About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

27 June 2011

Manusia tak pernah puas. Itu fakta. Manusia memang tak boleh tengok orang lain lebih sikit drpd dia. Itu fakta.

Assalammualaikummm~


Ini terjadi pada diri aku. Mungkin juga korang pernah kena benda yg sama macam yg aku pernah kena. Mungkin korang pernah ada rasa yg sama jugak macam yg aku rasa. Rasa tak pernah puas hati dengan hidup korang. Kalau dah namanya manusia, memanglah tak pernah puas.


Dengki. PHD lah kan. Mana boleh nak tengok orang lebih sikit dari kita. Kalau orang lain ada, kita pun nak juga. Dengki kat orang tu sebab dia pandai, selalu kena puji dengan cikgu, tapi cikgu tak puji kita. Balik balik cikgu puji dia, balik balik sebut nama dia, muakk tahu?


Kalau nak cakap aku tak pernah nak ada perasaan macam tu, aku tipulah kan. Aku mengaku, aku pernah rasa macam tu. Dulu, budak budak lagi otak pun tak dapat berfikir secara rasionalnya dan tak dapat nak menilai sesuatu dengan baik dan berkesan. Tapi, sekarang aku dah faham.


Segala apa yg terjadi, apa yg Allah cipta, ada hikmahnya, ada gunanya. Kenapa perasaan tak puas hati tu ada dalam diri kita? Kenapa perasaan dengki tu wujud dalam diri kita? Aku niyh pun tak adalah pandai sangat tapi aku cuba nak bagi tahu pandanganaku jugak lah kan. Kalau ada salah, tolonglah betulkan sebab aku bukannya bagus sangat.


Pada pandangan aku, bagus jugak kita ada perasaan macam tu. Aku niyh dah diajar, apa pun jadi kena fikir positif. Kadang kadang aku tengok seseorang tu macam lebih kan, aku dengki, jeles dgn dia. So, aku fikir positif, aku tengok balik diri aku, kenapa aku jeles? Yeah, sebab aku tak ada apa yg dia ada.


Berbanggalah seketika jika ada orang yang cemburukan kamu kerana mereka tiada apa yg kamu milikki :)


So, kita boleh buat kesimpulan dan fikir positif yg perasaan macam tu sebenarnya dapat motivate kan diri kita balik. Nak orang lain jeles dgn kita? Kita kena jadi yg terbaik. Nak jadi yg terbaik? Kita kena bijak berfikir. Nak bijak berfikir? Fikir perkara perkara yg positif dan berfaedah. Kenapa nak kena buat macam tu? Sebab kita nak orang pandang kita.


Pernah rasa yg korang tak wujud dalam sesuatu kumpulan tu? Keberanian dan confident. Tu yg penting. Orang yg berani akan stand for their right. Orang yg confident sentiasa mendapat tempat. Sebab tu aku rasa dua benda tu penting. Aku pun bukan bagus sangat. Aku pun tengah berusaha memajukan diri :)


Perasaan dengki yg negative niyh sebenarnya aku malas nak fikir. Tapi normal lah kan. Dalam hidup semua ada yg baik, ada yg buruk, ada pro and kontranya. Dari tadi cerita pasal positive way of perasaan dengki jeles bagai niyh. Kita tengok the negative way pulak.


Yelar kan, kadang kadang perasaan macam niyh memang boleh bawak gaduh. Memang berperanglah kan. Normally yelar pasal couple couple niyh. Kau rampas pakwe aku, yg mamat tu rampas awek kau. Pakwe dapat awek baru lagi cun kau pun sibuk cari pakwe baru yg hensem hensem. Nampak tak disitu?


Geng kau biasa biasa jer, jumpa pulak dgn geng cantik, kaya raya. Mulalah meluat, yg ini cakap itu gedik, yg sana cakap sini ngada ngada. Yg situ sibuk dengki buli yg sana, yg sana menjaja cerita ntah apa apa kat orang lain. Nampak tak macam mana dunia?


Kalau korang masih sekolah, benda niyh semua normal. Yg bab couple couple lah kan. Orang ada awek, kau nak jugak. Mana dengki awek kawan kau lagi lawa badan selim melim muka cun melecun bak bulan purnama pastu kawan kau siap tayang tayang lagi awek dia kat kau. Mana kau pun nak cari awek jugak kan. Dah dapat yg lawa, baru puas hati.



Bagi akulah yg dah konon konon tak masuk dalam kategori tu walaupun aku niyh budak sekolah lagi, benda benda tu bagi aku normal. Manusia tak pernah puas. Dah lawa lawa pun pergi buat pembedahan plastik. Tak ker cari naya semua tu? Dah dapat effect barulah nak saman tular, saman niyh lahh. Haiyaaaa-


Tapi tular kan, hidup niyh, macam macam ragam manusia yg kita boleh jumpa. Aku suka tengok gelagat orang, kadang kadang yg kelakar tu gelaklah sama, yg sedih tu tumpang simpati, yg gembira kita tumpang sekaki, yg dah kena musibah kita ambil pengajaran berdoa supaya tak jadi kat kita. InsyaAllah-


Manusia tak pernah puas, memang fakta kan? Aku pun kadang kadang ada rasa macam tu, tapi kita niyh manusia, terutamanya yg orang Islam, should be thankful sebab Allah bagi kita rezeki. Jangan nak lupa Allah. Kalau kita pernah buat kesalahan janganlah buat lagi. Mintak mintak dijauhkan.


Kalau korang rasa hidup korang susah, korang kena fikir ada orang yg lagi susah dari korang. Sekurangnya korang dapat makan, ada orang kat negara perang tak dapat makan pun. Bersyukur korang ada family, ada orang yg dah yatim piatu. Bersyukur korang mash dapat pergi sekolah, ada orang yg nak sangat pergi sekolah tapi tak mampu. Bersyukur dgn apa yg ada, sebab tu semua rezeki Allah.


Dahlah, tak payah nak dengki dengki sangat. In positive way tu boleh, ambil kelebihan seseorang tu sebagai contoh. Cuba jadi macam dia, tak pun kalau boleh korang jadi yg lebih baik dari dia. Kalau berusaha InsyaAllah dapat.


Selalu kena buli? Orang selalu dengki korang? Ada jer yg tak puas hati dengan apa yg korang buat? Sesungguhnya Allah itu mendengar doa hamba-Nya yg teraniaya. So? Janganlah lupa Allah :)


*aku niyh jenis tak reti nak lawan balik. Play cool jer sudah. Nak gaduh gaduh pun buat hapa, 1 kelas, 1 sekolah, 1 Malaysia. Yeayyyy!
*kalau ada orang jeles dgn korang, maknanya korang ada sesuatu yg orang lain tak ada :)
*Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah Ya Tuhanku, kau jauhkanlah diriku dari sifat sifat mazmumah dan kau tanamkanlah sifat sifat mahmudah dalam diriku ini, Ya Allah. Amin~

1 comment: