About Me

My photo
You just know my name, not my game xD I post about my life, make up, fashion because they are my passions ^.^

26 June 2010

Justin Bieber Dead? Oh No!!



Justin Bieber dah mati? Giler betul dorg ni. Benci sampai sanggup tu buatkan video untuk Justin. Aku yg addict kat dia ni pun tak rajin nak buatkan video (hehe). Kalau dia dah mati February lepas, bestu yg keluar kat TV bulan ni tu siapa? Hantu? Sengal betullah dorg ni! *marah, tahu?! Suka buat cerita merepek merepek. Kalau korg nak tahu, bukan si Justin sygs aku ni je yg ada rumors pasal dia dah mati, Miley cyrus pun ada *lagilah ramai yg benci dia, kan? Aish! Tak fahamlah aku! Dunia dunia.



Jadi, ni bukti yg dia belum mati uke! *aku sepak kang siapa yg cakap dia dah mati tu. Adoyai!

Tiba tiba cerita pasal Justin Bieber pula. Tak apa, saya sukaa :)
Aku punya Google background ada gambar Justin Bieber senyum. Tu yg selalu search kat Google je. Hehe. Teruja gitu!

Somebody to love~

Kosa Kata Menarik Hari ini

Kosa kata ni aku selalu guna dalam esei BM. Memang berguna. Selalu sebelum nak jawab paper exam, aku senaraikan seberapa banyak kosa kata menarik yg aku tahu. So, disebabkan senarai kosa kata menarik aku yg banyak banyak tu ada dalam fail BM *fail tu ada kat sekolah, hehe :), aku cuma share beberapa kosa kata menarik yg aku ingat jelah ea.

Sharing is Caring, Caring is Loving :)

kebobrokan ; kemusnahan

atma ; jiwa

mengambil cakna ; mengambil peduli

Konklusinya / Izharnya ; kesimpulannya

kondusif ; stabil / seimbang

meruncing ; meningkat

individualistik ; sikap pentingkan diri sendiri

interpersonal ; perkara berkaitan peribadi

obligasi ; tanggungjawab

kebejatan ; masalah
Cukuplah tu 10 ye. Memang aku selalu guna kosa kata menarik tu. Senang nak ingat. Pendek pendek je. Korg cuma kena gantikan perkataan biasa kepada kosa kata menarik tersebut. Ngee~

Lagi 1, korg tak rasa bosan ke asyik tulis 'dalam era globalisasi ini' kat awal perenggan? Sejak aku tengok ramai yg guna awalan perenggan tu, aku terus cari ayat ayat bombastik yg boleh aku guna dalam esei. Sekarang aku guna awalan perenggan ini ;

'Dalam ledakan arus teknologi yang amat kuat gelombangnya kini'

atau

'Dalam dunia teknologi yang semakin menular dalam kalangan masyarakat dunia kini'

Lagi satu, aku radang betul dgn org yg tulis frasa 'di kalangan pelajar'. Salah uke. Yg paling betulnya 'dalam kalangan pelajar'. 'Di' hanya untuk tempat atau arah. Kalangan bukan tempat & arah tahu? Jadi, tak boleh guna 'di' pada awal 'kalangan'. Kena guna dalam. Sebab 'dalam' menunjukkan satu lingkungan kawasan. Macam dalam gaung. Automatik kita tahu dalam kawasan gaung. Bukan tepi gaung. Bukan dekat dekat dgn gaung. Bukan, kan? Macam tulah. Korg pergi tengok surat khabar, mesti ada je yg taip 'di kalangan'. Memang aku bengang betul.

Banyak pula bebelan cikgu diLa hari ni? Ada mood. Nak release tensionlah kunun sebab kerja banyak. Hehe :)
So, happy learning ye murid murid !

Lagi Kosa Kata Menarik [click here]

Tangan diLa patah, kepala diLa berdarah :(

Selama seminggu tanpa FB-ing, Blogging, on9-ing, macam macam perkara dah jadi kat aku. Berusaha menyiapkan kerja kursus Seni. 'Dateline'nya sebelum bulan 8 *harap harap sempat nak siapkan semua. Almost 70% dah siap. Memang tiap masa aku mengadap kerja kursus Seni tu jelah. Malam tadi aku dah mula nak mewarna. Mula pukul 10 lebih aku mewarna, syok beb! *Water colour baru, hehe :) Gembira giler aku mewarna sampai pukul 1 pagi *aku insomnia, tak kisah :) Pagi tadi aku pergi sekolah lagi. Ada kelas Seni tulah. Sampai pukul 12 kelasnya. Pastu aku balik rumah. Punyalah penatkan. Aku tertidur kejap tadi. Malam nanti aku sambung buat kerja. Sekarang aku nak berfoya foya dulu.


Korg nak tahu kenapa aku post title macam tu?
Yeah! Tangan aku patah penat melukis, mewarna, kepala aku berdarah memikirkan kerja kerja yg amatlah banyak rupa rupanya!

Tapi tak apa, kalaulah tangan aku patah, kepala aku berdarah boleh dapat A+, tak apa. Aku sanggup! Yeayyy! Hehe :)
A lot of things yg berlaku. Aku sedih dgn result aku. Sangat sangat.
*Teruskan usaha tau dila!




>semoga aku dapat siapkan kerja kursus Seni secepat yg mungkin. 24/7mengadap drawing paper, aku tak ada masa nak selak selak buku, uhh!
>Facebook tak ada org yg best sebab budak budak asrama tak ada :(
>Chaiyok chaiyok diLa!

20 June 2010

A'ah. Aku suka pakwe kau. Ada masalah?




Dulu kita satu kelas. Dulu kau selalu pujuk aku kalau pakwe aku marah marah aku. Aku suka kau. Kau suka aku. Kita pernah sama sama. Tapi aku dah dapat pakwe masa tu. Sekarang dear dah tinggalkan aku. Kau bahagia dgn awek kau. Tak apa. Aku tak kacau kau lagi dah. Semoga berbahagia ye yunk! *aku sayang kau*


Apakah? Entry cinta lagi ke diLa? Aiyoyoo! Kau bercinta dah ke? Biar betul? *byk tanya betul. Taklah dear. Aku still single *borang minta kat ibu aku uke :) p/s (lg?) ; kata kata di atas tidak ditujukan kepada sesiapa. Sekian, tQvm.

Episod ; Kembali ke sekolah! Yeayyy!

Uke. Memandangkan esok dah mula sekolah semula, aku mungkin akan jarang on9 lepas ni. Entry pun jarang post. Sebab aku balik sekolah pukul 5 lebih macam tu. Ada kelas tambahan tiap tiap petang. Sabtu dan ahad jelah aku on9 kot. *sila rindu aku tau! Dialu alukan. Hehe :) Aku ni dah tersedar dirilah sikit yg aku nak trial SPM. Yeah, SPM uke! Aku dah 17 tahunlah. Whee~ Aku akan cuba kurangkan on9 uke. Bagi semangat tau! Korg jaga diri baik baik. Jgn nakal nakal. Nanti kalau rajin aku gelek gelek kat blog korg uke. Ily sygs!



^Aku sayang kau, blog pink!
^Aku kena bangun awal esok, mesti seksa! *mentang mentang cuti 2 minggu asyik tidur lambat bangun lambat je :)
^Aku nak post entry ada gambar, tapi tak boleh upload, dari semalam aku cuba, kenapa ek? Korg pun entry boleh upload gambar tak?

^Ni pun gambar guna html copy paste je. Hehe :)
^ily pinky! Wahhh!

19 June 2010

I feel so GAY right now!

Menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Keempat
Tepat pd muka surat 165, Column k2, baris yg k10, entri yg k6 ;;

gay a. (-er, -est) girang; riang; ria; meriah; warna yang benderang atau garang. (colloq) bernafsu syahwat sesama jenis; homoseks.


bout de title, i mean it uke! But only for the meaning of 'gay' at de first. Not at the last meaninglah. Don't get confused guys. Huhu ! Teringat ketika aku melepakkan diri yg terasa amat panas di dalam library yg amat sejuk dgn aircond yg dibuka pada suhu yg paling kuning, aku membelek belek kamus dwibahasa tersebut. Aku memang suka kamus ni *pelik ke? Smbil aku meraba raba (haha!) muka surat yg tertera huruf 'g' yg amatlah banyak, tertumpu seketika kpd perkataan tersebut. Yeah. 'Gay'. Hehe.
Dan aku ada jumpa lagi 1 perkataan ni.

pong n. & v.i.(sl)bau yang sangat busuk.


Boleh tulis dalam esei tak? Hehe! Bolehlah kot :)
Kenapa aku rasa Gay? Mestilah. Nak naik sekolah. Nak masuk kelas jumpa kawan kawan. Aku rinduuuuu korg! Yeayyy!


caption;; aku suka gambar ni. Comel je. Pink pulak tu :)

^I'm feel so gay with you *lain macam je bunyinya.
^Dah lama tak cari perkataan perkataan baru kan?
^Nanti kita buka kelas Mari Belajar Kosa Kta Menarik ye murid murid, ahaks!

Mari lompat lompat gembira sebab dah nak naik sekolah!

credit to Capix

Amatlah berbangga pada kali ini aku nak post entry pasal Sekolah. Yes dear, SEKOLAH!

Countdown ; 1 day to go.


Kau tahu tak pergi sekolah tu seronok? Dapat jumpa kawan kawan. Dapat dapat ilmu baru. Dapat jumpa cikgu cikgi. Dapat jumpa pakwe makwe (eh?). Seronok tahu?! *diLa giler? Tak la weyh! Aku serius ni. Sekolah merupakan tempat yg menyeronokkan uke! Kadang kadang (bukan kadang kadang lagi, selalu sangat) aku rasa sekolah tu membebankan. Yelar, tak ada sekolah maknanya tak ada cikgu, tak ada homework, tak ada aktiviti. Bila dah ada sekolah, ambil kau. Ada cikgu, ada HOMEWORK, adalah aktiviti (aku paling suka jamuan kelas, hehe). Tiba tiba aku rindu kawan aku pula. Nak keluar hujan lebat sekarang ni. Susah susah. Yg tak best pergi sekolah sebab homework tak siap. Tak suka aku. Kadang kadang terlupa. Kadang kadang tak bawa homework pergi sekolah. Ganjarannya ; kena bebel. *Padan muka aku. Tapi kat sekolahlah aku mula belajar pasal kehidupan. Dulu masa sekolah rendah aku tak kisah sangat ranking exam. Sekarang aku dah kisah dah. Dulu masa budak budak mana kisah penampilan. Sekarang ni baru nak kenal dunia. Pergi join macam macam program. Jumpa org macam macam perangai. Best. Tapi aku tahu baru sikit je ni yg aku tempuh. Lepas habis sekolah nnati mesti macam macam lagi yg aku jumpa. Excited kadang kadang. Tapi takut pun ada. Mudah mudahan semua uke la kan. Bila aku jerit tak sabar nak habis sekolah. Senior aku balas, nanti mesti rindu nak balik sekolah. Yes. Sekarang aku dah rasa macam mana kalau aku dah habis sekolah. Dah jarang jumpa kawan kawan sekelas. Borak borak. Gosip gosip. Ronggeng sama sama. Kacau kacau pakwe hensem (haha!). Mesti rindu punyalah. Banyak sangat kenangan kat sekolah tu. Sepanjang aku 5 tahun sekolah kat situ. Aku jumpa abg angkatlah, pakwelah, junior tak reti bahasalah, akak akak senior yg happeninglah, cikgu cikgi yg bertukar ganti tiap tahunlah. Macam macam yg jadi.

Kadang kadang best. Kadang kadang sucks. Bagi aku semua tu kenangan. Kan? Kan?




^Aku rindu dear la, macam mana ni?
^Aku sayang korg, jgn risau uke!
^Homework BM dah siap, yeayyy!
^Hujan lebat sekarang ni, sejukkkk! Hehe :)

18 June 2010

Kalau kau bagi pakwe kau kat aku boleh tak?




Aku suka tengok mata kau.
Kau suka tengok mata aku?
A'ah, aku suka tengok mata kau.
Aku pun suka tengok rambut kau.
Kau suka tengok rambot aku?
A'ah, aku suka tengok rambut kau.
Aku suka senyum kau, manis saja.
Apa? Kau suka senyum aku?
A'ah, senyum kau manis.
Kau kata senyum aku manis.
A'ah, senyum kau manis.
Aku suka sangat sangat kat kau.
Apa? Kau suka sangat sangat kat aku?
A'ah, aku suka sangat sangat kat kau.
Tapi aku dah ada pakwe.
Kau dah ada pakwe?
A'ah, aku dah ada pakwe.
Tak apa, aku tunggu kau clash ea....
Apakah ini? Haha! Merepek sudah diLa malam malam ni. Tak adalah. Bila aku baca balik entry aku yg fasal org tukar tukar relationship status kt FACEBOOK. Tiba tiba rasa nak buat entry pasal ni pulak.

Lagi sekali ; Title entry kali ni tak ada kena mengena dengan aku uke!

Tapi tiba tiba aku tak ada mood nak cerita pasal cintan cintun ni. Kenapa? Ntahlah weyh.
*haty aku tak boleh terima lagi cinta cinta ni.
Macam mana nak buat ni? Haha. Chil sudah. Aku pun belajar lagi. Aku sokong kata kata bahawa Single itu simple, Couple itu trouble. *Sedap ayat tu. Aku suka. Hehe :) Baik kawan je ramai ramai. Senang. Aku pernah baca 1 novel ni. Ada sorg perempuan bercinta dengan sorg lelaki ni. Tapi perempuan tu rasa dia lagi selesa dengan abg lelaki tu. Abg lelaki tu pun sebenarnya suka kat perempuan tu. Last last, perempuan tu pilih adik lelaki tu juga. Yg si abg frustlah kan. Tapi perempuan tu cakap better dorg jadi kawan. Sebab abg dia tu boleh nasihatkan dia. Dan lagi 1 dia cakap, semua rahsia dia boleh bagitahu kat kawan. Tapi bila dgn pakwe kenalah kaber. Takut pakwe tu jeles kan. Yelar, takkan kita nak cerita yg tadi kite keluar makan dgn kawan lelaki kita. Mesti jeles 3hari 3malam x tegur. Tapi kalau dgn kawan kita boleh je nak cerita apa apa. Kita keluar dgn lelaki ni. Keluar dgn lelaki tu. Sebab kawan kita tak ada hak nak jeles. Selalunya kawan jugaklah yg paling banyak simpan rahsia. Kan? Kan?

Tiba tiba aku rasa tak patut pulak *kesian pakwe tu. Hehe :)



^Entry cinta cinta aku tak power sangat la sygs.
^Aku syg dia, tp dia syg aku ke? *dia dah ada awek :(
^Aku syg kawan kawan aku.
^Fullstop ...

16 June 2010

Bola ! Bola ! Bola ! Bola ! *suka tak?


Aku tahulah bola dah mula, tapi janganlah mesej aku kau tak balas.
Aku tahulah bola dah mula, tapi janganlah bila aku tepon kau tak angkat.
Aku tahulah bola dah mula, tapi janganlah kau sampai lupa nak tanya khabar aku.
Aku tahulah bola dah mula, tapi bila aku ajak keluar tolonglah layan.
Aku tahulah bola dah mula, tapi bila aku tengah sedih tolonglah happykan kejap.
Aku tahulah bola dah mula, janganlah buat aku macam ada tak ada je.
Aku tahulah bola dah mula, kdg2 aku pun kau lupa.
Aku tahulah bola dah mula, tapi janganlah kau tak tidur sampai pagi.
Aku tahulah bola dah mula, tapi bila jumpa aku janganlah asyik cerita pasal bola.
Aku tahulah bola dah mula, tapi ADA AKU KISAH?!!


Haha! Kenapa dengan diLa? Tak ada apa apalah weyh. Aku saja je meluahkan perasaan macam tu *kunun kunun mengeluh dgn pakwe sendiri, padahal tak ada pakwe. Hehe :)

*p/s ; keluhan tersebut aku tak tujukan kepada sesiapa uke! ^^

Biasalah weyh. Sekarang kan musim bola *entry pun nak cerita pasal bola je. Aku sendiri tak suka bola beb. Tapi gedik juga nak buat entry pasal bola. Korg tak fikir pulak. Ada satu application kat FACEBOOK yg korg boleh design jersey korg ikot team yg korg sokong. Aku sure ada dalam kalangan korg yg da buat kan? Aku tengok makin lama makin ramai yg buat. Pastu letak as profile picture. Kadang kadang aku tengok komen pun pening. Ingat org yg sama, rupanye jersey sama. Hehe. Yelar, kadang kadang kalau komen banyak, aku tak tengok nama, tengok profile picture je. Senang. Aku dah boleh tau siapa yg komen. Tak payah nak baca nama. Ni kalau semua sokong England, tak macam sama pulak kan jersey dorg. Even kat jersey yg dorg design tu boleh letak nama and nombor sendiri, tapi kalau kat komen FACEBOOK picturenye kecillah syg. Tak nampak uke! Haha! Tapi tak apa. Aku tak kisah sgt *tiba tiba skrg kena baca nama pulak, keliru dgn profile picture jersey tu. Hehe :) Aku tak marah korglah. Aku syg korg, Whee~

Nak Design korg punya jersey Worldcup kat FACEBOOK?
[CLICK HERE]



Episod ; Insomnia & Gastrik

Malam tadi aku tidur cepat, Dalam pukul 2 pagi macam tu. Bagi aku cepat syg. Aku yg kena insomnia ni kadang kadang pukul 3 lebih baru boleh tidur. Dah nak pukul 4 pun pernah. Dapat tidur pukul 2 pagi tp pun dah bersyukur. Dapat tidur awal. Malam tadi kol 1 lebih aku dah baring. Baring jerk. Tidurnya tak pun. Tiba tiba aku sakit perut *gastrik*. Aku takutlah pulak nak bangun pergi dapur *macam jauh sgt je dapur dgn bilik aku, hehe :) Aku tahan jelar. Ingat boleh. Tapi tak tahan dah beb! Aku gagahkan diri, then pergi dapur amek roti, biskot dgn air masak. Bawak masuk bilik. Makan dalam gelap sebab adik aku tengah tidur. Yummy2. Terisi jugaklah perut aku kan. Whee~


^Ibu pergi JB tak bawa aku :(
^Ngidam roti telur dadar, yummy2! *nak buat, nak sikit?

^Internet berlari dgn lajunya, yeayy!

^Kalau jumpa aku jgn cerita pasal bola tau!

15 June 2010

Lelaki dan Bola tak boleh dipisahkan?


Kawan kawanku sayang. Mari kita mulakan bacaan entry kali ini dgn bergelak sakan sbb aku dah dapat buktikan bahawa kenyatan tersebut SALAHH!! Hahahahah *guleng guleng gelak! Yes, memang sebelum ni aku ingat semua lelaki akan ikuti perkembangan bola. Tapi td aku baru lepas chat dgn sorg bro kat FACEBOOK *aku tak kenal dia, hehe. Dan dia sendiri mengaku dia tak suka bola bola ni. Apa ?! Aku pun tanya dia banyak kali. "Kau tak suka bola? Bola ke? Kau tak minat? Biar betul? Kau tak minat tengok bola?" (byk tanya uhh diLa!). Betul beb dia tak suka bola. Dia cakap kalau pergi tengok bola dgn kawan kawan bukannya dia tengok. Dia makan je.

Mood diLa ; Masih tak percaya

Susah beb nak cari lelaki yg tak suka nak tengok bola. Dan aku perasan sejak bola mula ritu, friends aku yg on9 kat FACEBOOK tu makin lama makin kurang. Pernah sekali tu tak sampai 20 org pun yg on9! Haha! Aku siap post shout out cm ni, "Mana semua org ni??!!!". Jap lagi adalah kawan perempuan aku komen. "Ala, tengok bolalah der..". Haha! Sampai aku pun dah malas sekarang nak on9 sampai malam malam buta. Dulu kalau masa cuti panjang gembira je aku nak on9 smpai tengah malam. Budak asrama balik. Meriah sikit. Hehe. Tapi kalau dah cuti pastu dah ada bola, aku pun tak boleh nak cakap apalah kan. Haha! WakaWaka! Layan lagu kejap uke!



Walaupun aku bukan jenis yg nak ngadap depan tv tengok bola, tp aku tetap sokong KOREA! Yeaaayy ! Asia rawrrr !




^Tiba tiba entry pasal bola pula. Tak pasal pasal. Hehe :)
^Syg! Syg! Aku dah beli baju baru! 1 kaler Biru , 1 Kaler Merah stripes. Knp tak pink? Aiyoyoo! Aku dah ada byk baju kaler pink la dear! Haha :D
^Tadi on9 Facebook, ramai yg on9 *kejap lagi bola start mesti semua op9 balik, ngee~
^Entry aku paling banyak bulan ni. Perasan tak? Cuti sekolah bolehlah. Kalau aku dah sibuk dgn sekolah nanti, msti berhabuk uhuk uhuk aku punya blog.
^Aku syg blog aku ~

A'ah. Aku Jeles. Knp?



Lumrah kehidupan wahai syg sygku. Perasaan jeles tu memang dah sebati dlm diri macam telur dgn mentega yg kena putar sampai putih masa korg mula mula nak buat kek batik (pe niy diLa?). Kalau org lebih sikit mesti nak jeleslah, nak dengkilah, tak sukalah. Yg aku tak boleh terima, siap gaduh gaduh tu. Padahal benda yg di'jeles'kan tu benda kecil je. Ni aku cerita jeles dlm friendship. Belum lagi jeles bab bab cintan cintun ni. Lagi parah. Siap boleh nak gadoh 3hari 3malam tak tegur. Pandang pun hujung hujung je *pe cer niy beb? Relax uke. Aku post entry ni sbb aku tgh bengang dgn sorg junior kat skola. Boleh dia komen gambar aku kt FACEBOOK dgn perkataan yg paling tak patut! Aish! Dahlah kau add aku. Ckp tQ pon tak ada sbb aku Confirm. Lagi mahu komen gambar aku cam tu. Facebook aku, lantak akulah nak letak gambar apa. GERAM BETUL! *Junior, ke kau jeles? Hahaha! Padan muka kau. Guleng guleng aku ketawakan kau. Sudah sudahlah tu junior. Jgn sampai aku jumpa kat sekolah nanti *mentang mentang kau lagi gemuk dr aku, ingat aku takot ke? *haha! Uke uke. Chil ya diLa! Yeayyy!

p/s; Title entry kali ni tak ada kena mengena dgn aku pun. Hehe :)


^Mahu pergi shopping. Nak ikot tak?
^Bila nak buat kerja kursus seny ni diLa? *thinking* :)
^Junior tak takut dgn aku sbb fizikal aku. 150cm/42kg *haha! Kecil je aku. Junior lagi besar. Haha!
^Tapi agak agaklah. Hormat jelar as senior kan. Aish!
^AKu syg kawan kawan aku ~

14 June 2010

Ramai org tukar Relationship Status kat FB sejak akhir akhir ni *publisiti murah?*


Alamak. Kau dah kenapa diLa? *Tak ada pape, tak ada pape* Hehe. Sejak dua menjak 3 menjak ni, aku rajin on9 malam malam sbb aku Insomnia. I Repeat it again, INSOMNIA. Malam tadi siap boleh main msg sampai pukul 3 pagi. Aku tak ngantuk langsung *tapi akhirnya tewas juga. Hehe. Ala, nasib baik cuti sekolah. Kan? Kan? Whee~

Berbalik pada tajuk entry kali ni, memang aku perasan sangat sangat tentang keadaan ini. Haha! Bukan aku jeles sbb relationship status aku single tak bertukar tukar. Nope la ! Cuma aku rasa macam dorg main main plak dgn relationship status tu. Yelar, kalau tukar, mesti ada wall post kan? Org boleh komen. Kalau single tukar jadi In a Relationship, ramai yg tanya dgn siapa? Ehem2 *haha ! Esok pula tukar jadi single balik. Org cakap, ehem2, buley ngurat la ni ea? *haha ! Esok esok pula tukar jadi married. Org cakap cm niy, kawen x jemput ! *haha ! Banyaklah nanti komen komen yg dtg. Belum lagi yg like. Kalau betul tak apalah. Main main pulak kau ea? Ngee~ Kejap single, kejap kapel, kawen, tak nak pula dia letak widowed. Kalau berani letaklah ! Haha ! Aish !


Kejap tu, Kejap ni, kau nak kena penampar? *haha



^Aku dah cakap yg aku tak jeles uke *pleaselah dear !
^Ada kapel kata Single. Pigidaaah !
^Jujur je sudahlah. Tak faham aku.
^Bila nak tukar dari single to in a relationship ? *dila gatal, haha !
^Budak sekolah tapi status Married. Gedik betul !

13 June 2010

Pink Award For Pink ADDICTED ! Yeayy !


Tangan gatal nak edit picture. Maka lahirlah award yg tak seberapa aku edit ni sbg tanda sokongan kpd org org yg minat dgn Pink. Tp ni utk PINK ADDICTED only uke. I repeat again, PINK ADDICTED ONLY. So, kpd siapa shj yg minat kat PINK kaler, bolehlah amek award ni (amek je, aku memang buat utk korg). Tqvm !
***************************************************************************


1. Sila link kpd org yg bg award ni kat kamu.

2. Nyatakan sebab sebab anda suka kaler Pink.

3. Sejak bila suka dgn kaler Pink?

4. Nyatakan 5 barang paling kamu syg yg b'kaler PINK.

5. Snap picture kamu dgn barang kamu yg kaler Pink itu (1 brg pun cukup, yg penting kaler PINK) *yg ni kalau tak nak buat pun tak pe, no biggie :X

6. Tagged kawan kawan kamu yg minat PINK jugak.
***************************************************************************

p/s ; kalau korg dah amek award ni, sila inform d CHATBOX yeah. tqvm ! Syglah korg :)


^Uke, dats oL.
^Pergi shopping beli baju kaler yellow *sbb baju kaler pink da byk sgt, hehe :)
^Mase buat award ni baju & seluar aku kaler pink *kebetulan.

10 June 2010

Tagged from Anyss (:

Firstly, tqvm Anyss sbb bg tagged kat aku uke ! :)


Edited picture originally from diLaa uke! Kowg kena buat jugakk tau! :)

Here the tagged. Satu Dua Tigaa, larikkkkkk !!

3 nama samar.samaran
diLaa, Angelika Fadhilla, Dila Dolly

5 tarikh paling pentingsss
29 Mei, tarikh setiap musim cuti sekolah yg lama, yg len? x tw!! hehe

5 perkara yg anda wat cmalam
Blogging, Tidur, Makan, Mandi, Baca Komik :D

5 perkara yg wat anda gmbira
-Hey diLa! jum keluar! Aku belanja makan! hehe :)
-Semua barang PINK ni utk kau diLa !
-1 message received from *****, haha !
-Blogging
-Holiday dgn family, whee~


5 hobi anda
-Menyanyi, Berangan, Baca buku (?), Blogging, Mesej :)

5 tmpat prcutian anda
-Pantai (mana manalah)
-Pantai
-Pantai
-Pantai
-Pantai, hahaha !


5 sebabs jwb ini taG
-anyss suruh
-sebab sukaaaa c(:
-saja isi masa lapang
-ada entry baru kalau jawab tagged, hehe
-macam best je, tu yg jawab :)


owg yg plg sygs.??
Ibu, ayah, Eza, Faiz, Fwens (mmuuahhh muaahhh !)

mende yang paling ske wat??
Surf internet

mende yang wat anda plg bosan.??
Benda yg sama berulang kali? Benda yg mmg dah buat sebelum ni. Hangout tempat yg sama. Aish!

if g kepci or mekdi mende pe yg plg ske mkn && sbab.??
Kentang goreng sbb sdp kot (pe yg ada kt ctu?)

plg mnat sbjek sjarah.??
Not really :(

kasik 1 teke.teki && jwpan skalik.. pastuh mst lucu or msteri
Org terbang naik flight..gajah terbang naik PE??
ANswer ; naik HAIRANlahh (tak kelakar pun)

uma yg plg anda idam.??
Rumah tepi pantai. Ada kaca besar mcm dalam cerita FULLHOUSE. Wahhh !



ahahaa tym tuk taG anda.anda.anda sume oke.!!
here u're da lucky people.. miahahaaaa
ilaaaah
safina
si pink :)

Act, siapa siapa yg rasa rajin tu boleh je amek tagged ni. Aku tak senaraikan bukan sebab aku lupa kat korg (tidakk sama sekali!) Tapi aku rasa followers aku patut amek tagged ni. Amek tau! :) Syglah korg ~



^i'm done anyss sygs !
^tiba tiba edit picture pulak :)
^pernah tengok cerita fullhouse (ulangan punya) tanpa henti selama 5 jam kat channel KBSWorld. Semata mata rindu kat Rain. Haha !
^Buat tagged je. Entry baru tak di'post' lagi. Harap maaf. Whee~

09 June 2010

Makeup VS Natural Look




Lawakan make up yg terconteng kat muka dorg? M.A.C. only uke ! Hehe. *M.A.C best! Entry ini di'post' sebab sekarang aku lebih consider dgn barang2 make up (nak jadi lebih matang, macam tu ke?). Eyeliner, lip gloss, lip balm, eye shadows, semua tulah. Baru nak consider pasal fashion bagai tu. Kesan make up ni memanglah amat2 menarik. Tengok model2 kat American Next Top Model tuu. Amboi ! Make up dia sikit punya banyak, kan? Kan? Tak payah nak cerita pasal ANTM yg jauh nun kat AS tu. Korg tgk artis2 yg keluar paper, majalah hari2 pun dah cukup (aku memang respect dgn artis yg berani keluar tanpa make up bagai) Ada org kata, lagi lawa kalau tak Make up. Betul ke? Tak tahulah aku. Paling menyampah kalau dah pakai make up ialah masa nak removekan dia. Aish! Benci betul aku. Kalau tak remove rosak pulak muka, kan? (conclusionnya, tak payah pakai make up!)

Lawa je si Siti ni tak pakai make up aku tengok (sebab dia yg memang lawa kot)

Bila Vanessa ni make up, nampak glamor kan? Tapi aku tengok muka dia x banyak beza pon dgn yg tak pakai make up.

Britney Spears ni memang da naturally lawa. Make up dgn tak make up lebih kurang jerk aku tengok.



Kalau tak make up ni muka dia nampak kusam, kan?


Paris Hilton. *no caption, haha !

Tulah, ada baik buruknya pakai makeup ni. Aku pernah tengak 1 talk show dari China ni. Dorg temubual sorg perempuan umur dalam 18 tahun macam tu. Budak perempuan tu cakap dia takkan keluar rumah tanpa make up. Sampai macam tu sekali? Kalau setakat concealer, eyeliner dgn lip gloss je, tak apa kot. Tapi kalau nak pergi kedai seberang rumah pakai bulu mata palsu, contact lens, eye shadow bagai, tak tahulah aku nak cakap cam mana lagi. Mungkin dorg lagi confident kalau pakai make up kot. Tak pun dorg dapat tutup kecelaan yg ada pada muka dorg. Then, pakai make up. It's uke selagi korg selesa (aku pun suka kalau tengok org make up lawa lawa & tak lebih lebih ni). Lagipun dalam Islam kita kena bersederhana. Janganlah pakai make up lebih lebih sampai boleh takutkan org (macam opera cina org cakap, hehe). Simple simple saja sudahlah. Btw, aku ni pun bukan pandai sangat kalau nak cakap lebih lebih. Yg penting korg happy uke ! Syglah korg :)


^mascara dah habis. Bila nak beli?
^lip gloss pun da habis.
^Semua habis ! Tak payah pakai make up lah ! Haha !
^Nak ini ! Nak ini !


^cuti sekolah dapat pimple, tak apalah. Tak keluar rumah. Org tak perasan. Hehe :)

Best tak ada Kembar ?




Tengok dorg ni. Muka lebih kurang. Kena tengok 2 3 kali baru kenal mana 1 akak, mana 1 abang, mana 1 adik. Korg ada kembar tak? Best tak ada kembar? Aku tak ada kembar. Keturunan aku yang ada kembar pak cik aku je. Tapi tu pun kembar sorg da meninggal. Lagi sorg hidup lagi. Bayangkanlah kalau diLa ada kembar. Hehe :)


Aku ada kembar lain mak lain bapak (cam mana tu?) Tak adalah. Aku ada kawan yg birthdate ktorg sama. Dia lahir pukul 9 malam lebih. Aku lahir pukul 10 malam lebih. Di hospital yg sama uke! (yg bestnya dia lelaki~~) Tapi tak samalah dgn kembar yg betul betul kembar. Tapi serius aku pun takkan rasa happy bila aku ada kembar. Almaklumlah, aku tak suke benda yg sama dgn org lain. Kalau dah muka kami sama, tak bestlah (tp kalau dpt kembar lelaki, sah sahlah muka kami tak sama, kan? uke kot, hehe)


Scarleet Johansson & her twin. Sweet, kan?

Yg bestnya lagi, kalau kembar tapi sebenarnya bukan kembar (eh?) tak, maksud aku, dorg adik beradik. Sorg lahir awal tahun, lg sorg lahir akhir tahun. Aku ada kawan yg abg dy lahir Januari 1985, akak dia pula lahir Disember 1985. Aku ingat dorg memang kembar. Bila tanya tanya rupanya dorg lahir tahun yg sama tapi lain tarikh. Hehe. Sweet jugakk macam tu :)

Kalau kembar perwatakannya sama tak apalah. tapi selalu aku tengok cerita cerita kat tv tu, selalu sorg baik, sorg jahat. Betul ke macam tu? (nama pun cerita diLa, aish!) Tapi aku kadang kadang teringin jugak nak ada kembar. Jalan sama sama. Kelirukan org. Hehe :) Best, kan?


^Aku baru dapat sepupu perempuan. Comel tau dia.
^Ibu ! diLa tak nak adik, tapi diLa nak abang, boleh tak? *hehe :)
^Suka kembar perempuan yg kecil lagi. Comel. Pakai baju sama <3

08 June 2010

Apa guna homework kalau kita stay kat sekolah sehari suntuk?

Angelika Fadhilla ; PHOBIA kpd HOMEWORK !!!



Aku & kawan kawan selalu cerita pasal ni. Cerita hot pasal homework yg menimpa jatuh berdentam dentum kena kepala otak ktorg yg berserabut ni. Cuba korg (students) buat checklist homework kowg. Dah siap semua ke? Tak pun sebab cikgu tak tanya korg tak buat homework tu. Then, biarkan saja. Ada lagi yg tertangguh. Kadang kadang memang aku rasa homework ni tak perlu! (sure korg pon leceh klw ade homework, assignment dll, kan?) Cuti panjang lagilah tak payah cerita. Siap kena buat coursework lagi. Yeah, homework tu sbg latihan tambahan (ye ke?). Tapi kalau student dah stay kat sekolah dari jam 7 pagi sampai jam 6 petang, mestilah penat. Badan letih ingat nak tidur je. Malam penat dah malas nak layan buku, buat homework. Esok datang sekolah homework tak siap. Kena marah dgn cikgu. Cam mane tu? Kat sekolah sah sah lah kita belajarkan. Buat latihan yg cikgu bagi. Buat latihan dalam kumpulan. Masa kita lebih dekat sekolah jerk. Aish! Cam mane nak buat tu? Aku pun kadang kadang fed up dgn ni (tiba tiba tak sabar nak habis sekolah :( ) Aku pun akui banyak homework aku yg tertangguh

*malu*


^diLa ! sila siapkan kerja kursus seny uke! :)
^Bm paling banyak buat latihan (*_~)
^homework tak siap, esok datang sekolah awal awal tengok jawapan kawan (pemalas!)
^berusaha majukan diri, mari kawan kawan!

Biar Mulut macam PUAKA tp Hati kasi Baik uke!

Budak budak zaman skrg (t'masok aku tak??) kalau cakap perkataan mencarut carut semua keluar. Kalau tak de bodoh, babi, sial, tuu tak sah. Dari mana belajar ni? Aish! Tapi tulah, dah terbiasa agaknya. Tak cakap ayat macam skema pulakk (yelar tu). Jangan pulak diingat org yg suka cakap lepas mencarut barut ni jahat weyh. Cara dorg cakap je kot yg kasar. Kdg kdg hati dowg baiklah jugak. Aku tengok ada je org yg nampak baik cakap carut carut ni. Lagi lagi yg perempuan. Pakai tudung nampak ganas, cakap main boow je tapi baik je aku tengok. Rajin tolong org. Mungkin memang da style dia macam tu kot (pandai pandai je kau diLa :p ) Takpe la. Mulut sumpah seranah macam puaka, yg penting hati kasi baik uke!


^kan elok kalau cakap baik baik, kan?
^kawan perempuan aku cakap perkataan sial, tiba tiba kawan lelaki aku niy cakap 'first time aku dengar perempuan cakap sial'. T'sentap disitu...
^nak jadi perempuan melayu terakhirlah, hehe
^Budi bahasa budaya kita beb. Tak mau carut carut uke.
^kalau lelaki memang da kasar dorg cakap, kalau perempuan mulut puaka ni, tak tahan aku nak dengar. Aish!
^nasihatkan org aku pon bukannya baik sgt :p

07 June 2010

Couple Satu Kelas *kadang kadang rimas aku tengok dorg ni


Mesti couple-couple yg baca entry aku ni ingat aku jealous dgn korg, kan? Yelar, aku x ada kapel. Maksud aku, aku x hairanlah sebab aku pun pernah b'kapel dulu. Cuma jodoh tak panjang, then masing masing dah bawa haluan (ntah ntah si dia tu dah dapat cari pengganti aku ^^) Tak kisahlah. Aku bukan nak cerita pasal kisah cinta aku tu. Aku nak cerita pasal couple yg study dalam 1 kelas. Tak kisahlah kat sekolah kerk, kat U kerk, kat kelas tuisyen kerk dll. Selalunya dorg ni (especially budak budak sekolah) akan lebih kerap dating kat dalam kelas (yelar, cikgu tak perasan, cikgu ingat tgh wat study group). Kalau setakat bual bual boleh lagi kot. Tapi siap gaduh gdauh lagi. Dah kenapa? Aku yg tengok pun rimas beb. Duduk berdua dua. Memanglah dalam kelas ramai org sayangs. Tapi seganlah sikit dengan cikgu cikgu yg dok lalu depan kelas. Kan dorg fikir lain nanti. Apa nak jadi pon aku tak tahulah. Aku tahu aku pun bukannya baik sangat. Aku pun pernah beb buat macam tu. Tapi disebabkan ktorg tak 1 kelas, so tak ada pulak pemandangan sebegitu rupa. Aku rasa sekarang dah reda kot isu ni. Aku tahu kawan kawan aku semuanya baik baik. Takkan korg nak buat lagi kalau kitorg dah tegur, kan? Sayanglah korg:)


^Aku dah cakap awal awal yg aku tak jeles.
^Ibu suruh cari org jauh jauh sbb kawan lelaki aku semua stay dekat dekat. Jumpa abg tu kat FB, ingat rumah dia jauh sgt, rupanya stay dekat taman sebelah! Aish!
^Kalau bercouple pastu sama sama maju kan bagus (*_*)

Kau yang telefon aku dulu, pastu kau tanya aku siapa? Kurg Ajar!

Aku menjadi sungguh bengang dgn situasi ini. Kalau kau dah telefon aku, sah sah kau kenal aku (kot). Aku tak kenal kau mungkin sebab aku tak save nombor kau atau kau dah tukar nombor lain pastu tak inform kat aku. Ni kau yg telefon tiba tiba tanya siapa aku. Aish!


^Ceritalah elok2 kau dapat nombor aku dari mana. Ingat aku senang senang nak bagi nombor telefon aku kat org sembarang?
^Kalau dah salah nombor minta maaf la at least kan. Jgn biadap sgt tiba tiba terus letak telefon.
^Kepada yg berkenaan ; terima kasih kerana membuat aku sakit hati. Yg amat!

Facebook VS MillatFacebook :)



Setelah lama aku tak mem'blogging'kan diriku, & now i'm back guys ! Mencari bahan yg gembira utk dikongsi bersama (mendapat inspirasi dari blog seseorang tu ^_^ ) Aku bertekad utk menjadi blogger yg lebih matang seiring dgn usia aku yg dah masuk 17 tahun 9 hari ini. Sebulan lamanya aku tak post new entry. Macam2 perkara yg telah berlaku. Mid-year Exam, birthday party, sekolah & many more. Aku berusaha menjadi yg lebih baik utk semua org, semua perkara, semua yg ada sekarang. Pernah tak korg rasa nak putarkan satu masa balik? Supaya korg dapat ubah kesilapan atau mengembalikan semula kenangan indah yg bagi korg susah nak dapat dilain masa? Kalaulah Doraemon ada dgn aku skrg. Mesti best. Dapat masuk pintu sesuka hati. Pergi mana yg aku nak. Pergi ke masa yg aku suka. Imbau semula perkara2 indah. Tapi kita mesti menerima kenyataan, bukan? Kalau sesuatu perkara yg dah lepas tak boleh nak diulang semula. Second date tak kan sama macam first date (apakah?), percayalah...

Eh, macam dah lari jerk dgn tajuk entry kan? Bnyak pulak aku membebel (kan da cakap aku nak jadi lebih matang, hehe)

MillatFacebookMillatFacebookMillatFacebook

Korg pernah dengar pasal MillatFacebook? Tak pernah? Aku pon baru tahu pasal MillatFacebook ni (aku tahu korg mesty excited kalau cerita pasal Facebook2 ni keluar ^^) So, MillatFacebook ialah satu social network site yg seangkatan dgn Myspace, Friendster, Facebook, Kawanlah, Tagged, Twitter dll. Aku baru tahu pasal MillatFacebook dr kawan & Ustaz aku kat sekolah. Maklumlah, skrg tengah heboh pasal Yahudi serang kapal anggota sukarelawan masa dorg yg hantar bantuan ke Gaza. Facebook tu pon Yahudi punya. So, MillatFacebook ni pengasasnye org Muslim. Apa salahlah kita sokong produk/social site sesama Muslim. Boleh kot kalau korg nak terus active kat Facebook. Tak salah pon. Hak masing2, kan? Aku cume war2 kan shj tentang kewujudan MillatFacebook ni. Kalau kowg pergi kt MillatFacebook ni, mmg aku akui lambat sangat nak loading(kura2 pon lagi laju korg tw?). Almaklumlah, baru lagi nak upgrade. Tu yg jadi lambat. Tapi, insyaAllah, aku rasa lama2 nanti lajulah macam social site yg lain (mudah-mudahan). Aku pon dah tak active kat Facebook. Skrg ni aku tengah tunggu MillatFacebook ni upgrade. Then, dah boleh login macam biasa. Harap bersabar ye diLa (i wil ! i wil ! ) So, di sini aku menyeru kpd sesiapa shj yg telah membaca entry ini, Marilah kita menyokong produk Muslim. Peace ! :)


^main lari2 dgn social site
Friendster -> Myspace -> Facebook -> MillatFacebook -> ??
^tak suka ada banyak2 social site dalam 1 masa. Kalau ada yg baru aku padam social site yg lain. So, memang dapat jumpa aku dalam 1 social site jela yee sayangs. Harap maklum.
^Angelika Fadhilla's MillatFacebook
^Blogger -> Wordpress ? Apakah ?