About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

03 September 2011

Duit raya. Kuih raya. Baju raya. Shawl raya. Make up raya. Kasut raya. Mercun raya. Lagu raya. Jalan raya. Jabatan Kerja Raya.

Assalammualaikummmm~


Hari niyh dah 5 Syawal. Sikijap jer kan dah nak seminggu. Aku rasa cuti macam pendek sangat. Seminggu? Mana cukup beb. Hari niyh dah hari Sabtu, hari Isnin dah kena sekolah. Parahh- Homework satu hapa pun aku tak sentuh lagi. Sibuk sangat beraya kan!


Blog pun dah lama terbengkalai. Aku lama tak update sebab sibuk dengan sekolah, ada ujian, lepas tu siapkan project project kat lagi. Memang banyak kurang tinggi sikit dari KLCC kalau aku list kan semua benda yang nak dibuat. Tu yang blog berhabuk hukhuk tak ter update update.


Aku balik kampong malam raya. Rasa macam duduk dekat KL balik malam raya cenggitu. Jalan pun tak adalah sesak sangat tapi perasaan balik kampong malam raya tu lain sikit. Maybe sebab aku tak pernah nak balik kampung malam raya kod. Aku duduk kampung sampai hari raya ketiga jer. Kampung aku bukan jauh pun, kat Kluang jer. Minggu depan kalau nak balik lagi, boleh jerr nyahh :D


Petang semalam (raya ketiga) aku dah sampai rumah. Home sweet home! Plan hari niyh pulak berterabur sebab ingat nak meronggeng raya rumah kawan kawan tapi ada yang tak ada kat rumah. Lepas tu kawan aku dari JB pulak nak turun siniyh. Takkan dorang nak raya rumah aku nak meronggeng pulak kan. Haihhh-


Ouh yeah, ehemm ehemm, walaupun sudah menganjak umur 18 tahun, Alhamdulillah beta still dapat duit raya sebab badan beta macam budak Form 2 rakyat jelata semua memang tak percaya kalau beta cakap beta dah Form 6 sampaikan ada sedara tu beliau baru Form 3 tapi badan lagi besa dari beta beliau pun nak salam beta suruh beliau cium tanganlah kan sebab beta lagi senior (ayat bajed) tapi beliau macam confuse kejap lepas tu beta cakap yelar beta dah Form 6 tuan hamba tak percaya pulak kan!


Pedapp dengan diri sendiri cenggini! –


Wah wahh, kuih raya banyak atas meja. Dah penad cari satu bandar mestilah nak kena tayang tu kuih tunjuk kan! HAHA Kantoi- Yelar, tipu kalau tak ada yang beli kuih raya, tahun niyh aku buat cornflakes madu + coklat rice dengan kuih sarang semut. Cornflakes tu wajib okay. Memang tiap tahun aku buat Hehe


Tahun niyh baju raya 2 pasang jer kaler pun lebih kurang sama merah merah maroon gittew. Tahun niyh dah tak pink sangat dah sebab tahun lepas dengan tahun sebelumnya dah pink sangat kan. Penad lah cenggini. So, tahun niyh maroon maroon la sikit. Pastu ada pakai baju tahun lepas sebab aku bajed badan tak besar besar lagipun baru berapa kali jer aku pakai baju tersebut kan. Tak baik membazir-


Shawl pun tak payah nak beriya sangat. Aku beli satu shawl jer pastu pandai pandailah nak belit belit bagi lain style bila pakai utuk kali kedua dan seterusnya. Make up pun eyeliner jelar (akay, aku tipu). Eyeliner pastu eyeshadow sikit sikit hehe. Kasut pun aku beli wedges, sandal dengan flat shoe. Wedges pakai kalau aku tak drive. Sandal tu pakai masa drive. Flat shoe tu pakai kalau naik motor. Dahh, 3 kasut tahun niyh walaupun tak beraya sangat HAHA


Lagu raya, okay aku bukannya peminat Ana Raffali, so memang lagu raya lama lama jer yang sedap pada aku (tiba tiba Ana Raffali masuk siniyh pulakk, tak pasal pasal). Last last beraya pergi Kota Tinggi bukak Fly.fm. Dengar omputih jer. Lagu raya pelik pelik sekarang niyh.


Haihhh, niyh lagi satu. Mercun kan! AKU TAK SUKA MAIN MERCUN TAPI AKU SUKA BUNYI MERCUN. FULSTOP .


Jalan raya sesak time raya. Itu normal. Ada accident time raya. Itu normal. Kereta banyak berhenti tepi jalan. Itu normal. Sesi tidur dalam kereta sebab perjalanan jauh yang amat. Itu pun normal.


Jabatan Kerja Raya kerja tak time raya?


Selamat Hari Raya Maaf Zahir.

Selalu orang cakap, ehh, batin tak payah, batin tak ada kan?

Tapi tak sedap pulak ayat tu kalau cenggitu, rasa macam tergantung.

Oleh sebab itu, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN TO MY AWESOME READERS!

No comments:

Post a Comment