About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

15 November 2010

Perhimpunan Sekolah Yg Terakhir :'(

Assalammualaikum.

Eleyh DD, kata semalam beriya tak mahu on9 kunun. HAHA kk aku ada byk benda mahu cerita. Bagi Can Lah weyh :D

Baca tajuk entry ni, sedih je bunyinya. Hari ni hari Isnin. Perhimpunan rasmilah macam biasa kan. Hari ini jugak aku pergi sekolah dgn kasot basah tak kering lagi sebab aku basuh kasot semalam pastu hari hujan pulak! Adoy, tak keringlah kasot aku. Pergi sekolah kasot basah lagi *malu wokk* Tapi aku gagahkan juga pergi sekolah sebab banyak benda nak kena buat kat sekolah hari ini. Macam dah hari last sekolah kan? Esok cuti. Nak rayalah katakan. Selasa & Rabu Cuti. Khamis & Jumaat kena pergi sekolah semula *kena ke?* Ramai classmates aku tak mahu pergi sekolah hari nanti. Takkan aku nak belajar sorg sorg kot HAHA Aku gerenti ar mesti budak budak form bawah tak pergi sekolah. Aku pergi sekolah pun sebab kat rumah aku tak study kot nanti HAHA Kat sekolah macam semangat sikit sebab ada kawan kawan. Senang nak tanya. Cikgu pun ada nak mintak last tips arn. so, tengok jelar nanti aku pergi sekolah ke tidak HEHE

Macam biasalah, aku kat perhimpunan beratur depan sekali. Sekolah aku ni unik sikit, dia bagi budak budak yg tinggi beratur kat depan. Heran aku :D (haha faham tak??) Aku pun memang dah biasa beratur kat depan. Kira macam tu lastlah kan aku beratur kat depan. Pas nih mana ada perhimpunan rasmi lagi dah. Masa SPM nanti pun aku beratur kat belakang sebab aku duduk belakang dalam dewan nanti. Tak kisahlah.

Hari ini dalam sejarah : DD nyanyi lagu kat sekolah tanpa kasot sebab jemur kasot yg basah tu bawah kipas kat dewan terbuka HAHA So memang sepanjang perhimpunan aku tak pakai kasot :) Kau pernah?
Hari ini dalam sejarah : DD bawa balik banyak hadiah HAHA
Hari ini dalam sejarah : Gerak gempur admath tak jadi !
Hari ini dalam sejarah : Kitorg tetap meronggeng walaupun exam lagi seminggu *tak sedar diri langsung*






So, ingat lagi tak aku pernah cakap pasal Read2010?
Kalau tak ingat [klik sini]
Tadi kat perhimpunan dah dapat sijilnya.
Yeayy!
Sijil ini sungguh comel.
Even hanya sebesar separuh kertas A4 tapi amat bermakna ukay
sebab masuk Malaysian Book Of Records :)









Then, apa lagi yg aku angkut bawa balik?
Ni pulak gambar sijil sebab aku ambil bahagian dalam
Public Speaking kat sekolah masa hari Rabu lepas.
Dapat coklat & File kaler oren *ukay, Syeera Amra,
awak dimaafkan sebab dapat file kaler PINK!
DD jeles, tahu? :)

Sabtu lepas (13.11.2010), aku & 9 org kawan aku pergi Tangkak. Kitorang pergi pertandingan menembak *ingat DD kecik x kuat ke nak menembak?* HAHA
Ktorg pergi naik trak polis. Sumpah best & terseksa ! Huwaaaa !
Tapi, kenangan terindah semua tu :)
Bukan senang nak pegang senapang
Bukan senang nak jumpa senapang
Bukan senang nak dengar bunyi tembakan
Bukan senang nak main tembak-tembak HAHA
Bukan senang nak naik trak polis
Bukan senang nak jumpa abg polis hensem HAHA :D
Konklusinya, aku dapat markah 56
15 drpd 20 peluru aku kena target
Yg lagi 5 peluru ke hutan HAHA
Tapi, memang SUPER BEST !
Dan dengan ini diumumkan bahawa SMK Bdr Tenggara 2
telah mendapat Johan keseluruhan pertandingan menembak Kor Kadet Polis 2010.
Yeayy !
Kat atas tu piala yg kitorg dapat HEHE :)
& Credit To Afiq Bakri Yg menang Sharp Shooter Kategori Lelaki :)
Congrats Afiq !

Congrats ! :)

Lepas rehat tadi ada ura-ura yg ktorg ada gerak gempur addmath. Tapi tak jadi ! HEHE Ktorg ada majlis serah alat tulis sempena SPM (tak sedap betul nama majlis aku bagi HAHA) So, atas ni lah pensel case yg aku dapat. Kaler kuning. Redha jelar. Kaler pink tarakkk hehe :)

Zoom In ! Apa ada dalam tu? Pensel 2B 2 batang, pen biru 2 batang, pemadam, pembaris & pengorek (kaler pink) *ukay ukay, terima kasih K.Fit sebab tukar pengorek tu dgn DD :) Sebenarnya aku dapat pengorek kaler kuning. Setelah merayu rayu dapat jugak yg kaler pink hehe

So, tulah benda benda yg aku dapat hari ni. Gembira bukan? Hehe Siapa yg tak suka hadiah kan? Aiyoo

Perhimpunan Terakhir Yg Byk Sejarah :)
I Will Miss You, BT2 :)

2 comments:

  1. dd suke same entry u yg nih!! sbb ad nme i..wah...hahaha, wlaupun u ckp psl u jeles je..hui2, larp ya!!

    ReplyDelete
  2. hehe yeahh file tu sptot nye i punyaa aww hehe tp x pe, di maaf kan kayy HAHA awww luvyaa too :)

    ReplyDelete