About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

31 March 2012

Talasemia.


Assalammualaikummmm~

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. 

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia). Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun. Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk. Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.  

Jenis Talasemia 

Terdapat dua jenis Talasemia iaitu: 
1. Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa. 
2. Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia. 

Pesakit Talasemia 

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku; 
- 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
- 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
- 25% kemungkinan anak mereka adalah normal 



Tanda dan gejala penyakit Talasemia 

- Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan. 
- Tubuh pucat,lemah, dan gelisah. 
- Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas. 
- Jaundis 
- Tumbesaran terbantut 
- Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa. 
- Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).



Terima kasih pak cik Wiki! <3



Hari Selasa lepas (27 Mac 2012), budak budak Form 6 sekolah aku kena ambil darah sebab nak check thalasemia niyh la. Pergh, niyh first time kod aku ambil darah. Aku tak takut. Tapi dalam tu nebes la jugak Hehe Bila nurse tu dah bagi taklimat bagai, kitorang kena isi borang then nak kena inject la kan. Cuak jugak tengok budak budak niyh kena inject. Mula mula budak lelaki yang kena pastu budak perempuan ikut nama dalam register. Aku number 14. Awesome much.


Masa dah duduk tu nak kena inject, aku rasa cuak jugak tapi gwa relax jer bro. Kata gangster, kan. Setakat jarum injection tu, alahayyy :D


Hehe, ish, tak baik berlagak -.-


Nak dijadikan cerita, sebab kalau tak cerita nanty dia tak jadi, sebab tu nak kena cerita barulah dia jadi cerita, kan? :D Tak pun sebab dah jodoh kan, hehe Bila budak budak lelaki semua dah kena inject, turn budak perempuan pulak. Lepas tu aku perasan yang nurse tu tak panggil nama boyfie. Yelar, budak lelaki kelas aku enam orang jer kod. Yang lagi 17 semua perempuan. Kalau kurang sorang senang sangat nak detect. Masa tu ada dua orang nurse yang inject kitorang. So, dua orang akan kena inject dalam masa yang sama. Nurse tu dua dua perempuan, sorang Indian, sorang lagi Malay. Hujung hujung dah sampai turn aku number 14, nurse Indian tu panggil aku. Yelar aku duduklah kan.


Jap lagi nurse yang Malay tu panggil si boyfie niyh pulak sebab dia belum kena inject lagi. So, kitorang dapat turn yang sama. Dia duduk sana dengan jam awesome dia tu yang kaler kaler bagay meriah mak nahh (haha), aku duduk sebelah siniyh dengan jam pink aku yang blink blink kadang kadang tak jugak.



Well, benda tak dirancang, kan, hehe.


Ejad nak pitam. Kyra nangis. Wawa, iQa dgn aku maintain gengster HAHA


Lepas dah ambil darah tu badan aku jadi lemah giler lepas tu masuk kelas senyap jer semua, hehe Pelik kelas aku kalau senyap :D


p/s : aku tanya boyfie, kalau dua dua ada thalasemia cam ner? Dy jawab, “Ntah…” :’)

30 March 2012

Baru.


Assalammualaikummm~

Yeah mann, link baru, template baru, layout baru, warna baru, header jer tak buat lagi, ahakss!


Telah terdetik dalam hati aku pada suatu hari yang aku nak tukar link blog aku niyh hah. Sebelum ini blog aku known as percikanmerahjambu.bp.com tapi dah tukar kepada fadylala.bp.com. Senang nak ingat, hehe. Setelah lebih tiga tahun aku guna percikanmerahjambu as the link of my blog, then semalam semalam aku tukar link blog niyh. So, lepak kat siniyh jer tau, tak payah pergi percikanmerahjambu ker hapa kejadahh :D


Kenapa ‘fadylala’? Sebab nama aku tu, Fadhilla. Aku commercial kan nama aku jadi Fadyla. Sebab kawan kawan aku kalau eja nama aku jadi ‘Dyla’. So, aku tambah jer ‘Fa’ kat depan. Jadi arh Fadyla = Fadhilla. Kenapa ada ‘la’ kat belakang. Alkisah, kalau korang tahu, Justin Bieber ada lagu dengan Boyz II Men tajuk dia ‘Fa La La’ Instead of nyanyi ‘Fa la la la la~’, aku selalu tukar lirik tu jadi ‘Fa dy la la la~’. Hehe Cenggitu lah alkisahnya. So, kalau korang nak type link blog aku, jangan lupa nyanyi dulu, hehe


Aku pilih warna pastel, warna yang lembut lembut gittew, sebab aku rasa macam nyaman jer kalau pandang warna warna cengginy. So,  instead of aku pilih warna warna striking, macam pink terang, blend dengan kuning or whatever major loser, aku decided nak guna warna pastel jer. Tenang jer rasa, aceceyhh :D


Header tu aku tak edit lagi. Nanti nanti arh, aku edit bagi cantik awesome tertarik menarik menawan tertawan nanty header aku. Hehe >.<


Aku ada gossip pasal aktiviti mural aku kat sekolah. Nanti kita gossip okay? Hehe


Thanks for reading! ^.^