhh*

Aku akan berusahalah kan, aku percaya kalau ada rezeki tu, adalah dia. Lambat dgn cepat jelar. Kalau kita percaya kita boleh buat, InsyaAllah, dgn izin Allah kita boleh buat.

"Kalau nak berubah, berubah sekarang. Hidup nih terlampau singkat kalau nak menyesal. Buat pilihan yg betul dan tepat sebab semuanya melibatkan masa depan. Kalau satu masa nanti, kamu cakap yg kamu menyesal, kenapa dari dulu tak nak pilih jalan yg lain? Jadi, lebih baik buat pilihan yg tepat sebelum menyesal."

Cikgu aku pun ada cakap,

"You wanna live well or live hell"

Pilihan semua ada kat tangan kita. Jangan lupa berdoa. Keluarga tak ada selalu dengan kita, kawan kawan datang dan pergi, tapi Allah selalu disisi mendengar doa kita :)

So, kawan kawan sekolah aku yg SMK BT 2 tu, aku rindu korang okay? Rindu giler :((( Nanti dah belajar pergi Matrik/Universiti jaga diri baik baik tau. Jangan lupa aku.

Seriously, aku rindu korang :'(

4 comments:

  1. aku akan merinduimu sayang ~ ):

    nanti aku da masuk u jgn lupa kat aku awwww.
    aku sayang kau sgtsgtsgt <3

    ReplyDelete
  2. awww rindu kau jugakkk :((
    yeahh, kau tular yg dah masuk u jgn lupa kat aku, tw! sayang kau sangatsangatsangat jugakkk <3 :)

    ReplyDelete
  3. weh ayat akhir tu buat aku sedih T______T

    take care dd. kitorang mst rindu kau. teringat zaman kecoh dulu. hahaha :')

    ReplyDelete
  4. kau take care jugakk, pasnihh dah jarang la jumpa, harap korang tak lupa aku la kan :)

    p/s : aku kat skewl skrg pun memang kecoh HAHA semulajadi lahhhhhhhh

    ReplyDelete