Assalamualaikummmm~
Adalah amat normal apabila tibanya Hari Raya kita akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai. Diri beta jugak tidak terkecuali. Aktiviti berkonvoi beramai-ramai jugakk merupakan sesuatu yang normal.
Sanak saudara berkumpul dan berkonvoi tiga empat kereta dengan memakai baju kurung cantik cantik. Anak anak dara merempit kat taman nak raya rumah kawan kawan and cikgu cikgu pakai baju kurung baru. Awesome much. Bila lagi nak tengok dorang merempit pakai baju kurung bagai kan? Time raya jelar.
Tipulah kalau aku tak pernah buat semua tu. I mean, kita semua pernah buatlah kan. Pergi beraya ramai ramai, satu kelas kalau boleh nak serbu semua rumah. Aku pulak memang raya dengan kawan kawan merempit tiap tahun. Ehh, tak ada kerjalah nak bawak kereta kalau kat taman niyh jerr.
Sebab sesi merempit pakai baju kurunglah terdapat beberapa tragedi yang menimpa.
First raya ramai ramai aku rempit bawak motor sendiri tak silap aku masa Form 4. Masa tu wedges baru nak trend. Gatallah jugak nak pakai. Alah, tak tinggi pun. Dua inci setengah jer. Aku bawak skuter masa tu. Rumah kawan aku niyh kat Felda. So, rumah dia macam turun bukit lepas tu ada batu batu.
Masa tu kawan kawan rempit aku semua macam tak nak turun parkir kat bawah. Aku yang kat belakang niyh pun curious lah. Apa kejadahlah dorang niyh tak turun turun kan. Dah lambat sangat, aku pun potonglah dorang. Dengan skuter barunya gittew plus kasut wedges tu aku pun press motor turun bawah.
Dah sampai kat batu tu, a’ahh kan tak seimbang pulak, tiba tiba bammmmm!
Ouh yes, I mean, damn- Aku jatuh motor.
Nak tahan pun tak gunalah kan kasut tinggi gittew, senget buku lali aku!
Nak malu pun dah tak rasa macam malu dah, redha jer!
APTB -.-
Start tahun lepas aku dah taubat tak pakai kasut tinggi dah time naik motor kalau beraya, HAHA
Niyh cerita masa Form 5 pulak, tahun lepaslah kan. Aku tak bawak motor sendiri dah. Lepas tu pakai baju macam baju Punjabi gttew dengan jeans. Pakai flat shoe jer. Nampak tak perubahan disitu? Tak pakai kain, no more heels! Walaupun aku tak bawak motor kan! HAHA
Tapi dah sampai kat rumah kawan aku, dia pulak tak ada transport, lepas tu dia tak reti sangat nak bawak motor masa tu. Yelar, akulah yang tolong bawak. Confident ar sikit sebab pakai jeans kan. Bukan kain baju kurung. Pastu tak pakai heels. Ahh, akulah driver masa tu.
Aku dah bawak keliling taman. Lepas tu kawan aku niyh nak bawak pulak. Aku pun bagi jelar, kang tak bagi nangis pulak kan Hehe Lepas tu, a’ahh kan, dia bawak nak belok kiri, kat situ ada lori besar. Dia punya nak corner siap makan jalan sebelah lagi kan!
Aku kat belakang dah redha kalau masuk bawah lori. Perghhh, aku memang dah dedor gittew, dia punya corner macam drift kereta! Tapi syukur Alhamdulillah tak ada apa apa. Selamat semua. Kalau tak selamat aku tak ada raya tahun niyh.
APTB -.-
Tahun niyh punya cerita pulak. I mean, dua hari lepas. Ahhh, tahun niyh aku pakai baju kurung, tapi pakai flat shoe jelar. Taubat tak nak pakai wedges dahhh. Wedges yang ada letak dalam rumah. Kali niyh aku bawak ex5. Baru betul rempit!
Semalam 5 motor sekali rempit. Aku bawak sorang. Dengan kain kipas belakang gittew aku pun merempit. Sumpah, banyak kali aku tertinggal kunci kat motor. Asik lupa jer nak amek. Haihhh- nyanyuk dah aku niyh! HAHA
Tiba rumah last lagilah best. Motor ex5 tu dah lah berat kan (bagi aku beratlah sebab aku niyh tak lah besar mana) aku pun nak parkir, nak stand.
A’ah kan, jatuh lagi!
Tapi jatuh yang slow motion gittew, bayang semua bayangkan macam mana motor tu terbaring mengiring ke kiri dalam keadaan slow motion HAHA
Rupanya aku tak stand tongkat. Memang awesome lah kan! Kau ingat tongkat tu nak stand sendiri ker dila oi? Haiyaaaaaa- Kena gelaklah of course, tapi aku reti nak kisah? Buat tak ada apa apa jer sudah. Tapi sekurang kurang nya, dah tambah lagi satu tragedi raya tahun niyh, sambungan tragedi raya tahun tahun sebelum nya HAHA
Perghhh, boleyh buat drama bersiri kalau cenggini!
APTB lah kan!
No comments:
Post a Comment